Kita jenguk kisah lipur lara Jepun, Kaguya Hime disinonimkan dengan bulan. Nusantara juga memiliki legenda hampir serupa. Puteri raja yang dikaitkan dengan bulan. Kisah Kedah ditewaskan Acheh.
.
PUTERI LINDUNGAN BULAN
.
Mohon RT kisah legenda Nusantara ini.
Kongsikan ilmu.
Kisah legenda dari Kedah. Lipur lara penuh duka.
.
Diolah semula dalam bentuk prosa moden utk santapan, dgn harapan kalian akan kongsikan.
.
LEGENDA PUTERI-PUTERI NUSANTARA ; Episod 3
Ceritakanlah kepada anak di kala malam, sebelum beradu.
Mari! Kita mengembara ke masa silam!
Suatu ketika, zaman Melaka sudah sirna, Kota Siputeh, Kedah. Sultan Sulaiman Syah nama rajanya. Punya puteri yang elok parasnya. Puteri Mariam dan Puteri Zaleha. Cahaya mata permata negara. Dilentur rebung seindah-indahnya, akhirnya cahaya mata tinggi sopannya, ayu wajahnya.
Puteri Zaleha yang istimewa, kesayangan Sulaiman Syah. Masyhur namanya kerana darahnya. Putih darahnya sebersih hatinya. Darah kayangan kata mereka. Didendang-dendang namanya ke serata rantau. Sekutu dan sekufu rasa tersantau.
Sungguhpun aman Kota Siputeh, tetaplah bimbang diserang perkasa. Kota Siputeh itu belum cukup perkasa. Masih banyak lompang dalam pertahanannya. Seboleh-bolehnya, Sultan Sulaiman Syah tidak ingin negaranya jatuh ke kancah perperangan.
“Beta bimbang jika suatu hari nanti akan ada yang ingin melarikan Puteri Zaleha,” gusar Sultan Sulaiman Syah menuturkan. Matanya risau memandang wajah Uthman. Raja Bendahara Kedah.
ISTANA PAGAR AWAN, ACHEH.
Suatu ketika, Melaka sudah hilang sinarnya. Di Pulau Perca, terbit kerajaan yang Islam dijunjungnya. Tinggi darjatnya sehingga Istana Pagar Awan kediamannya. Acheh. Penguasa Selatan yang bangkit tinggi di bawah pimpinan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam
Suatu malam, Sang Sultan beradu lena dalam pembaringan. Dianyam khayal dalam pejam, Sultan mengembara ke masa depan. Jauh terbang meninggalkan Pulau Perca.
Dalam kelam suara meraung. Menyala-nyala api di jamung. Dilempar seteru ke laman istana. Habis dijilat api seluruh tanah. Menangis hiba rakayat jelata. Lecur lebur daging dan asa. Kelam malam semakin suram, asap berkepul sembunyikan awan.
Terduduk Sang Sultan di tengah lapangan, melihat kota sudah binasa. Panji Belanda berkibar megah.
“Bangkit, tuanku!”
“Apa khilaf Acheh hancur seperti ini Malikul Adil?!” ratapan Sang Sultan beriring tangisan.
Mangkubuminya cuba mengusung badan agar jauh daripada runtuhan api. Dibawa sultan tinggalkan istana, menghampiri bahtera.
Berlantaikan pasir Acheh, serdadu Belanda mula binasa. Di hadapan bahtera, puteri jelita teguh pencaknya. Putih berseri busananya. Satu persatu dipatahkan panji. Senjata buta dibiar mati. Jelita puteri bermain seni. Seni berani membela diri.
Terpesona Sang Sultan melihat gerak ayu puteri yang gagah berseni. Sungguh ramai seteru yang datang, tetap puteri berani menentang.
“Siapakah gerangan puteri jelita itu, wahai Mangkubumi?”
“Patik juga tidak tahu, tuanku. Belum pernah patik melihat gerangannya.”
Terleka melayan persona, peluru buta hampir mengena. Tertunduk Sultan dan Mangkubumi. Pertarungan Belanda dan puteri kini di sisi. Tegak berdiri puteri berbusana putih. Senjata Belanda kini ditangannya.
Semakin kagum sultan melihatnya. Dibidik tepat peluru Belanda. Hinggap di dahi kepala Belanda. Lenyaplah Belanda dari bumi Acheh.
“Kanda tidak kenapa-napa?” puteri jelita menghampiri mereka. Langkah perlahan diiring senyuman. Anggun dipandang dengan titis jernis serikandi pada wajahnya. Di hujung dahi Sang Puteri ada luka yang tinggal. Ajaibnya tiada merah yang mengalir.
Semakin dekat kepada Sultan, semakin jelas rupa lukanya. Disangkakan kain yang menutup kepala, rupanya darah yang mengalir deras. Putih warnanya. Semakin deras seperti sungai. Ternganga mereka melihatnya.
Terjaga Sultan Iskandar Muda daripada lena. Istighfar dialun dengan segera. Mimpi buruk yang indah telah sirna. Teluku seketika, sebelum akhirnya diheret kaki pergi bersiram. Sudah berkumandang Bang di kejauhan.
Siangnya di Balai Penghadapan. Sultan Iskandar Muda bertemu Kadi Malikul Adil, Mangkubumi terbilang Acheh. Dibicarakan mimpi semalam. Dianggap petanda yang bukan biasa.
“Mimpi itu mainan Syaitan, tuanku!” sembah Mangkubumi Malikul Adil. Buah pinang di tangan sudah selesai dikacip. Dibungkus isinya ke dalam daun sirih, lalu dikunyah. Diberi satu kepada Sultan Iskandar Muda.
“Benar sekali ujaran kamu itu. Tetapi ini soal kedaulatan Acheh. Tidak boleh kita mendiamkannya. Perlu dicari puteri yang berdarah putih itu. Tanpanya Acheh akan dijarah Belanda!” tekad hati Sultan Iskandar Muda. Demi negara dan juga berahi minda.
Sungguhpun hanya dalam mimpi, hati sudah terpaut mati.
“Jika puteri berdarah putih yg dicari, hanya ada satu dalam pengetahuan patik. Ampun tuanku”
“Dimanakah dia, Mangkubumi? Katakan segera. Walau dimana dia berada, akan Beta sunting dijadikan raja perempuan Tanah Acheh ini.”
“Di Tanah Emas. Puteri Sultan Kedah. Ampun Tuanku.”
“Kedah? Kerajaan kecil itu?”
“Benar sekali itu, tuanku.”
“Kerajaan itu hanya berteduh di bawah lembayung Pattani. Kini lembayung itu sudah mengecil. Sudah terik kerajaan itu. Ibarat langit dan bumi kekuatan mereka jika hendak dibanding dengan Acheh.”
“Maka, apa perkenan tuanku? Hendak dilanggar Kerajaan Kedah itu?”
“Tidak perlu Mangkubumi. Hendak meminang, perlulah bersopan. Arahkan Tengku Panglima Sasa bersama bala tentera bertandang ke sana. Sampaikan hajat Beta ini. Jika sultan mereka enggan, bedilkan istana sultan!”
Maka benarlah bagai dibimbang. Puteri Zaleha akan dipinang. Dirampas kerajaan yang lebih perkasa. Keluh-kesah Sultan Sulaiman Syah di atas Singgahsana. Utusan Acheh tersenyum megah di hadapannya.
“Tuah apa turun ke Kedah. Akhirnya purnama jatuh ke riba. Istirahatlah kalian. Usai singsingan fajar kelak, berangkatlah kembali ke Tanah Acheh bersama puteri Beta yang berdarah putih.” Ditelan kelat ketika Sultan Sulaiman Syah bertitah.
Diarahkan Raja Temenggung iringi utusan Acheh ke kamar tetamu diraja. Biar hanya Raja Bendahara Uthman di sisi Singgahsana.
“Beta mengira, Sultan Iskandar Muda tidak mengenali paras wajah puteri-puteri Beta itu.” Sultan Sulaiman Syah mengutarakan rencana.
“Ampun tuanku. Apakah yang tuanku maksudkan?” sembah Raja Bendahara Uthman.
“Tukarkan Puteri Mariam dengan Puteri Zaleha. Beta tidak akan biarkan puteri istimewa Beta itu jatuh ke tangan Kerajaan Acheh!”
“Ampun tuanku. Besar bahana yang datang jika muslihat itu dihidu Acheh, tuanku. Hancur Kedah kerananya kelak.”
“Kita berserah kepada Allah tentang itu. Puteri Zaleha harus tetap tinggal di Kota Siputeh ini. Walau apapun terjadi.”
“Mengapa tidak diturutkan perkenan Sultan Acheh itu, tuanku? Bukankah mereka juga menyembah tuhan yang sama seperti Kedah?”
“Acheh keterlaluan. Mereka mengira mereka sudah berkuasa selepas Melaka dan Pattani lemah. Beta tidak akan biarkan Puteri Zaleha jatuh ke tangan mereka!”
Fajar pun sudah hilang di bumi Kedah. Pergi mengiringi rombongan Acheh kembali ke Pulau Perca. Gemilanglah Istana Pagar Awan di Acheh. Miliki Raja Perempuan yang disangka berdarah putih. Tenanglah hatinya Sultan Iskandar Muda. Hajat diimpi akhirnya dikecapi. Yakin Acheh aman.
Istana Kota Siputeh semakin suram. Gundah dan duka bersilang-silang. Siaga sentiasa Acheh datang berbala tentera. Tidak terperi banyaknya.
“Raja Bendahara. Arahkan dibina perlindungan di hujung tanah Siputeh ini seteguh-teguhnya. Puteri Zaleha kita sembunyikan di sana jika Acheh datang bawa bencana.”
Bersilih ganti mentari dan purnama, Puteri Mariam semakin bahagia di Istana Pagar Awan, Acheh. Memadu kasih seikhlas hati, walau rahsia terpendam di hati. Akhirnya benih tumbuh di dalam rahim. Semakin meriah Tanah Acheh jadinya. Diadakan keramaian sebagai sambutan.
Di Balai Masakan, Puteri Mariam bersama inang dan dayang mengapir sirih. Pinang disusun elok untuk dikacip. Tawa yang suka mengitari suasana. Sedang tertawa riang, angin bertiup kencang, daun sirih melayang-layang.
Terkejut Puteri Mariam sehingga pinang terlepas di tangan. Kacip mengetip hujung jemari. Kaku akhirnya dayang dan inang. Bayangkara pula hilang suara.
Menitik perlahan darah yang merah. Puteri Mariam pucat seluruh waja. Bukan kerana sakitnya kacipan pinang, tetapi kerana muslihat Kedah sudah terdedah. Murka jadinya Sultan Iskandar Muda.
Tempik gempita seluruh istana. Ingin saja dihabisi nyawa Puteri Mariam. Mujurlah puteri berdarah merah sedang mengusung zuriat diraja.
“Tengku Panglima Sasa! Kedah sudah membaling najis ke istana Acheh. Diconteng arang sehingga legam maruah istana!” murka dalam titah.
“Ampun tuanku. Patik mengira Sultan Kedah sudah bersikap jujur dengan Acheh. Tanpa usul periksa patik menerima puteri yang diberikan.” Gementar seluruh tubuh Panglima Sasa. Murka raja bukan marah biasa. Ada tulah dan derhaka dalamnya. Malapetaka wujud dalam sendinya.
“Tidak mengapa, Panglima. Bukan kamu yang bersalah. Adinda Mariam sudah sah menjadi isteri beta di sisi agama,” ujaran sultan menenangkan gamat galau Istana Pagar Awan.
“Tetapi Kedah tidak boleh dilepaskan. Mereka sudah keterlaluan! Kedah perlu diberi pengajaran!” kali ini ujaran sultan meniup semangat juang laksamana dan bayangkara
“Siapkan bahtera dan bala tentera. Kedah harus dilanggar. Biarkan kota itu menjadi padang jarak padang tekukur!”
Gendang-gendang perang bertingkah paluan. Bingit siang lajur ke malam. Purnama melayangkan ngauman genderang perang. Tanah Kedah akan ditawan.
Huru-hara dalam istana. Sultan Sulaiman Syah melarikan Puteri Zaleha.
Tanpa jempana, Puteri Zaleha dibawa berlari ke hujung tanah. Laluan mudah disuluh purnama. Bayang bahtera Acheh semakin tiba di tanah Kedah.
“Raja Bendahara. Bersatulah dengan Raja Laksamana. Pertahankan Kedah. Jangan sampai Acheh berjaya melarikan Puteri Zaleha!”
“Anakanda ingin dibawa ke mana, Ayahanda?” Puteri Zaleha akhirnya bersuara setelah lama berdiam menurut titah Ayahanda.
“Anakanda perlu sembunyi. Acheh hendak melarikan Anakanda!”
“Tetapi jika Acheh tidak menemui anakanda, Kedah akan binasa dijarah. Benarkanlah anakanda ke medan perang. Leluhur Kedah kita pertahankan bersama,” merayu Puteri Zaleha kepada Sultan Sulaiman Syah.
Hati puteri tidak ingin leluhurnya hancur kerana ingin melindungi diri. Cukuplah darah sahaja yang putih, jangan sampai mata juga putih kerana hilang negara.
“Tidak boleh! Ayahanda tidak akan biarkan darah istimewa anakanda dimiliki oleh Acheh Durjana.” Diteruskan larian ke ke lubang persembunyian. Puteri Zaleha tidak ada pilihan. Ujaran ayahanda ialah titah diraja. Wajib dituruti sesiapa yang mendengarnya.
“Biarkan purnama sembunyikan anakanda. Jangan tinggalkan lubang ini walaupun hening bunyi perang. Tunggu ayahanda datang kembali bawa warta bahagia. Biarkan anakanda bulan lindungkan!” Hanya mengangguk Puteri Zaleha. Bertukar tangisan bersama ayahanda.
Terlerai pelukan dan huluran tangan, sanubari ngilu dan sendu dalam persembunyian. Di bawah bukit, di dalam lubang. Duduklah Puteri Zaleha di dalam ruang sekangkang kera, berdiam dalam esakan. Pintunya disamarkan dengan daun dan dahan. Tidak akan kelihatan tanpa cahaya bulan.
Kedah sudah binasa. Tanahnya sudah rata. Tiada rumah yang berani bersendi. Pasak-pasak menyembah bumi. Panji Kedah menyembah tanah.
“Kalian telah menghina Sultan Acheh! Memperdaya dengan helah terkeji.” Tengku Panglima Sasa berkata megah. Sultan Sulaiman Syah kini melutut di hadapannya. Cura panjang dihunus ke tengkuk raja.
Tanpa berkata apa, Sultan Kedah hanya melihat jasad kaku Raja Laksamana di sisinya. Raja Bendahara pula melutut bersamanya. Dibawa pandangan ke dada langit. Purnama terang ceriakan malam. Menyaksikan jatuhkan Kedah dilanggar Acheh.
“Cari di mana Puteri Zaleha! Geledah seluruh tanah Kedah. Bawa Sultan dan Bendahara Kedah ini ke bahtera. Mereka sudah jadi tawanan Acheh!” arahan Panglima Sasa dituruti.
Seperti terlucut gelaran sultan, Sultan Sulaiman Syah dipaksa bangkit dan diheret ke geladak bahtera. Dikurung di bawah dek bersama Raja Bendahara.
Sungguhpun gelap perut bahtera, tetap juga tersimbah cahaya purnama. Lasykar Acheh masih belum tenang. Tanah Kedah masih digeledah. Gundah hati Sultan Sulaiman Syah. Bimbang Puteri Zaleha merek jumpa. Biarlah musnah istana, Puteri Zaleha jangan ternoda.
“Lindungilah Puteri Zaleha, wahai Sang Bulan….”
.
.
.
SELESAI
TRIVIA : Kisah ini kisah lisan yang tidak banyak versi. Hanya penghujungnya bervariasi.
.
______
SUMBER
- sasterarakyat-kedah.com
- sentiasapanas.com
‘imaginasi sendiri’
Kisah ini 3/5 daripada siri
'LEGENDA PUTERI-PUTERI NUSANTARA'
yang disiarkan secara bersiri dalam akaun ini.
.
Eps 1 : Gunung Ledang (
Saya cuba bersemangat utk menulis bebenang SEJARAH & FOLKLORE (kisah dongeng / mitos dan legenda) di Twitter ini.
.
Jemput follow dan ciap semula.
.
Silakan dibaca bebenang yang lainnya.
Tahun 1987, UMNO telah diharamkan di Malaysia. Ketua Hakim Negara pula telah dipecat rentetan pengharaman UMNO ini.
KRISIS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1988
Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu ialah Tun Dr. Mahathir.
.
Mohon RT Sejarah Melayu ini.
Kongsikan ilmu.
Krisis ini ialah konflik antara Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. Badan Eksekutif diketuai oleh Perdana Menteri.
.
Bebenang ini ditulis untuk pembelajaran Sejarah sahaja. Silakan baca dan buat penilaian sendiri.
.
Jangan gunakan bebenang ini untuk menyerang mana-mana pihak.
Untuk memahami krisis ini, perlu difahami terlebih dahulu Doktrin Pengasingan Kuasa yang diamalkan dalam pemerintahan Malaysia ini.
Doktrin pengasingan kuasa dikemukakan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis, menerusi bukunya "The Spirit of Laws", pada tahun 1748.
NILAKENDRA SERIKANDI EKRANDIA
.
Kisah seram ini hanya fiksyen.
________________________
NILAKENDRA menatap wajahnya pada pantulan cermin di hadapannya. Dibiarkan terbuka jendela pintu biliknya agar tiupan sang angin dapat menyerbu masuk, mendinginkan hawa biliknya itu.
Langsir bilik yang berwarna emas selayaknya kerabat diraja terikat kemas pada kisi-kisi jendela. Perlahan-lahan jari kirinya menyentuh pipi kanannya yang membengkak dan berbintik-bintik merah. Dia menatap pantulan wajahnya pada cermin. Hodoh. Menakutkan.
Rambutnya disikat berulang-ulang sebelum disimpul secara berpusar di belakang kepalanya. Sanggul bercorak sehelai daun yang berwarna perang dikeluarkan dari laci meja solek lalu dicucuk jauh ke dalam pusaran rambut, menahan sanggulan rambutnya tadi.
Disember-Januari, Jepun menguasai Tanah Melayu. Siri pertempuran yg singkat tetapi sengit, detik permulaan kebangkitan nasionalisme di Asia Tenggara ini.
PERTEMPURAN JEPUN DI TANAH MELAYU.
Mohon kerjasama untuk RT sejarah Melayu ini.
Kongsikan ilmu.
Siri pertempuran dalam penjajahan Jepun di Tanah Melayu melibatkan tentera negara-negara Komanwel, penduduk Melayu dari pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun semasa Perang Dunia II.
Dalam WWII, British lebih fokus kpd Timur Tengah dan Soviet Union berbanding Asia Tenggara ketika itu. Lagipun, British memandang ekonomi Jepun masih kecil untuk menjadi kuasa tentera yang kuat.
Mari aku ceritakan kisah Kesultanan Melayu yang berliku dari selatan tanah air ini sehingga ada yg mempertikaikan kebenaran status kesultanannya.
- KESULTANAN JOHOR -
Mohon RT sebarkan sejarah bangsa Melayu ini.
Lagipun ilmu perlu disebarkan.
Bebenang Sejarah Melayu yg panjang
ADAKAH KESULTANAN JOHOR KINI BUKAN SULTAN YANG SEBENAR?
Personally (dgn merujuk kpd fakta2 Sejarah yg dicatat oleh Sejarawan), Sultan Johor kini ialah sultan yang sah. Penerangan lanjut boleh baca di bawah.
Sebelum menjawab persoalan ini, perlu kita fahami dulu konsep ketaatan rakyat terhadap pemerintah yang sudah berubah seiring peredaran masa. Atau lebih tepat lagi konsep pelantikkan seseorang raja/sultan.