Ada sedikit salahfaham dalam isu ini.

Saya dimaklumkan, pihak Bahagian Pengurusan Halal JAKIM telah menghubungi wartawan berkenaan dan meminta utk artikel tersebut diperbaiki.

Rujuk di bawah 🔽
1. Ucapan perayaan adalah DIBENARKAN pada produk sekiranya ia dibuat bukan dengan tujuan untuk dipamerkan dalam premis yang telah dipersijilkan halal atau pada produk yang ditandakan dengan logo halal.
TIADA larangan yang dikhususkan untuk perayaan selain Islam dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020; dan
2. Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2020 (MHMS) hanya terpakai bagi pemohon dan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Ringkasnya, jika kedai B yang ada sijil halal JAKIM buat kek dengan ucapan perayaan pada kek untuk tujuan pameran (display) di dalam premis, ia tidak dibenarkan tetapi jika Kedai B menyediakan kek yang ditempah A dan ada ucapan perayaan pada kek, ia DIBENARKAN.
Saya harap penjelasan ini boleh meleraikan salahfaham. Saya berharap penganut Kristian di Malaysia dikurniakan keamanan, kesihatan, kegembiraan dan kekayaan pada tahun2 mendatang. 😉
Boleh rujuk smarthalal.com.my/MPPHM_Domestik…

Bukan hanya melibatkan agama lain, larangan turut melibatkan istilah-istilah seperti Nama Allah, makanan sunnah dll.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @drzul_albakri

23 Dec
SUMBANGAN JAWI FOODBANK MELALUI #MUSAADAHCOVID19 KEPADA PENGANUT KRISTIAN B40

Saya sering menekankan keperluan untuk orang ramai memahami fiqh ta’ayush (co-existence) yang amat penting bagi negara multi-agama seperti Malaysia.
Perbezaan akidah tidak menghalang kita untuk saling bantu-membantu terutamanya ketika saudara mara dan jiran tetangga kita dalam kesusahan. Malah, Islam mengajar kita untuk memahami isu kemanusiaan sebagai bahasa universal memahami agama dan bangsa.
Hari ini, saya menyampaikan bantuan JAWI Foodbank melalui inisiatif #MusaadahCOVID19 kepada 50 orang penerima B40 termasuk penganut Kristian di Masjid Wilayah Persekutuan.
Read 5 tweets
21 Oct
Saya teringatkan kata-kata sarjana ulung Malik Ben Nabi dalam bukunya “Mushkilat al-Afkar fi al-‘Alam al-Islami” tentang pemikiran yang mati/jumud (al-afkar al-mayyitah), pemikiran yang mematikan (al-afkar al-mumitah) dan al-afkar al-hayyah (pemikiran yang dinamik).
Untuk pergi lebih jauh ke hadapan, umat Islam perlu tinggalkan al-afkar al-mayyitah. Jika kita masih lagi berdebat, dan bertekak dengan penuh emosi untuk memuaskan nafsu sendiri terhadap isu yang boleh diselesaikan dengan harmoni,
senang dengan permusuhan dan perseteruan yang merugikan ummah, maka pemikiran kita sebenarnya mati.
Read 8 tweets
20 Oct
Saya baru menerima laporan program tanggungjawab sosial korporat iaitu Khaira PPZ yang digerakkan untuk sumbangan kewangan kepada pelajar IPT di seluruh negara yang mengalami kesulitan akibat penangguhan pendaftaran fizikal kemasukan pelajar baru-baru ini.
Sebanyak RM200,000 telah berjaya disumbangkan kepada lebih 1,500 pelajar yang melibatkan sebanyak 80 IPT di seluruh negara.
Pihak kerajaan melalui PPZ-MAIWP memahami akan keluh kesah dari pelajar IPT yang mungkin telah selamat tiba ke pusat pengajian masing-masing atau telah merancang perjalanan ke IPT yang melibatkan perbelanjaan yang tinggi.
Read 4 tweets
20 Oct
Mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) Siri 32 Bil. 3/2020 secara sidang video pada pagi tadi.
YWM kini sedang melaksanakan pelan-pelan tindakan berkaitan bagi memperkasa waqaf di Malaysia melalui pelan pemerkasaan YWM, meningkatkan "visibility" YWM dalam kalangan masyarakat dan pemerkasaaan kutipan dana waqaf tunai melalui Tabung Waqaf Malaysia.
YWM kini sedang berhubung rapat dengan pihak Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi bagi memastikan agenda pemerkasaan waqaf dimasukkan dalam Bajet 2021 dan Rancangan Malaysia ke-12.
Read 6 tweets
19 Oct
JAWI Food Bank malam semalam menyantuni mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya yang tinggal di rumah-rumah sewa mereka di sekitar Petaling Jaya, Kerinchi dan Wangsa Maju dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), APIUM dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UM.
Seramai 30 orang pelajar telah disantuni dengan sumbangan barangan keperluan seperti beras, sardin, gula, tepung, biskut dan sos cili dianggarkan bernilai RM40.
Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang dilalui mereka lebih-lebih lagi dalam tempoh PKPB ini.
Read 4 tweets
14 Oct
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kebangkitan.
Saya telah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana telah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات
“Segala puji bagi Allah yang mana dengan nikmatnya sempurna segala kebaikan.”
Pun begitu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan saya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!