SUMBANGAN JAWI FOODBANK MELALUI #MUSAADAHCOVID19 KEPADA PENGANUT KRISTIAN B40
Saya sering menekankan keperluan untuk orang ramai memahami fiqh ta’ayush (co-existence) yang amat penting bagi negara multi-agama seperti Malaysia.
Perbezaan akidah tidak menghalang kita untuk saling bantu-membantu terutamanya ketika saudara mara dan jiran tetangga kita dalam kesusahan. Malah, Islam mengajar kita untuk memahami isu kemanusiaan sebagai bahasa universal memahami agama dan bangsa.
Hari ini, saya menyampaikan bantuan JAWI Foodbank melalui inisiatif #MusaadahCOVID19 kepada 50 orang penerima B40 termasuk penganut Kristian di Masjid Wilayah Persekutuan.
Turut hadir, En. Shah Kirit Kalkulal Govindji, Presiden Global Unity; En. Lee Min Choon, Presiden Christian for Peace and Harmony dan Reverend Jonathan Jesudas daripada Tamil Methodists Church, Petaling Jaya.
Saya mengharapkan ujian pandemik COVID-19 ini menjadi pemangkin perpaduan yang lebih utuh buat rakyat Malaysia berbilang agama. Semoga sedikit sumbangan wang dan barangan asas harian daripada kami dapat menggembirakan mereka terutamanya menyambut perayaan yang bakal menjelang.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
1. Ucapan perayaan adalah DIBENARKAN pada produk sekiranya ia dibuat bukan dengan tujuan untuk dipamerkan dalam premis yang telah dipersijilkan halal atau pada produk yang ditandakan dengan logo halal.
TIADA larangan yang dikhususkan untuk perayaan selain Islam dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020; dan
Saya teringatkan kata-kata sarjana ulung Malik Ben Nabi dalam bukunya “Mushkilat al-Afkar fi al-‘Alam al-Islami” tentang pemikiran yang mati/jumud (al-afkar al-mayyitah), pemikiran yang mematikan (al-afkar al-mumitah) dan al-afkar al-hayyah (pemikiran yang dinamik).
Untuk pergi lebih jauh ke hadapan, umat Islam perlu tinggalkan al-afkar al-mayyitah. Jika kita masih lagi berdebat, dan bertekak dengan penuh emosi untuk memuaskan nafsu sendiri terhadap isu yang boleh diselesaikan dengan harmoni,
senang dengan permusuhan dan perseteruan yang merugikan ummah, maka pemikiran kita sebenarnya mati.
Saya baru menerima laporan program tanggungjawab sosial korporat iaitu Khaira PPZ yang digerakkan untuk sumbangan kewangan kepada pelajar IPT di seluruh negara yang mengalami kesulitan akibat penangguhan pendaftaran fizikal kemasukan pelajar baru-baru ini.
Sebanyak RM200,000 telah berjaya disumbangkan kepada lebih 1,500 pelajar yang melibatkan sebanyak 80 IPT di seluruh negara.
Pihak kerajaan melalui PPZ-MAIWP memahami akan keluh kesah dari pelajar IPT yang mungkin telah selamat tiba ke pusat pengajian masing-masing atau telah merancang perjalanan ke IPT yang melibatkan perbelanjaan yang tinggi.
Mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) Siri 32 Bil. 3/2020 secara sidang video pada pagi tadi.
YWM kini sedang melaksanakan pelan-pelan tindakan berkaitan bagi memperkasa waqaf di Malaysia melalui pelan pemerkasaan YWM, meningkatkan "visibility" YWM dalam kalangan masyarakat dan pemerkasaaan kutipan dana waqaf tunai melalui Tabung Waqaf Malaysia.
YWM kini sedang berhubung rapat dengan pihak Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi bagi memastikan agenda pemerkasaan waqaf dimasukkan dalam Bajet 2021 dan Rancangan Malaysia ke-12.
JAWI Food Bank malam semalam menyantuni mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya yang tinggal di rumah-rumah sewa mereka di sekitar Petaling Jaya, Kerinchi dan Wangsa Maju dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), APIUM dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UM.
Seramai 30 orang pelajar telah disantuni dengan sumbangan barangan keperluan seperti beras, sardin, gula, tepung, biskut dan sos cili dianggarkan bernilai RM40.
Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang dilalui mereka lebih-lebih lagi dalam tempoh PKPB ini.
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kebangkitan.
Saya telah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana telah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.
الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات
“Segala puji bagi Allah yang mana dengan nikmatnya sempurna segala kebaikan.”
Pun begitu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan saya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).