Saya mohon dan merayu sangat YB Menteri Pendidikan dan Kerajaan secara keseluruhannya dengarlah luahan hati para pendidik dan ibu bapa di bawah ini.

Ini kekait:
Setiap hari saya dapat banyak mesej ibu bapa beritahu susahnya keadaan yang mereka hadapi hari ini. Ada cikgu yang mesej saya secara peribadi minta suarakanlah isu ini sampai Kerajaan dengar.
Semalam pun tular lagi luahan hati seorang ibu yang bergelut nak memastikan pendidikan anak-anak dapat diselamatkan. Kes seperti ini bukan satu dua, tapi ribuan lagi di luar sana yang tidak sampai kepada kita.
Luahan hati Puan Hanis Tanius boleh dibaca di sini:

m.facebook.com/story.php?stor…
Saya merayu Kerajaan dengarlah dan telitilah satu persatu masalah yang dihadapi oleh Puan Hanis dan guru-guru serta ibu bapa di bawah, dan setidak-tidaknya berilah maklum balas dan penyelesaian segera.
Jangan diam dan buat tak tahu sahaja. Ini soal pendidikan anak-anak dan masa depan negara kita. Lagi lama diam, lagi terumbang-ambing nasib mereka di bawah.
Semalam saya berikan 12 saranan tindakan kepada Kerajaan (bukan hanya KPM). 12 saranan ini kalau Kerajaan nak ambil dan buat kemudian nak ‘claim’ Kerajaan ini kerajaan yang amat prihatin kepada isu pendidikan negara, silakanlah.
Saya tak peduli siapa dapat nama. Yang penting pendidikan anak-anak ini terbela. Itu sahaja.

12 Saranan itu boleh dibaca di sini: bit.ly/2N8f699
Saya cadangkan partisipasi semua pihak untuk selesaikan beberapa masalah yang sangat kritikal sekarang ini antaranya isu akses internet dan peranti untuk anak-anak ini belajar.
Saya tak sanggah keputusan untuk melaksanakan PdPR kerana saya faham keadaan yang negara kita hadapi. ‘Desperate times call for desperate measures’, saya faham itu.
Tetapi berusahalah untuk sediakan prasarana dan ekosistem yang baik supaya PdPR berkesan dan pendidikan anak-anak kita boleh diselamatkan.
Bukan diam dan buat tak peduli sahaja. Turunlah ke bawah. Jumpa cikgu, jumpa ibu bapa, jumpa anak-anak dan dengar luahan mereka.
KKMM perlu dilibatkan. Isu capaian internet dan TV dan Radio Pendidikan boleh diperkasakan lagi. FINAS dan MDEC boleh dilibatkan untuk sediakan bahan-bahan berkesan tentang pendidikan anak-anak. Banyak boleh dibuat.
Untuk anak-anak yang perlukan intervensi seperti Untuk Malaysia sedang usahakan, KPM boleh kerjasama dengan KPT dan mahasiswa serta yayasan di bawah sana. Boleh sediakan tuisyen bertumpu di bawah radius yang dibenarkan di tempat-tempat yang memang tak ada akses internet.
KPLB boleh dilibatkan untuk sediakan pusat-pusat internet di kampung-kampung juga boleh ubah peranan perpustakaan desa supaya boleh jadi tempat anak-anak duduk belajar guna internet.
KPKT boleh pastikan supaya perpustakaan-perpustakaan di PPR berperanan sebagai pusat pembelajaran dengan mengikut SOP supaya anak-anak di PPR boleh belajar. Kena teliti laporan Unicef, 63% isi rumah tak dapat sediakan bekalan rumah untuk anak-anak di kawasan PPR.
Kerajaan Negeri, NGO, Badan Penerbitan, MOTAC dan Perpustakaan Negara perlu dilibatkan juga. Kerajaan Negeri dan NGO kena bersatu selamatkan murid cicir. Isu ini isu serius. Nak panggil Untuk Malaysia pun boleh. Kami sedia bantu tak kira negeri mana parti mana.
Kerajaan boleh salurkan peruntukan untuk industri penerbitan sediakan bahan mengajar kepada anak-anak dan buku-buku percuma. Perpustakaan boleh lipatgandakan kempen membaca di kaca TV dan corong radio, serta edarkan buku percuma untuk anak-anak.
KPWKM perlu turun padang dan sama-sama selamatkan pendidikan anak-anak OKU. Mereka paling terkesan saat ini. Boleh bergambar dengan mereka daripada bergambar di Pejabat Menteri.
Yang penting, bantu mereka, sediakan prasarana dan bantuan secukupnya. Salurkan peruntukan misalnya kepada industri penerbitan untuk banyakkan buku braille dan sebagainya.
Kementerian Perpaduan perlu ke depan dan bantu nasib Orang Asal melalui JKOA. Ini juga satu lagi kelompok marginal yang amat terkesan saat ini. KPM tak boleh buat sendiri, Kementerian Perpaduan kena bantu.
Bahan-bahan pembelajaran kena sampai kepada anak-anak di sana. Pusat-pusat pendidikan boleh dibangunkan dengan penyediaan akses internet untuk mereka belajar.
Pendek kata, banyak perkara boleh dibuat untuk membangunkan ekosistem pendidikan ‘new normal’ ini kalau semua pihak berganding bahu dan sama-sama meletakkan pendidikan sebagai keutamaan.
Saya secara peribadi bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan pendidikan anak-anak ini dapat dipelihara dan masa depan mereka terjamin.
Kita sedang menghadapi satu situasi yang amat serius dan kritikal. Diam tidak menyelesaikan masalah sebaliknya menunjukkan betapa ‘clueless’-nya Kerajaan untuk berhadapan dengan situasi ini.
Kita sedang Darurat. Desperate times call for desperate measures. Kalau tak buat sekarang, bila lagi?

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Maszlee Malik

Maszlee Malik Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @maszlee

7 Nov 20
Filsuf terkenal Greek, Aristotle pernah berkata:

“Akar kepada pendidikan itu pahit, tetapi buahnya sangat manis.”

Mengamati situasi sukar yang kita hadapi hari ini ketika 38,189 rakyat Malaysia positif Covid-19 & 279 daripadanya telah meninggal dunia,
mengingatkan saya semula kepada kata-kata filsuf besar dunia ini.

Pendidikan sedang melalui perjalanan yang sangat mencabar ketika Covid-19 membantai kita semua.
Walaupun tak dapat dinafikan guru-guru sentiasa berkomitmen untuk terus mengajar secara dalam talian, tetapi realiti yang perlu kita hadam ialah kesan ekonomi akan memberi konsekuen langsung kepada usaha pendidikan.

Semakin bergelut keadaan ekonomi, semakin terjejas pendidikan.
Read 13 tweets
6 Nov 20
Laporan Awal Projek #SimpangTakLapo

Sehingga semalam, 590 pek makanan telah disampaikan. Pembahagian dilaksanakan dengan 30 penerima mengambil pek pada Selasa, 160 penerima mengambil pada hari Rabu dan seterusnya hampir 400 penerima lagi mengambil pek tersebut semalam.
Ini juga bermakna, sehingga hari ini sebanyak 590 keluarga mendapat manfaat dari projek ini. Dalam masa yang sama juga kita masih mempunyai 410 pek lagi untuk diedarkan.
Berikut adalah gambar sewaktu agihan dijalankan. Semuanya dilaksanakan mengikut SOP penjarakan sosial sepertimana digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Read 6 tweets
6 Nov 20
Sebelum menjadi Menteri, saya terlibat di dalam ruang aktivisme pendidikan selain mengajar di universiti.

Melihat pendidikan sebagai seorang aktivis yang tidak bergelut di dalam sistem yang sebenar mempunyai limitasinya sendiri.

Sudut pandang saya terhad.
Saat saya melangkah masuk ke Pejabat Menteri, dan saat saya turun ke sekolah-sekolah bermula pada hari pertama saya bekerja, sudut pandang saya berubah.

Masalah pendidikan bukan hanya selapis yang disangka, tetapi sangat rumit dan mengakar.
Ketika kita berdebat tentang sistem pendidikan dengan wacananya yang ragam dan mencapah, lebih 1 juta anak Malaysia sebenarnya tidak bersekolah.
Read 11 tweets
4 Nov 20
Berikut dilampirkan laporan projek Kita Jaga Sabah oleh Rejuvenasi Pendidikan; bantuan untuk meringankan beban warga Sabah yang terjejas akibat Covid-19 seperti yang telah kita laksanakan beberapa minggu lalu bersama rakan strategik di sana iaitu Semporna Heroes. Image
Sebanyak RM 52,365.04 telah berjaya dikumpulkan dalam masa 6 hari dan disumbangkan oleh seramai 25,776 rakyat Malaysia seluruh negara.

Dari jumlah tersebut, sebanyak 93.2% atau RM 50,720 telah digunakan untuk membeli barangan keperluan asas. Pecahannya adalah seperti berikut;
1000 pek barangan dapur telah berjaya diedarkan di kawasan yang terjejas seperti di kampung dan rumah warga yang memerlukan.

Manakala 1000 botol sanitizer, 1000 pelitup muka & 1000 PPE telah diedarkan kepada sukarelawan yang terlibat dengan pengedaran.
Read 8 tweets
7 Jun 20
Semalam, 5 Jun 2020, YB Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, ahli Majlis Tertinggi UMNO telah mengeluarkan kenyataan yang pedas dan jelas.

Ini bebenang:
UMNO menolak pendaftaran Perikatan Nasional (PN) sebagai badan formal. Kata beliau, Bersatu sahaja yang sedang berusaha untuk ‘formalise’ penubuhan PN kerana ianya merupakan satu-satunya jalan survival Bersatu.
Ini bukan kali pertama pimpinan UMNO menyatakan pendirian sedemikian. Tok Mat Negeri Sembilan, Nur Jazlan, Ku Nan dan lain-lain MT UMNO juga telah menyatakan pendapat yang sedemikian.
Read 32 tweets
18 May 20
MEMAHAT SEJARAH: HARI YANG MENDUNG BUAT DEMOKRASI MALAYSIA

Hari ini, 18 Mei 2020, telah berlangsungnya Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 selama satu hari.

Bebenang:
Di hari yang penting ini, saya ingin memahat satu lagi babak sejarah agar tak lupa oleh anak cucu kita tatkala mereka menyelak semula sejarah kesuaman demokrasi negara kita.
Jumaat lalu, setelah Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengeluarkan Kenyataan Media bertarikh 13 Mei 2020 yang mengumumkan PINDAAN Urusan Majlis Mesyuarat, saya telah menghantar sepucuk surat rayuan agar Usul daripada YB Langkawi yang diterima.
Read 20 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!