PERSONAL BRANDING @ LINKEDIN?

Dalam tweet aku sebelum ni, aku cakap buatlah LinkedIn dari awal, terutamanya kepada para pelajar. Janganlah bila dah grad baru nak buat; sebab nak bangunkan personal branding ni makan masa ya anak-anak.

Jom, aku kongsikan?

[Bebenang 🧶]
Daripada tweet tu, ramai yang bertanya,

"Apa yang saya nak share di LinkedIn ni tuan?"

"Bila masa yang sesuai untuk saya buat LinkedIn ni?"

Dan macam-macam lagi soalan-soalan lain. Jadi aku rasa tak moleklah kalau aku biar saja tweet tu tergantung begitu tanpa berkongsi lebih.
1. PERSONAL BRANDING? 🌱
=====================

Personal branding adalah tentang bagaimana kau nak orang kenal kau.

Contoh kalau kau nak orang kenal kau sebagai make-up artist, kau cerita tentang tips make up. Kalau kau nak orang kenal sebagai chef, kau kongsi tips/video resepi.
Pertamanya mindset. Contohnya, aku nak orang kenal aku sebagai orang IT/developer/programmer/software engineer.

Maka di sini aku set dalam minda: aku nak, kalau orang mention nama @omarqe, dia tahu @omarqe bercakap tentang CSIT, programming dan yang berkaitan dengan teknologi.
Jadi, di Twitter, aku fokus berkongsi tentang sains komputer dan IT. Aku buat kompilasi bebenang dan pin kat profil.

Kalau ada antara pembaca pernah nampak tweet-tweet aku lalu kat timeline diorang sebelum ni, diorang mungkin akan cam gambar profil walaupun tak ingat nama.
Gambar profil, nama dan username adalah ramuan utama yang kena konsisten untuk kukuhkan personal branding.

Apa-apa yang kita kongsi, orang akan tengok gambar profil dulu. Bila muka ni selalu lalu depan mata dan asal lalu je cakap benda sama, lama-lama orang kenal nama pula.
Next time bila orang tengok gambar dan nama orang dah tahu mamat ni cakap pasal apa, mamat ni buat apa and so on.

Nama dan username kena konsisten untuk mudahkan carian di pelbagai platform media sosial. Ini akan naikkan 'online presence' korang.
Manakala di LinkedIn pula, aku lebih banyak bercakap tentang kerja dan hasil kerja. Aku jarang update benda lain selain kerja.

Kalau ada hasil kerja aku yang lawa-lawa aku akan update kat LinkedIn hahaha. Inilah yang kita nak bincangkan panjang lebar dalam bebenang ni.
Lama ke nak bina personal branding ni? Bagi aku, ya.. benda ni memang makan masa.

Aku bermula sejak sekolah lagi. Aku dapat job pertama sebelum masuk degree (tapi diorang tak bayar ☹️). Kemudian dapat job berbayar masa tahun pertama degree.
Dari situ aku kembangkan sedikit demi sedikit. Mula buat website sendiri (design + develop sendiri), beli domain dan tulis blog.

Dengan cara ni, boleh la dapat job sikit-sikit. Ada la juga hampir close job dengan selebriti tempatan 😁.

Masa tu followers ratus-ratus je.
Oh, nak bina personal branding ni tak perlu banyak followers pun. Tak perlu stres sangat pasal followers.

Cukup orang yg berpotensi jadi klien atau ambil kau kerja kenal kau dan tahu kau buat apa. Kalau famous itu bonus Allah bagi, jaga elok-elok dan cuba manfaatkan orang lain.
Untuk aku, aku ambil masa bertahun-tahun nak bagi orang kenal aku buat apa. Sebab tu aku cakap kena mula dari awal. Walaubagaimanapun masih belum terlambat untuk mula sekarang.

Macam tanam pokok la 🌱.

Kalau esok nak makan nasi, bukan harini baru tanam padi.
Jadi sekarang aku rasa semua orang dah faham apa itu personal branding dan kenapa ia penting – it's about letting people know what you do.

Nah ini definisi panjang apa itu personal branding👇🏻
2. APA ITU LINKEDIN? 💼
===================

Rasanya semua tahu LinkedIn ni sebuah platform untuk professional networking. Tak perlu terang lebih-lebih, semua orang pernah dengar dan tahu kewujudan LinkedIn.

Yang orang tak tahu, macamana ia berfungsi dan kenapa ia membantu?
Begini, pada pendapat aku, cara cari kerja ini ada dua:

Pertama, kita cari kerja. Cara ni, kita hantar resumé/cv ke syarikat-syarikat yang kita nak kerja dan kemudian tunggu respons diorang. Kita guna platform macam JobStreet dll. untuk cari kerja.
Kedua, kerja yang cari kita. Setiap hari kita dapat tawaran kerja baru di pelbagai syarikat. Tawaran yang kita dapat tu pula adalah tawaran yang kita betul-betul mahir dan minat. Kat sini kita boleh guna LinkedIn.

Pada pendapat korang, yang mana lebih best? 😁
Mungkin ada antara korang akan fikir cara kedua lebih effortless. Tapi cuba fikir balik, betul ke effortless?

Macamana kita nak 'unlock' cara kedua ni?

Inilah yang dikatakan months/years of personal branding. Sekarang kau dah mula nampak tak apa yang aku cuba sampaikan?
Bagi aku, this is how LinkedIn supposed to work for you.

LinkedIn ni macam resumé online. Orang boleh tengok profil profesional kau pada bila-bila masa dan di mana-mana jua mereka berada.

Jadi, atas kau lah nak jadikan profil kau 'stand out'.
Di LinkedIn, selain golongan profesional, kat situ juga tempat para recruiter berhimpun. Recruiter ni siapa? Headhunter.

Tugas diorang ni adalah mencari talent sama ada untuk syarikat dia atau syarikat klien dia. Yang dia tahu, dia nak cari orang untuk isi kekosongan jawatan.
Setiap hari diorang akan cari la profil calon yang diorang rasa layak untuk isi sesuatu jawatan tu.

Maka bila aku tunjuk tawaran yang banyak macamni, ini perkara biasalah. Diorang ni hantar mesej sama kepada puluhan calon lain yang diorang rasa sesuai.
Nanti sampai satu tahap, korang dah tak larat nak reply semuanya. Awal-awal dulu aku ada juga reply satu dua, lepastu dah tak reply dah.

Benda ni bukan show off 😅. Mungkin anda tak faham sains di sebalik inbox yg dipenuhi dengan mesej begini. Lagipun, ini industri IT.
Persoalan sebenar di sini, macamana kita nak 'aktifkan mode' ni? Ada pakai cheat apa-apa ke? Bagus ke kalau macamni?

Haa, ini lah yang aku nak kongsikan, teruskan membaca. Benda ni inshaAllah semua orang boleh buat.

Okay jom ke point seterusnya.
3. LOVE WHAT YOU DO
==================

Aku sengaja mula dengan point ni sebab dengan meminati kerja kita, we'll push ourselves to unlock our full potential. Bila dah minat, pasti kita termotivasi untuk terus konsisten buat apa yang kita buat sekarang.
Orang yang minat sesuatu ni apabila dia berkongsi tentangnya, dia akan berkongsi dengan penuh ikhlas dan excitement.

Biasanya orang boleh hidu yang kau passionate dalam benda tu dan ini tak boleh buat-buat. Jadi, energi ini penting bila kau nak post sesuatu kat LinkedIn.
4. LINKEDIN ALL-STAR 🌟
===================

Profil kat LinkedIn ada lima tahap kekuatan: Beginner → Intermediate → Advanced → Expert → All-Star.

All-Star adalah tahap tertinggi. Algorithm LinkedIn akan mendahulukan profil All-Star sebelum yang lain-lain dalam hasil carian.
Kalau nak cemerlang kat LinkedIn, korang kena dapatkan profil All-Star. Kena bayar ke? Tidak. All-Star ni maksudnya profil korang tu lengkap selengkapnya lah.

Jadi, macamana caranya nak dapat ni?

Senang saja.
4.1 Profile Picture

Profile picture yang digunakan mestilah nampak profesional dan presentable. Sebagusnya, dicadangkan supaya letak gambar paras bahu ke atas.

Jangan tak letak pula gambar LinkedIn ni. Penting!
4.2 Headline

Seterusnya letak headline yang bagus. Ada 120 aksara boleh diisi, jadi korang boleh manfaatkan benda ni untuk tangkap mata pembaca sebab ia akan dipaparkan dalam hasil carian.
4.3 Summary

Sini tempat untuk tulis maklumat tentang diri kau. Gunakan summary untuk cerita benda awesome yang korang pernah buat.

Aku guna ruangan ini untuk cerita benda simple saja – pasal apa aku buat, projek terbesar dan teknologi yang aku kuasai.

Kredit: Katrina Ortiz
4.4 Experience

Kat sini korang senaraikan lah setiap pengalaman. Pernah kerja dengan siapa, sebagai apa, kat mana dan terangkan lah apa yang korang buat dan pencapaian kat situ.

Sebagai permulaan untuk pelajar, nak letak FYP pun boleh kat sini hehe.

Kredit: James Alan Hatch
4.5 Education

Sini letak lah kelayakan universiti, sijil-sijil yang korang ambil, kelas-kelas dan sebagainya. Self-explanatory.
4.6 Relevant Skills

Letak skills yang relevan dengan bidang korang. Satu benda pasal ni, korang boleh ambil Skill Quiz tu. Cuba la jawab soalan-soalan tricky dia tu hehe.

Bila passed, dia akan bagi "LinkedIn Skill Assessment badge".
Satu lagi tentang skills ni, orang boleh endorse kita dan kita boleh endorse orang. Mintalah kawan, colleagues endorse skill korang.

Aku suka profil James Hatch ni sebab endorsement dia orang-orang yang high-skilled jugak.
4.6 Recommendation

Bahagian recommendation ni juga penting untuk dapat profil All-Star. Minta colleague korang atau sesiapa saja yang pernah lihat kerja korang tulis recommendation.
4.7 Dapatkan URL Profil Khas

Korang boleh set username kat LinkedIn ni untuk dapatkan URL seperti linkedin.com/in/omarqe. URL begini lebih kemas dan lebih senang cari.
4.8 Contact Information

Macamana orang nak hubungi korang kalau tak ada maklumat ni kan. Maka lengkapkan maklumat ini.
5. CONNECT 🤝
============

Kat LinkedIn ni, cuba connect dengan tokoh-tokoh yang korang kenal. Kalau orang IT, korang boleh connect dengan memana tokoh dari apa-apa bidang yg menggunakan teknologi.
Bila profil kita lengkap, orang lebih yakin untuk berhubung dengan kita. Di samping tu, rajin-rajinkan diri untuk pos sesuatu kat LinkedIn.

Boleh jadi potential client ni hubungi korang sebab terbaca pos korang. Pos benda yg korang rasa ada impak kepada kerjaya korang. Gitu.
6. FILTER INBOX 📥
===============

Walaupun ada banyak requests tanya “open for new opportunities?”, namun tak semuanya bagus dan berkualiti.

Kena pandai filter kalau tidak buang masa saja. Kadang tu bot saja. Scammer pun ada.
Cuba tengok ni sebagai contoh,

Sometimes orang yang nak reach kita ni dengan gambarnya takde, lepastu datang entah dari mana.

Diorang ni tak kenal pun kita tahu-tahu urgently hiring. 🙅‍♂️
Tapi ada juga yang betul.

Buat background check pun memang syarikatnya wujud, profilenya real. Kalau dapat macamni, bolehlah engage kalau nak engage.
Aku memang pernah engage pun dengan connection kat LinkedIn dan alhamdulillah berjaya close projek durasi dua minggu masa PKP 1.0 tahun lepas.

Jadi, kalau ada orang kata semuanya bot, tak semestinya. Anda cuma kena pandai select.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Omar Mokhtar 🇲🇾

Omar Mokhtar 🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @omarqe

22 Feb
Wahai para pelajar, aku sarankan korang buatlah LinkedIn dari awal.

Situ lubuk recruiter aku rasa. Kau update je kerja-kerja kau and apa kau boleh buat, nanti ada la yang tanya “are you open for new opportunities?”.

Aku ni sampai ambik keputusan tak reply terus semuanya 🤣🤣 Image
Tak tertakluk kepada pelajar saja, kepada sesiapa nak cari peluang baru terutama dalam bidang teknologi ni.
Read 4 tweets
13 Jan
#TipsProgramming

Kalau nak mendalami sesuatu programming language, cuba bangunkan sesuatu TANPA framework. Istilahnya adalah ‘vanilla codes’.

Cara ni akan membantu korang faham bahasa tu sendiri secara ‘native’ tanpa bergantung kepada ciri-ciri yang tersedia pada framework.
Sebagai contoh, kat dalam framework mungkin sudah ada modul authentication yang dibuat oleh programmer lain.

Kita sebagai pengguna kepada framework tu, tinggal nak pakai je modul tu kat dalam aplikasi yang kita bangunkan.

Ini lebih mudah dan menjimatkan masa.
Tetapi kalau kita bangunkan aplikasi secara vanilla, modul authentication ni kita kena design dan kod sendiri dari kosong.

Bagusnya cara ni sebab kita boleh faham ‘flow’ sistem yang dibangunkan tu dari lapisan yang paling dalam; sekaligus meneguhkan lagi kefahaman dan …
Read 13 tweets
11 Nov 20
Talked about this many times. HTTP and HTTPS protocols are not necessarily trusted/authentic.

Please look for the domain name first, the protocol second.
I see 18K+ retweets, apparently many people don't acknowledge it yet.

but it's crucial for everyone to know that ANYONE – including scammers – can obtain the SSL certificate (to establish HTTPS connection) for FREE today.
How can you tell cimbclicks.cc is fake?

By looking at the domain:

CIMB Clicks' domain name is always cimbclicks.com.my
Read 4 tweets
6 Oct 20
Ada yang tanya aku, apa yang depa perlu tahu kalau nak ceburi bidang Cyber Security (CyberSec)? Nampaknya ramai yang berminat nak masuk bidang ni 😄

Kalau nak terjun bidang CyberSec, ini benda asas yang korang kena tahu..

Bebenang 🧵 Image
⚠️ Disclaimer: niche aku bukan CyberSec, tapi software. Walaubagaimanapun, SE pun ada pertembungan dengan CyberSec, jadi aku tahu serba sedikit lah pasal ni.

Disebabkan ramai orang tanya, jadi aku tulis apa yang aku tahu ok?
So kalau korang berminat nak masuk bidang CyberSec, korang kena hone skills ni:

1. Networking & Wireless Technologies
2. Operating Systems (OS)
3. Terminal/CLI
4. Social Engineering
5. Programming
6. Penetration Testing
7. Ethical Hacking
Read 35 tweets
6 Jul 20
"Omar, boleh tak suggest language untuk saya belajar?"

Aku tak boleh bagi jawapan untuk soalan macamni sebab aku taktau apa objektif korang.

Jadi, ini senarai programming languages secara detail (nama, kegunaan, demand, etc.) supaya korang boleh buat penilaian sendiri:
Amaran: bebenang ini panjang. Kalau nak jadi seorang developer atau software engineer, korang tak semestinya kena belajar kesemuanya – memang tak perlu pun.

Belajarlah ikut objektif sendiri dan jangan ikut-ikut orang. Tanpa berlengah lagi, jom kita mula.
1. Hypertext Markup Language (HTML)

Pada asasnya, semua website yang korang lawati di Internet ini dibina menggunakan HTML. Ini adalah language yang paling mudah untuk dipelajari.

Ia boleh dilihat melalui browser dengan cara View Page Source atau DevTools (Inspect Element).
Read 65 tweets
4 Jul 20
Anda nak tukar kerjaya kepada bidang teknologi atau developer, tapi anda takde degree dalam Computer Science dan/atau IT.

Possible? Mestilah. Tapi anda kena buat extra homework sikit untuk buktikan diri anda dan 'tailor' resumé/cv anda secara spesifik untuk bidang ini.

Caranya:
1. Belajar programming language.

Anda perlu jelas apa language yang anda dah belajar/kuasai. Lebih bagus kalau belajar language yang paling dekat dengan kerjaya impian anda.

Contoh: mobile app developer – Java/Kotlin (Android), Swift (iOS), React Native, Flutter, etc.
2. Bina portfolio.

Kalau sekadar belajar tapi tiada portfolio, belum tak cukup kuat. Untuk ini, anda boleh bina projek hobi atau buat freelance. Bina satu laman web peribadi untuk showcase portfolio anda.

Pastikan projek-projek anda tu hidup & bakal majikan boleh tengok.
Read 18 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!