Laju menitik air mata bila ternampak baby yang terpaksa menderita penyakit spina bifida macam dalam gambar ni. Ya Allah, sedih sangat-sangat.
Pulak tu bila terbayang yang baby nanti akan membesar dengan risiko kecacatan sampaikan mungkin nak berjalan pun kena pakai alat bantuan. Nak control kencing dan berak pun susah dan jadi problem besar.
Sebab tu mana yang plan nak hamil atau baru je disahkan hamil, tolonglah amalkan supplemen folic acid ye. Kadang tu ada je kami jumpa mak mak yang yang culas bila dinasihatkan untuk ambil supplemen ni. Katanya cukup dah makan sayur-sayuran.
Tapi yang sebetulnya, ambil supplemen folic acid ni jauh lebih berkesan untuk kita kurangkan risiko bayi cacat sebab vitamin folate dalam sayuran tu senang sangat termusnah bila dah dimasak. Bila makan pun tak dapat vitamin yang cukup.
Tolong share info ni dengan kawan-kawan yang lain ye. Sebolehnya kita nak elakkan anak kita yang lahir tu nanti dapat penyakit tulang belakang yang tak sempat tertutup masa dalam kandungan macam ni.
Jemput ke Telegram saya kalau nak belajar lebih banyak info kesihatan diri dan si kecil kita.
5 perkara ni bagus untuk mak ayah semua amalkan supaya imuniti badan anak kita kekal pada level paling tinggi lagi lagi dalam musim wabak sekarang ni.
✅ Make sure waktu tidur mereka cukup sebab masa tidur tu lah nanti sel tubuh akan hasilkan protein penting untuk bina sistem pertahanan badan.
✅ Galakkan selalu aktiviti fizikal. Duk dalam rumah pun banyak benda kita boleh latih dia orang buat sebenarnya.
✅ Wajib jauhkan dari perokok dan asap rokok. Selalu kami jumpa di hospital, anak yang ayahnya merokok kerap benar jatuh sakit berbanding anak yang parent nya tak merokok. Kesian sangat.
“Cuba puan ingat balik betul-betul, ada tak belikan apa-apa makanan dari luar, delivery ke, beri pada dia sehari dua ni?”
“Tak adalah doktor. Sepanjang kena duduk rumah ni semua makanan masak sendiri. Pelik saya tiba-tiba dia jadi begini.”
Sayu suara si ibu menjawab seraya menoleh ke arah anaknya yang sedang terbaring di atas katil. Remuk hati melihat betapa lemahnya keadaan badan si kecil tu. Langsung tak bermaya. Kedua belah mata pun mencengkung. Dehydrated teruk!
Mana tak nya, sejak pagi tadi dah berbelas kali muntah dan cirit birit. Sampai je kat hospital, jarum branula terpaksa dimasukkan ke saluran darah di kedua-dua belah lengan untuk proses rawatan kecemasan.
Patutlah asyik duk terjeluak susu je si comel tu. Kemain ketat lagi rupanya barut yang dibalut kat badan dia tu. Lepas dileraikan barut tu barulah nampak lega sikit baby tu dan tak ada dah duk kerap terjeluak susu lagi.
Macam-macam kepercayaan sebenarnya kami pernah jumpa. Ada yang percaya barut tu wajib pakai sebab takut perut baby kembung, risau baby terlebih menyusu, sakit perut dan lagi tak best, ada yang pakaikan ketat-ketat sebab percaya boleh elak perut baby pecah. Tak betul semua tu ye.
Banyak je punca yang buatkan baby kembung dan sakit perut tapi tak pakai barut bukanlah salah satu sebabnya.
Mak ayah yang tak pakaikan barut tu, tak usahlah risau kalau nampak perut bayi kita tu buncit sikit. Dah memang normal anatomi fizikal dia macam tu.
Tolonglah sangat-sangat jangan buat 5 perkara ni kalau korang pergi rumah yang ada bayi baru lahir tau.
#1. Tolong jangan sesuka hati nak pegang lepas tu nak angkat pulak bayi tu. Kadang tu konon dah geram sangat, dicium-ciumnya pipi tembam budak tu.
Baby yang baru lahir ni immune system dia rendah sangat. Belum matang pun lagi.
Kita tak nampak kuman apa yang duk ada kat tangan kita ni, kat mulut kita ni. Kalau berjangkit masuk dalam badan kita sendiri mungkin tak ada kesan tapi kalau berjangkit kat si comel tu boleh akibatkan nyawa dia terancam.