Tahukah anda yang tahi telinga kita ni sebenarnya adalah sejenis peluh. 😅 Jangan korek tau. Biar dia keluar sendiri.
Tahukah anda, sebenarnya hidung kita menghasilkan sebanyak 1 cawan mukus/ hingus dalam sehari. Tak hairanlah lepas korek tahi hidung, lepas tu dia muncul lagi. Hahaha
Tahukah anda, otot kita akan letih bila lakukan kerja secara berterusan. Satu-satunya otot yang tak pernah letih adalah jantung.
Bak kata Almarhum Ustaz Ismail Kamus, bila kita jalan, jantung kita berjalan. Bila kita berhenti, jantung kita tetap berjalan. Namun bila jantung kita berhenti, kita pula yang akan 'jalan'. 😅
Jika rumah kita ada penapis udara, maka pada badan kita ni ada penapis bernama 'buah pinggang'. Penapis ni lagi power. Sebab ianya boleh tapis benda tak ada khasiat yang kita makan. Kalau nak guna penapis ni lama, jangan ambil garam, gula serta makan terproses selalu. Huhu
Oh ya, otak kita ni terbentuk sempurna pada purata usia 26 tahun. Jangan hairan kenapa kita masa muda dulu perangai merepek. Hahaha.
Bakteria pada skrin telefon lebih banyak dari bakteria pada mangkuk tandas. Haha! Bila last time lap skrin telefon tu? 😅
Tahukah anda kenapa kita selalu letih lepas makan? Sebab tenaga dalam badan kita digunakan untuk mencerna makanan.
Tahukah anda, bila kita bangun tidur setiap hari, kita akan 1cm lebih tinggi dari waktu nak tidur. Sebab, tulang rawan lembut kita akan compressed sepanjang hari.
Setiap minit, badan kita menghasilkan 30,000 sel mati. Kemungkinan tempat yang banyak terhasil masa kita tidur. Jadi rajin-rajin kibas katil lepas bangun kalau taknak pepijat penuh kat katil.
Berkenaan dengan mimpi pula, ianya terhasil bila aliran sel-sel otak saling 'berlanggaran'. Tu sebab mimpi kita pelik. Yang lagi pelik, 12% dari kita ni bermimpi dalam keadaan hitam-putih. Dah macam mimpi klasik gitu!
Nak tau lagi banyak fakta sains best pasal tubuh badan kita? Segera dapatkan Teroka Sains 3 okey! Stoknya tinggal 500 naskhah sahaja lagi.
Dr Wan Fahmi dan Dr Annies habaq untuk Teroka Sains 3 ni mereka mahu buatkan anak-anak kita teruja belajar mengenai diri kita sendiri sebagai seorang manusia.
Sudah banyak kes kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan akibat pemberian ubat batuk dan selsema terutama jika diberi dos berlebihan atau terlalu kerap.
The Us Food and Drug Administration (fda) merekomendasikan kanak kanak di bawah 2 tahun tidak boleh diberikan ubat batuk terutama ubat yang available over the counter (otc).
Gastrik atau gastritis merujuk kepada keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut.
Keadaan ini berlaku apabila terjadinya penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut.
Fungsi normal perut adalah mengeluarkan asid (gastric juice) yang berfungsi mencerna makananan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut, ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya.
Disebabkan tahap keasidan dalam perut tinggi, terdapat satu mekanisme terbentuk yang dirujuk sebagai protective mechanism.
Ia berperanan melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis.
Satu pasangan suami isteri masuk ke bilik konsultasi. Si suami memimpin tangan isteri.
Sesekali kelihatan isteri memegang perut yang sarat mengandung.
“Doktor, kebelakangan ni isteri saya kerap kejang otot betis. Tengah malam tiba-tiba menjerit”
“Habis tu apa yang encik buat”
“Saya tak tahu nak buat apa. Saya hanya mampu urut betis dia”
“Ini biasa terjadi pada wanita mengandung sebab otot betis terpaksa menampung berat badan berlebihan”
Hari ini, saya kongsikan cara mudah jika diserang kejang otot.
Kaki kejang merupakan salah satu masalah yang akan dihadapi oleh kebanyakkan orang. Kekejangan otot ini selalunya berlaku secara tiba-tiba dan ia tidak mampu dikawal.
Minyak masak yg digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis(salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal),penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson dan barah
Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.
Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.
Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.