Kelihatan seorang wanita 60-an melangkah masuk ke bilik. Perlahan-lahan melangkah.
“Sila duduk puan”
“Maaf mengganggu doktor. Saya nak minta tolong doktor sangat-sangat. Saya nak minta doktor dtg rumah”
“Boleh saya tahu kenapa?”
“Saya tinggal berdua bersama suami. Suami saya sudah beberapa bulan terlantar akibat strok”
“Dari semalam saya tak boleh beri susu sebab tiub hidung tercabut. Semalam saya dah panggil MA datang rumah. Dia dah masukkan tapi terkeluar balik”
“Jadi pagi tadi saya telefon Klinik Kesihatan, dia minta bawa pakcik ke Klinik. Jadi saya tempah ambulans bayar RM140. Pakcik tak ada duit pencen”
“Sampai sana Misi dah masuk tiub. Balik rumah,rupanya tiub itu bergulung dalam dalam mulut. Makcik terpaksa cabut. Suami lapar”
Panjang lebar aku dengar cerita makcik ini.
“Begini makcik, saya sekarang tak boleh ke rumah makcik sebab saya seorang saja bertugas di klinik”
“Doktor tolong makcik doktor”, airmatanya mula mengalir deras membasahi pipi. Lantas di capai tisu dari dalam beg tangan untuk dilap.
Aku pula sebak. Aku perhati dari raut wajahnya. Jelas kelihatan muka yang penuh berharap pertolongan dari aku. Mata bengkak mungkin tidak cukup rehat menguruskan suami yang sakit.
“Sediakan bag, saya nak pergi homevisit.
Kalau ada pesakit datang klinik beritahu doktor keluar untuk homevisit”, pesanku pada staff.
“Terimakasih doktor”, sambil mengelap air mata yang masih berbaki.
Aku mengekori makcik ini hingga ke kereta.
“Saya naik motor ikut makcik di belakang ya”
“Baik, doktor”
Setelah sampai di rumah, aku buat pemeriksaan keseluruhan pada pakcik dan memasukkan tiub hidung.
“Ok makcik, tiub saya dah masuk. Lepas ini dah boleh bagi susu pada pakcik”
1. Ulser mulut juga dikenali sebagai serawan, guam, atau “mata ikan” ini adalah luka pada mukosa mulut.Biasanya terjadi pada bahagian dalam bibir, dalam pipi dan juga di permukaan lidah.
2. Ulser boleh timbul kerana stress,kekurangan zat makanan, kurang rehat atau tidur, keadaan mulut yang kotor,perubahan hormon,jangkitan virus dan kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah.
3. Ketua Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Sivakama Sunthari, berkata ulser atau pecahan pada rongga mulut tidak sembuh lebih dua minggu perlu dirawat bagi mengesan jika keadaan itu adalah simptom awal kanser mulut.
Tahukah anda yang tahi telinga kita ni sebenarnya adalah sejenis peluh. 😅 Jangan korek tau. Biar dia keluar sendiri.
Tahukah anda, sebenarnya hidung kita menghasilkan sebanyak 1 cawan mukus/ hingus dalam sehari. Tak hairanlah lepas korek tahi hidung, lepas tu dia muncul lagi. Hahaha
Tahukah anda, otot kita akan letih bila lakukan kerja secara berterusan. Satu-satunya otot yang tak pernah letih adalah jantung.
Sudah banyak kes kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan akibat pemberian ubat batuk dan selsema terutama jika diberi dos berlebihan atau terlalu kerap.
The Us Food and Drug Administration (fda) merekomendasikan kanak kanak di bawah 2 tahun tidak boleh diberikan ubat batuk terutama ubat yang available over the counter (otc).
Gastrik atau gastritis merujuk kepada keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut.
Keadaan ini berlaku apabila terjadinya penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut.
Fungsi normal perut adalah mengeluarkan asid (gastric juice) yang berfungsi mencerna makananan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut, ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya.
Disebabkan tahap keasidan dalam perut tinggi, terdapat satu mekanisme terbentuk yang dirujuk sebagai protective mechanism.
Ia berperanan melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis.
Satu pasangan suami isteri masuk ke bilik konsultasi. Si suami memimpin tangan isteri.
Sesekali kelihatan isteri memegang perut yang sarat mengandung.
“Doktor, kebelakangan ni isteri saya kerap kejang otot betis. Tengah malam tiba-tiba menjerit”
“Habis tu apa yang encik buat”
“Saya tak tahu nak buat apa. Saya hanya mampu urut betis dia”
“Ini biasa terjadi pada wanita mengandung sebab otot betis terpaksa menampung berat badan berlebihan”
Hari ini, saya kongsikan cara mudah jika diserang kejang otot.
Kaki kejang merupakan salah satu masalah yang akan dihadapi oleh kebanyakkan orang. Kekejangan otot ini selalunya berlaku secara tiba-tiba dan ia tidak mampu dikawal.