Bahayanya! Jangan cepat nak tengking atau naik tangan bila si kecil tu tak dengar cakap kita.

Tak ada anak yang dilahirkan degil. Tapi bila dah kerap sangat kena marah dan kena maki, itulah yang buatkan hati dia jadi keras.

Thread. Image
Anak kita tu sebenarnya boleh je berubah jadi anak yang paling rapat dengan kita dan patuh arahan bila kita amalkan 7 teknik mudah ni:

#1. Kerap cium dahi dan peluk si kecil kita tu. Cubalah jadikan rutin setiap kali lepas solat terus peluk cium anak anak kita tu.
Kita kena banyakkan memberi (sentuhan kasih sayang) sebelum layak nak menerima (kepatuhan anak pada arahan kita).

#2. Biasakan untuk rendahkan tubuh kita atau melutut masa bercakap dengan anak supaya mata kita dan mata anak pada aras yang sama & ada eye contact yang bagus.
#3. Sebutkan ayat ayat yang pendek dan ringkas masa berikan arahan pada anak kita.

#4. Bila kita duduk duduk dengan anak, letakkanlah smartphone tu kat tepi sekejap. Fokus sepenuhnya untuk bermain atau bergurau senda dengan si kecil tu.
Gelak ketawa yang terhasil tu akan menerbitkan hormone oxytocin dan buatkan kita dan anak sama sama rasa lebih tenang dan bahagia.

#5. Perhatikan baik baik keperluan asas si kecil tu samada dah dipenuhi atau belum.
Mungkin dia tak dengar cakap kita waktu tu kerana dia tengah lapar, mengantuk, rimas atau emosinya berserabut sebab baru je lepas bergaduh dengan adik beradik yang lain.

#6. Banyakkan ucap terima kasih bila dia lakukan perkara yang baik supaya anak kita sentiasa rasa dihargai.
#7. Tarik nafas dalam dalam dan kawal emosi kita tiap kali datang rasa nak marah. Entah entah anak kita tu asyik melawan bukan sebab apa tapi kerana otak dia dah terbiasa berada dalam keadaan ‘Fight and Flight’ akibat kerap dimarahi.
Tolong share ilmu ni dengan pasangan masing-masing ye. Jangan terkejut kalau anak kita nanti jadi lebih patuh, lebih senang dengar kata dan lebih tenang emosinya bila dia dah mula ada strong connection dengan kita.
Jemput ke Telegram saya ye. Saya ada kongsikan ilmu parenting dan ilmu kesihatan anak kecil yang penting dengan lebih 45 ribu mak ayah hebat setiap hari.

➡️ t.me/notaALB
Follow Tiktok saya kat sini

▶️ tiktok.com/@dr_luqman?lan…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ahmad Luqman Bukhari

Ahmad Luqman Bukhari Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @drluqman

23 Mar
Ni 5 teknik mudah yang kita boleh amalkan kalau serius nak jadi mak ayah yang awesome.

Thread. Image
1️⃣ Banyakkan senyuman dan sentiasa bercakap lemah lembut dengan anak. Ada waktunya kita perlu bertegas tapi bukan bermakna kita mesti menengking si kecil tu.
Ada kanak-kanak yang dia orang ni suka sangat terjerit-jerit. Entah entah dia dapat perangai tu daripada mak ayah yang kerap meninggikan suara bila bercakap.
Read 9 tweets
12 Mar
Mungkin sebab selama ni kita jarang peluk si kecil kita tu yang buatkan dia kerap batuk, selsema dan lagi teruk sampai selalu sangat demam.

Thread.
Kadang tu memang lah kita dah usaha jaga bab makan. Kita suapkan anak diet yang ada zat dan vitamin berkhasiat. Tapi kita terlupa pulak nak jaga bab emosi dan berikan dia sentuhan fizikal.
Selalunya individu yang kerap tertekan, rasa tak disayangi, mudah benar dijangkiti penyakit sebab stress tu sendiri beri efek tak baik pada imuniti pertahanan badan manusia.
Read 11 tweets
11 Mar
Terperanjat weh masa dengar masih ada yang sanggup pergi rendam baby kat dalam air cincau. Dah tahun 2021 dah ni. Tu bukan cara yang betul nak turunkan paras kuning (jaundice) anak.
Bangga pulak tu. Siap diviralkan. Jangan macam tu mak-mak semua. Boleh nak berikhtiar tapi janganlah sampai kita main guna je kaedah yang mengarut. Salah tu.
Okay macam ni. Bayi kekuningan ni memang kerap terjadi sebab kebanyakannya adalah fisiologi biasa (physiological jaundice) untuk bayi.

Dalam badan kita, Tuhan dah tetapkan bila sel darah merah tamat tempoh, ia akan terurai dan sebahagiannya membentuk bilirubin.
Read 11 tweets
10 Mar
Pernah sekali dulu saya bengang betul masa anak sulung saya usianya 10 bulan. Waktu tu, dia pernah simpan emas dan jana keuntungan sebanyak 13% hanya dalam tempoh 5 bulan!

Begini ceritanya. Image
Saya tamatkan pengajian di Mesir pada tahun 2015. Masa pulang ke sini, ada seorang ahli keluarga kami hadiahkan wang sebanyak RM1300 untuk anak saya buka akaun simpanan di Tabung Haji dan terus daftar haji sekaligus.
Tapi entah macam mana waktu tu, disebabkan anak saya ni lahir di Kota Kaherah sana jadi urusan untuk dapatkan mykid ambil masa yang sedikit panjang. Pulak waktu tu urusannya dibuat di pejabat JPN daerah je.
Read 12 tweets
10 Mar
“Kami memang terpaksa biuskan anak ni supaya dia tak sedarkan diri. Lepas tu barulah kami boleh keluarkan benda tu daripada kawasan saluran tekak tu puan.” Image
Cepat-cepat saya palingkan muka ke sebelah kiri. Sebak pulak bila nampak kedua-dua belah matanya dah mula bergenang dengan air mata akibat terlampau risau.
Ikutkan ceritanya, si kecil tu bukanlah jenis yang suka mengutip benda kat lantai tapi entah macam mana hari tu dia boleh terjumpa syiling yang berselerakan lantas dimasukkan ke dalam mulut.
Read 15 tweets
27 Feb
Kalau nak bergurau pun, tolong jangan duk goncang & lambung baby tu ye gaiss. Otak dia berisiko cacat kekal jika terkena Shaken Baby Syndrome (SBS). 😭 Image
Si comel kita tu otaknya lembut dan otot lehernya lemah sangat lagi. Dinding salur darah pun halus je. Jadi bila bayi dilambung atau digoncang, otaknya akan terhentak pada dinding tengkorak. Tak pasal pasal salur darah terkoyak, pendarahan berlaku & akhirnya otak dia membengkak.
Kesannya:

✅ Perkembangan otak terbantut
✅ Lumpuh
✅ Buta
✅ Pekak
✅ Kematian
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!