“Kami memang terpaksa biuskan anak ni supaya dia tak sedarkan diri. Lepas tu barulah kami boleh keluarkan benda tu daripada kawasan saluran tekak tu puan.”
Cepat-cepat saya palingkan muka ke sebelah kiri. Sebak pulak bila nampak kedua-dua belah matanya dah mula bergenang dengan air mata akibat terlampau risau.
Ikutkan ceritanya, si kecil tu bukanlah jenis yang suka mengutip benda kat lantai tapi entah macam mana hari tu dia boleh terjumpa syiling yang berselerakan lantas dimasukkan ke dalam mulut.
Mujurlah si abang terpandang kelakuan tu dan cepat-cepat pergi mengadu kat emak. Kalau tak, mungkin tak ada siapa yang tahu kewujudan syiling tu dalam saluran tekak budak tu.
Syiling, bateri, butang, pin dan skru, ni semua antara benda asing (foreign object) yang kerap benar kami temui bila parent berkejar ke jabatan kecemasan dan mengadu yang anak tertelan sesuatu. Berdebar-debar weh hati kami ni. Risau betul bila terjumpa kes begini.
Mana tak nya, bayangkanlah kalau tiba-tiba benda tu termasuk ke saluran pernafasan, tak pasal-pasal budak tu akan senyap, wajah bertukar jadi kebiruan dan tak mampu menangis atau bersuara langsung.
Paling menakutkan si kecil tu mungkin berdepan maut kalau rawatan kecemasan tak dilakukan segera! Naudzubillah.
Sebab tu saya harap kita semua pakat ambil tahu tentang tanda-tanda yang saya tulis ni sebab anak kita mungkin dah tertelan benda asing kalau tanda macam ni muncul.
⏩ Terbatuk-batuk
⏩ Tercekik
⏩ Susah nak bernafas atau nafas berbunyi kuat (wheezing)
Kalau kes objek asing tersekat dekat saluran menuju ke perut (esophagus) atau usus pulak, mungkin korang akan nampak simptom macam ni:
👉 Si kecil tu muntah tiap kali menelan makanan
👉 Air liur asyik meleleh tak berhenti
👉 Dia duk mengadu sakit kat bahagian dada atau tekak
👉 Menolak kalau kita suruh makan. Tak kiralah sebab sakit perut atau memang hilang selera makan
👉 Ada jugak yang tiba-tiba je demam panas
Saya teringat-ingat lagi wajah cemas mak pada budak kecil yang saya jumpa itu hari sebab kes tertelan syiling ni.
Terkejut betul dia bila ditunjukkan kesan syiling tu pada xray. Sebijik macam kat dalam gambar. Pulak tu, hampir semua tanda yang saya sebut ni memang terjadi pada budak malang tu.
Jadi, mak ayah yang ada anak kecil terutamanya yang umur 6 – 18 bulan ni tolonglah extra alert ye.
Dia orang ni memang suka sangat bila dapat meneroka dunia. Itu yang selalu nak menggigit dan masukkan objek kecil ke dalam mulut. Tapi tak bolehlah kita nak salahkan dia sebab tu dah memang salah satu fitrah perkembangan kanak-kanak.
Cuma kita boleh elakkan tragedi menyedihkan ni dari berlaku dengan cara kita pastikan barang-barang kecil yang mudah budak tu capai dan masukkan ke mulut, kita simpan elok-elok kat tempat tinggi dalam rumah kita. Tolong ingatkan family kita pasal hal ni ye.
Jemput ke Telegram saya ye sebab kat sana saya banyak kongsikan ilmu kesihatan anak kecil & tips parenting setiap hari.
Mungkin sebab selama ni kita jarang peluk si kecil kita tu yang buatkan dia kerap batuk, selsema dan lagi teruk sampai selalu sangat demam.
Thread.
Kadang tu memang lah kita dah usaha jaga bab makan. Kita suapkan anak diet yang ada zat dan vitamin berkhasiat. Tapi kita terlupa pulak nak jaga bab emosi dan berikan dia sentuhan fizikal.
Selalunya individu yang kerap tertekan, rasa tak disayangi, mudah benar dijangkiti penyakit sebab stress tu sendiri beri efek tak baik pada imuniti pertahanan badan manusia.
Terperanjat weh masa dengar masih ada yang sanggup pergi rendam baby kat dalam air cincau. Dah tahun 2021 dah ni. Tu bukan cara yang betul nak turunkan paras kuning (jaundice) anak.
Bangga pulak tu. Siap diviralkan. Jangan macam tu mak-mak semua. Boleh nak berikhtiar tapi janganlah sampai kita main guna je kaedah yang mengarut. Salah tu.
Okay macam ni. Bayi kekuningan ni memang kerap terjadi sebab kebanyakannya adalah fisiologi biasa (physiological jaundice) untuk bayi.
Dalam badan kita, Tuhan dah tetapkan bila sel darah merah tamat tempoh, ia akan terurai dan sebahagiannya membentuk bilirubin.
Pernah sekali dulu saya bengang betul masa anak sulung saya usianya 10 bulan. Waktu tu, dia pernah simpan emas dan jana keuntungan sebanyak 13% hanya dalam tempoh 5 bulan!
Begini ceritanya.
Saya tamatkan pengajian di Mesir pada tahun 2015. Masa pulang ke sini, ada seorang ahli keluarga kami hadiahkan wang sebanyak RM1300 untuk anak saya buka akaun simpanan di Tabung Haji dan terus daftar haji sekaligus.
Tapi entah macam mana waktu tu, disebabkan anak saya ni lahir di Kota Kaherah sana jadi urusan untuk dapatkan mykid ambil masa yang sedikit panjang. Pulak waktu tu urusannya dibuat di pejabat JPN daerah je.
Laju menitik air mata bila ternampak baby yang terpaksa menderita penyakit spina bifida macam dalam gambar ni. Ya Allah, sedih sangat-sangat.
Pulak tu bila terbayang yang baby nanti akan membesar dengan risiko kecacatan sampaikan mungkin nak berjalan pun kena pakai alat bantuan. Nak control kencing dan berak pun susah dan jadi problem besar.
Sebab tu mana yang plan nak hamil atau baru je disahkan hamil, tolonglah amalkan supplemen folic acid ye. Kadang tu ada je kami jumpa mak mak yang yang culas bila dinasihatkan untuk ambil supplemen ni. Katanya cukup dah makan sayur-sayuran.
5 perkara ni bagus untuk mak ayah semua amalkan supaya imuniti badan anak kita kekal pada level paling tinggi lagi lagi dalam musim wabak sekarang ni.
✅ Make sure waktu tidur mereka cukup sebab masa tidur tu lah nanti sel tubuh akan hasilkan protein penting untuk bina sistem pertahanan badan.
✅ Galakkan selalu aktiviti fizikal. Duk dalam rumah pun banyak benda kita boleh latih dia orang buat sebenarnya.
✅ Wajib jauhkan dari perokok dan asap rokok. Selalu kami jumpa di hospital, anak yang ayahnya merokok kerap benar jatuh sakit berbanding anak yang parent nya tak merokok. Kesian sangat.
“Cuba puan ingat balik betul-betul, ada tak belikan apa-apa makanan dari luar, delivery ke, beri pada dia sehari dua ni?”
“Tak adalah doktor. Sepanjang kena duduk rumah ni semua makanan masak sendiri. Pelik saya tiba-tiba dia jadi begini.”
Sayu suara si ibu menjawab seraya menoleh ke arah anaknya yang sedang terbaring di atas katil. Remuk hati melihat betapa lemahnya keadaan badan si kecil tu. Langsung tak bermaya. Kedua belah mata pun mencengkung. Dehydrated teruk!
Mana tak nya, sejak pagi tadi dah berbelas kali muntah dan cirit birit. Sampai je kat hospital, jarum branula terpaksa dimasukkan ke saluran darah di kedua-dua belah lengan untuk proses rawatan kecemasan.