Mungkin sebab selama ni kita jarang peluk si kecil kita tu yang buatkan dia kerap batuk, selsema dan lagi teruk sampai selalu sangat demam.

Thread.
Kadang tu memang lah kita dah usaha jaga bab makan. Kita suapkan anak diet yang ada zat dan vitamin berkhasiat. Tapi kita terlupa pulak nak jaga bab emosi dan berikan dia sentuhan fizikal.
Selalunya individu yang kerap tertekan, rasa tak disayangi, mudah benar dijangkiti penyakit sebab stress tu sendiri beri efek tak baik pada imuniti pertahanan badan manusia.
Sebab tu lah kena tahu yang selain daripada kerap cuci tangan, dapatkan rehat yang cukup dan elakkan bertemu orang yang tengah tak sihat, rupanya selalu dipeluk dengan kasih sayang ni dapat jauhkan kita dari dijangkiti penyakit.
Serius! Saya sendiri pun rasa teruja betul bila dapat tahu tentang fakta yang menakjubkan ni. Ada lah satu research team ni yang diketuai oleh Sheldon Cohen, Profesor Psikologi dekat Carnegie Mellon University, Amerika Syarikat sana.
Mereka lakukan satu study dan temui bahawa golongan yang kerap stress ni bila kerap dipeluk dan diberi sokongan moral, kebarangkalian untuk terkena jangkitan demam selsema jadi lebih rendah berbanding golongan yang stress dan bersendirian tanpa kasih sayang.
Kajian ni ada dipamerkan kat dalam Jurnal Psychological Science.

Sebab tu saya nak sarankan kat mak ayah semua, kita ni bukan setakat kena ucapkan kat si kecil kita tu yang kita sayang kat dia tapi kena tunjuk jugak melalui sentuhan dan pelukan dari tangan kita sendiri.
Masa nak peluk tu, turunlah melutut dulu. Biar mata kita dan mata si kecil tu selaras atau satu level. Kemudian peluk dan rapatkan dada kita sampai bertemu dengan dada anak kita.
InsyaAllah bila kita selalu peluk dan beritahu betul betul yang kita sayang sangat kat dia, kesihatan emosi dan fizikal si comel tu akan jadi lebih baik dan tak mudah nak jatuh sakit.
Tolong sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain ye sebab saya rasa ramai lagi mak ayah yang belum tahu tentang fakta ajaib ni.

Jemput ke Telegram saya kalau nak belajar ilmu kesihatan anak kecil dan ilmu parenting yang penting setiap hari.

▶️ t.me/notaALB
Follow Tiktok saya kat sini ▶️ tiktok.com/@dr_luqman?lan…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ahmad Luqman Bukhari

Ahmad Luqman Bukhari Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @drluqman

11 Mar
Terperanjat weh masa dengar masih ada yang sanggup pergi rendam baby kat dalam air cincau. Dah tahun 2021 dah ni. Tu bukan cara yang betul nak turunkan paras kuning (jaundice) anak.
Bangga pulak tu. Siap diviralkan. Jangan macam tu mak-mak semua. Boleh nak berikhtiar tapi janganlah sampai kita main guna je kaedah yang mengarut. Salah tu.
Okay macam ni. Bayi kekuningan ni memang kerap terjadi sebab kebanyakannya adalah fisiologi biasa (physiological jaundice) untuk bayi.

Dalam badan kita, Tuhan dah tetapkan bila sel darah merah tamat tempoh, ia akan terurai dan sebahagiannya membentuk bilirubin.
Read 11 tweets
10 Mar
Pernah sekali dulu saya bengang betul masa anak sulung saya usianya 10 bulan. Waktu tu, dia pernah simpan emas dan jana keuntungan sebanyak 13% hanya dalam tempoh 5 bulan!

Begini ceritanya. Image
Saya tamatkan pengajian di Mesir pada tahun 2015. Masa pulang ke sini, ada seorang ahli keluarga kami hadiahkan wang sebanyak RM1300 untuk anak saya buka akaun simpanan di Tabung Haji dan terus daftar haji sekaligus.
Tapi entah macam mana waktu tu, disebabkan anak saya ni lahir di Kota Kaherah sana jadi urusan untuk dapatkan mykid ambil masa yang sedikit panjang. Pulak waktu tu urusannya dibuat di pejabat JPN daerah je.
Read 12 tweets
10 Mar
“Kami memang terpaksa biuskan anak ni supaya dia tak sedarkan diri. Lepas tu barulah kami boleh keluarkan benda tu daripada kawasan saluran tekak tu puan.” Image
Cepat-cepat saya palingkan muka ke sebelah kiri. Sebak pulak bila nampak kedua-dua belah matanya dah mula bergenang dengan air mata akibat terlampau risau.
Ikutkan ceritanya, si kecil tu bukanlah jenis yang suka mengutip benda kat lantai tapi entah macam mana hari tu dia boleh terjumpa syiling yang berselerakan lantas dimasukkan ke dalam mulut.
Read 15 tweets
26 Feb
Laju menitik air mata bila ternampak baby yang terpaksa menderita penyakit spina bifida macam dalam gambar ni. Ya Allah, sedih sangat-sangat.
Pulak tu bila terbayang yang baby nanti akan membesar dengan risiko kecacatan sampaikan mungkin nak berjalan pun kena pakai alat bantuan. Nak control kencing dan berak pun susah dan jadi problem besar.
Sebab tu mana yang plan nak hamil atau baru je disahkan hamil, tolonglah amalkan supplemen folic acid ye. Kadang tu ada je kami jumpa mak mak yang yang culas bila dinasihatkan untuk ambil supplemen ni. Katanya cukup dah makan sayur-sayuran.
Read 7 tweets
24 Feb
5 perkara ni bagus untuk mak ayah semua amalkan supaya imuniti badan anak kita kekal pada level paling tinggi lagi lagi dalam musim wabak sekarang ni. Image
✅ Make sure waktu tidur mereka cukup sebab masa tidur tu lah nanti sel tubuh akan hasilkan protein penting untuk bina sistem pertahanan badan.

✅ Galakkan selalu aktiviti fizikal. Duk dalam rumah pun banyak benda kita boleh latih dia orang buat sebenarnya.
✅ Wajib jauhkan dari perokok dan asap rokok. Selalu kami jumpa di hospital, anak yang ayahnya merokok kerap benar jatuh sakit berbanding anak yang parent nya tak merokok. Kesian sangat.
Read 9 tweets
21 Feb
“Cuba puan ingat balik betul-betul, ada tak belikan apa-apa makanan dari luar, delivery ke, beri pada dia sehari dua ni?”

“Tak adalah doktor. Sepanjang kena duduk rumah ni semua makanan masak sendiri. Pelik saya tiba-tiba dia jadi begini.”
Sayu suara si ibu menjawab seraya menoleh ke arah anaknya yang sedang terbaring di atas katil. Remuk hati melihat betapa lemahnya keadaan badan si kecil tu. Langsung tak bermaya. Kedua belah mata pun mencengkung. Dehydrated teruk!
Mana tak nya, sejak pagi tadi dah berbelas kali muntah dan cirit birit. Sampai je kat hospital, jarum branula terpaksa dimasukkan ke saluran darah di kedua-dua belah lengan untuk proses rawatan kecemasan.
Read 12 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!