Terperanjat weh masa dengar masih ada yang sanggup pergi rendam baby kat dalam air cincau. Dah tahun 2021 dah ni. Tu bukan cara yang betul nak turunkan paras kuning (jaundice) anak.
Bangga pulak tu. Siap diviralkan. Jangan macam tu mak-mak semua. Boleh nak berikhtiar tapi janganlah sampai kita main guna je kaedah yang mengarut. Salah tu.
Okay macam ni. Bayi kekuningan ni memang kerap terjadi sebab kebanyakannya adalah fisiologi biasa (physiological jaundice) untuk bayi.
Dalam badan kita, Tuhan dah tetapkan bila sel darah merah tamat tempoh, ia akan terurai dan sebahagiannya membentuk bilirubin.
Bilirubin ni akan diproses di hati sebelum dibuang keluar dari badan melalui najis dan air kencing.
Apa yang berlaku pada bayi yang baru lahir, organ hati dia tu baru nak warming up. Dah boleh function, tapi slow je lagi.
Itu yang kadang-kadang sebahagian bilirubin masih belum diproses dan berkumpul terlalu banyak dalam darah. Akhirnya timbul di kulit hingga nampak kuning.
Memang ada kajian menunjukkan, seramai 50% bayi matang dan 80% bayi pramatang boleh dapat kuning jaundice ni.
Tapi tak bermakna, semuanya perlukan rawatan. Kebanyakannya akan reda balik dalam masa 2 minggu. Yang penting ialah pantauan oleh petugas kesihatan supaya rawatan yang tepat dapat diberikan segera bila perlu.
Dalam masa sama, tugas kita mak ayah pulak pastikan si comel tu selalu disusukan supaya bayi akan lebih kerap kencing dan berak. Gagal menyusukan bayi secukupnya hanya akan buatkan tubuh dia terdehidrasi dan paras jaundice semakin menaik.
Paling menakutkan kalau tak dipantau. Kita mungkin tak sedar yang level bilirubin dah jadi sangat tinggi hingga akhirnya menyerang otak (kernicterus). Tak pasal-pasal budak tu sawan dan cacat otak kekal.
Tolong share info ni dengan kawan-kawan kita yang lain ye. Bila si comel tu mengalami kekuningan, paling penting ialah pastikan dia dipantau dan diberikan susu secukupnya. Bukan ajar petua yang mengarut dan buatkan mak mak semua jadi makin stress.
Saya ada menulis lebih banyak info dan ilmu tentang kesihatan anak kecil di Telegram saya ▶️ t.me/notaALB
Mungkin sebab selama ni kita jarang peluk si kecil kita tu yang buatkan dia kerap batuk, selsema dan lagi teruk sampai selalu sangat demam.
Thread.
Kadang tu memang lah kita dah usaha jaga bab makan. Kita suapkan anak diet yang ada zat dan vitamin berkhasiat. Tapi kita terlupa pulak nak jaga bab emosi dan berikan dia sentuhan fizikal.
Selalunya individu yang kerap tertekan, rasa tak disayangi, mudah benar dijangkiti penyakit sebab stress tu sendiri beri efek tak baik pada imuniti pertahanan badan manusia.
Pernah sekali dulu saya bengang betul masa anak sulung saya usianya 10 bulan. Waktu tu, dia pernah simpan emas dan jana keuntungan sebanyak 13% hanya dalam tempoh 5 bulan!
Begini ceritanya.
Saya tamatkan pengajian di Mesir pada tahun 2015. Masa pulang ke sini, ada seorang ahli keluarga kami hadiahkan wang sebanyak RM1300 untuk anak saya buka akaun simpanan di Tabung Haji dan terus daftar haji sekaligus.
Tapi entah macam mana waktu tu, disebabkan anak saya ni lahir di Kota Kaherah sana jadi urusan untuk dapatkan mykid ambil masa yang sedikit panjang. Pulak waktu tu urusannya dibuat di pejabat JPN daerah je.
“Kami memang terpaksa biuskan anak ni supaya dia tak sedarkan diri. Lepas tu barulah kami boleh keluarkan benda tu daripada kawasan saluran tekak tu puan.”
Cepat-cepat saya palingkan muka ke sebelah kiri. Sebak pulak bila nampak kedua-dua belah matanya dah mula bergenang dengan air mata akibat terlampau risau.
Ikutkan ceritanya, si kecil tu bukanlah jenis yang suka mengutip benda kat lantai tapi entah macam mana hari tu dia boleh terjumpa syiling yang berselerakan lantas dimasukkan ke dalam mulut.
Laju menitik air mata bila ternampak baby yang terpaksa menderita penyakit spina bifida macam dalam gambar ni. Ya Allah, sedih sangat-sangat.
Pulak tu bila terbayang yang baby nanti akan membesar dengan risiko kecacatan sampaikan mungkin nak berjalan pun kena pakai alat bantuan. Nak control kencing dan berak pun susah dan jadi problem besar.
Sebab tu mana yang plan nak hamil atau baru je disahkan hamil, tolonglah amalkan supplemen folic acid ye. Kadang tu ada je kami jumpa mak mak yang yang culas bila dinasihatkan untuk ambil supplemen ni. Katanya cukup dah makan sayur-sayuran.
5 perkara ni bagus untuk mak ayah semua amalkan supaya imuniti badan anak kita kekal pada level paling tinggi lagi lagi dalam musim wabak sekarang ni.
✅ Make sure waktu tidur mereka cukup sebab masa tidur tu lah nanti sel tubuh akan hasilkan protein penting untuk bina sistem pertahanan badan.
✅ Galakkan selalu aktiviti fizikal. Duk dalam rumah pun banyak benda kita boleh latih dia orang buat sebenarnya.
✅ Wajib jauhkan dari perokok dan asap rokok. Selalu kami jumpa di hospital, anak yang ayahnya merokok kerap benar jatuh sakit berbanding anak yang parent nya tak merokok. Kesian sangat.
“Cuba puan ingat balik betul-betul, ada tak belikan apa-apa makanan dari luar, delivery ke, beri pada dia sehari dua ni?”
“Tak adalah doktor. Sepanjang kena duduk rumah ni semua makanan masak sendiri. Pelik saya tiba-tiba dia jadi begini.”
Sayu suara si ibu menjawab seraya menoleh ke arah anaknya yang sedang terbaring di atas katil. Remuk hati melihat betapa lemahnya keadaan badan si kecil tu. Langsung tak bermaya. Kedua belah mata pun mencengkung. Dehydrated teruk!
Mana tak nya, sejak pagi tadi dah berbelas kali muntah dan cirit birit. Sampai je kat hospital, jarum branula terpaksa dimasukkan ke saluran darah di kedua-dua belah lengan untuk proses rawatan kecemasan.