🦺15 RULES ASAS ANALISIS VOLUME YANG WAJIB DIKETAHUI.
Topik sharing kali ini ialah volume. Volume analisis adalah merupakan antara analisis favourite Empayar Saham.
Suatu ketika dahulu, Admin pernah share topik yang sama yang mana masa tu ade 18 rule asas analisis volume. Kali ini, Admin kemaskini semula menjadikannya kepada 15 RULES ASAS ANALISIS VOLUME.
Volume mewakili aktiviti trader dalam market. Setiap seunit volume bermaksud seunit share telah pun berjaya bertukar tangan dari seller ke buyer. Oleh itu, daily volume bermaksud berapa jumlah share yang telah berjaya bertukar tangan dalam masa sehari.
Volume diplot dalam bentuk histogram dengan ketinggian histogram mewakili jumlah volume pada hari tersebut.
Perubahan volume memberikan petunjuk bagaimana bull dan bear bertindak dan seterusnya mempengaruhi perubahan price. Perubahan volume juga memberikan petunjuk sama ada trend akan berterusan atau berubah.
Senang cerita, volume datang dulu barulah price bergerak. Tanpa volume, pergerakan price menjadi tidak bermakna.
Ada trader yang mengabaikan volume dan hanya bergantung pada pergerakan price semata-mata. Ini kerana pada mereka price sahaja sudah cukup memberitahu keadaan market.
Hakikatnya, mengabaikan volume dan hanya bergantung pada price semata-mata harus dielakkan. Ini kerana price bergantung pada volume.
Kebolehan menguasai analisis volume memberikan anda kebolehan menguasai pergerakan price sebelum price itu sendiri bergerak. Dalam erti kata lain, anda selangkah mendahului price.
Itulah sebabnya otai-otai saham berusaha menguasai analisis volume kerana dengan pemahaman yang tinggi terhadap volume akan membolehkan mereka memahami pergerakan price dengan lebih baik dan seterusnya trade dengan lebih baik.
Volume turut m'berikan petunjuk ttng aktiviti buyer dan seller. Jika anda membandingkan 2 stock dlm bentuk volume, anda sebenarnya membandingkan keaktifan di antara kedua-dua stock - stock dengan volume yg banyak lebih aktif dan lebih cair berbanding stock dengan volume yg sikit.
Itulah sbbnya antara syarat pemilihan utama kaunter ialah jumlah volume yang tinggi dan mudah berubah-ubah kerana ini bermakna wujud minat pada kaunter dan seterusnya membolehkan price bergerak.
RULE 1 :
Bila volume menaik & price menaik,
- kaunter semakin aktif.
- bull semakin kuat.
- price akan terus naik.
RULE 2 :
Bila volume menurun & price menaik,
- kaunter semakin kurang aktif.
- bull semakin kurang kuat.
- price akan sampai puncak tidak lama lagi selepas menghabiskan momentum.
RULE 3 :
Bila volume menaik & price menurun,
- kaunter semakin aktif.
- bear semakin kuat.
- price akan terus turun.
RULE 4 :
Bila volume menurun & price menurun,
- kaunter semakin kurang aktif.
- bear semakin kurang kuat.
- price akan sampai lantai tak lama lagi selepas menghabiskan momentum.
RULE 5 :
Bila volume kecil dan mendatar tanpa banyak perubahan.
- kaunter diam.
- bull atau bear sedang dalam keadaan menunggu.
- Price ikut mendatar.
RULE 6 :
Bila volume kecil dan mendatar di support level.
- kaunter diam.
- bull atau bear sedang dalam keadaan menunggu.
- Price mengesahkan support level adalah kuat.
RULE 7 :
Bila volume kecil dan mendatar di resistance level.
- kaunter diam.
- bull atau bear sedang dalam keadaan menunggu.
- Price mengesahkan resistance level adalah kuat.
RULE 8 :
Bila volume menaik ketika berlaku resistance breakout.
- kaunter semakin aktif.
- bull semakin kuat.
- Price mengesahkan yang breakout adalah kuat dan sah.
RULE 9 :
Bila volume mendatar ketika berlaku resistance breakout.
- kaunter tak aktif.
- bull tak kuat.
- Price mungkin membuat false breakout.
RULE 10 :
Bila volume menaik ketika berlaku support breakout.
- kaunter semakin aktif.
- bear semakin kuat.
- Price mengesahkan yang breakout adalah kuat dan sah.
RULE 11 :
Bila volume mendatar ketika berlaku support breakout.
- kaunter tak aktif.
- bear tak kuat.
- Price mungkin membuat false breakout.
RULE 12 :
Bila volume spike diikuti price spike ke atas,
- kaunter terlalu aktif.
- minat trader menjadi keterlaluan.
- Price melambung tapi kemudian akan turun semula untuk membuat price rationalization.
RULE 13 :
Bila volume spike diikuti price sell down ke bawah.
- kaunter terlalu aktif.
- trader dalam keadaan panik.
- Price akan jatuh terhempas tapi kemudian akan naik semula untuk membuat price rationalization.
RULE 14 :
Bila volume spike tetapi tidak diikuti dengan pergerakan price yang luar biasa.
- Dikenali sebagai stopping volume.
- Petanda wujud pergerakan jerung.
- Sesuatu yang besar akan berlaku tak lama lagi.
RULE 15 :
Bila volume = 0.
- kaunter mati.
- tiada trader.
- Price hanya membuat tick.
Semoga kita mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang beberapa elemen penting dalam analisis volume chart.
EmpayarSaham
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
😱 BAGAIMANA STOCK PRICE BEREAKSI TERHADAP SETIAP JENIS CORPORATE EXERCISE?
Terdapat banyak sbb kenapa sebuah syarikat melaksanakan corporate exercise. Sebab utamanya ialah utk mendapatkan dana tambahan daripada shareholder-shareholder untuk mengembangkan syarikat.
Namun, ada juga syarikat yang melaksanakan corporate exercise untuk menonjolkan imej, ada juga yang mahu mengelak daripada dikuasai syarikat lain.
Walauapapun pilihan corporate exercise yg dilakukan syarikat, ia akan memberikan kesan paling tidak pun kepada stock price serta kedudukan shareholder-shareholder di dlm syarikat. Oleh itu, penting utk memahami kesan setiap corporate exercise agar kita boleh bertindak sewajarnya.
❗BERHATI-HATILAH JIKA EXTERNAL AUDITOR SYARIKAT ANDA RESIGN.
External auditor ialah mereka yang dilantik oleh pihak syarikat utk mengaudit laporan kewangan syarikat agar ianya telus dan memenuhi piawai yang ditetapkan sebelum laporan kewangan tersebut didedahkan kepada umum.
Pentingnya external auditor kerana mereka sebenarnya menjaga kepentingan kita sebagai pelabur dengan cuba memastikan syarikat memberikan maklumat yang cukup dan lengkap serta mudah difahami kita, walaupun mereka sebenarnya dilantik oleh pihak syarikat itu sendiri.
Sebuah syarikat yang bagus seharusnya mempunyai pengurusan yang juga berkualiti dan ini termasuklah bagaimana mereka mengurus dan menjaga kewangan mereka.
Soalan yang biasa Admin terima daripada newbie apabila berkaitan dgn financial report ialah
"Boleh percaya ke syarikat punya financial report?"
Soalan ni sebenarnya telah pun dijangka awal-awal oleh MASB sendiri (Malaysia Accounting Standard Board). Mereka tahu kepentingan utk meningkatkan kepercayaan public terhadap financial report. Itulah sebabnya MASB menetapkan accounting standard atau template utk diikuti semua.
Anda juga patut tahu bahawa syarikat wajib melantik auditor utk mengaudit financial report mereka. 2 benda yang auditor nak tgk dalam audit iaitu adakah financial report tersebut
1. True and fair view. 2. Menepati accounting standard.
⏳ KITA BELI BARANG BUKAN DENGAN DUIT, TETAPI DENGAN MASA
“The price of anything is the amount of life you exchange for it.” -Henry David Thoreau
Fuh... Selama ini kita duk ingat beli atau bayar sesuatu benda dengan wang ringgit. Tetapi sebenarnya kita bayar dengan masa kita.
Pernah layan movie In Time (2011), mengisahkan tentang masa. Daripada menggunakan wang kertas, sistem ekonomi baru menggunakan masa sebagai ganti kepada mata wang. Setiap orang mempunyai jam di lengan mereka untuk mengetahui berapa lama mereka boleh bertahan untuk hidup.
Malah movie ini juga mempunyai bayangan bahawa orang kaya semakin kekal kekayaan sementara yang lain berusaha untuk keluar dari kesengsaraan hidup.
Apabila dilihat melalui konsep ini, kita akan lebih menghargai masa yang ada. Maka betullah pepatah mengatakan “MASA ITU EMAS”.