“Encik,encik,encik, nama siapa?” aku tanya sambil menepuk bahu.
“Argh..argh..argh!! ”kedua belah kaki dan tangannya meronta-ronta.
“Kami nak bantu encik ni, apa dah jadi?”
“Argh..argh..argh!!”, masih tetap tak beri respon yang baik.
Aku terus ambil pen torch dalam poket.
“Pupil unequal. Prepare for intubation!”
Lelaki lewat 30-an. Berbaju grab. Kelihatan benjolan di dahi sebesar telur ayam. Tiada waris yang ikut sama.
Dari cerita PBSM yang bawa, ketika lelaki ini ditemui, dia berbaring ditepi jalan.
Orang ramai beritahu, motor dia tergelincir dan kepalanya terlanggar tiang lampu.
Kami cuba cari jika ada maklumat waris untuk dihubungi. Handphone locked screen. Setelah beberapa kali cuba untuk thumbprint, skrin menunjukkan perlu masukkan kata kunci.
Tiba-tiba handphone berdering,
“Doktor, isteri pesakit telefon”
Terus aku capai telefon dari Staff Nurse.
“Bang, abang kat mana? Dah pukul 9 ni. Kenapa tak balik lagi?” kedengaran suara seorang wanita dari hujung telefon.
“Maaf, puan isteri pada En. H ke? Saya Dr Samhan.
Suami puan sekarang berada di hospital.”
“Ya Allah! Apa dah jadi dengan suami saya?”
Isteri bercerita yang sebelum ini suaminya berniaga kecil-kecilan di depan rumah. Jual nasi lemak. Tapi disebabkan musim PKP tak dapatlah nak berniaga.
Dia pun tidak bekerja. Hanya surirumah sambil membantu suami nya memasak. Punya anak 6 orang dan 2 darinya adalah OKU. Jadi suaminya terpaksa cari pendapatan melalui hantar pesanan dengan grab.
Suaminya seorang yang tak banyak cakap tapi cukup rajin cari rezeki.
Yang dia tahu keluarga cukup makan. Baru tiga hari buat grab dah kemalangan.
Pada musim PKP ini ramai peniaga-peniaga terkesan terutamanya jika hanya seorang ahli keluarga yang mencari punca pendapatan dan tanggungang pula ramai. Tambahan lagi jika ada anak istimewa.
Setelah buat CT scan, ada pendarahan di otak dan perlu buat pembedahan dengan segera. Aku tak dapat bayangkan bagaimana perasaan isteri sendiri jika aku yang berada di tempat pesakit itu sekarang. Menitis.
Beginilah seorang suami. Dalam fikirannya tiada lain.
Cuma mahu pastikan isteri dan anak-anak tak kelaparan. Perut sendiri lapar, itu tak mengapa.
Di bahunya ada beban berat sedang dipikul. Senyum isteri dan gelak tawa anak menjadikan dia terus kuat. Jika tak cukup wang, takkan mengadu pada isteri. Lebih rela meminjam dari kawan.
Kamu semua sang isteri yang juga kekasih hati, hargai lah para suami. Bukankah tuhan itu menciptakan segala sesuatu dengan perbezaan yang nyata. Hingga semua itu bersatu menjadi sebuah rumahtangga yang saling melengkapi.
Terus minta maaf jika buat salah atau pernah mengguris hatinya. Bimbang dia pergi tanpa sempat dapat redha dan keampunan darinya.
Kongsikan cerita ini pada orang lain sebab lebih ramai yang dapat belajar sesuatu dari kisah ini.
Saya banyak berkongsi tips menarik secara PERCUMA dalam Channel telegram dan tiktok saya.
1. Pek pembukusan mengandungi dioxin dan plasticizer mampu meningkatkan risiko kanser.
2. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong(HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan(CFS), 3 cawan mee segera mengandungi 30g lemak/setiap paket yang menyebabkan kanak-kanak terdedah risiko obesiti.
3. Kajian di Universiti Harvards menunjukkan kanak- kanak yang makan 2 pek seminggu berisiko mendapat penyakit metabolik seperti darah tinggi, kencing manis, strok dan penyakit jantung.
Fakta best pasal diri korang. No 9 mesti korang baru tahu.
1. Tahukah anda, satu-satunya organ yang akan tumbuh kembali selepas didermakan adalah hati.
2. Tahukah anda, kuku kita ni terdiri dari sejenis protein bernama keratin dan ianya juga merupakan sel mati yang keluar melalui jari. Sebab tu tak sakit bila dipotong. Oh ya, kuku di jari lagi cepat panjang berbanding kuku kaki tau.
3. Tahukah anda, tahi telinga tu bukanlah tahi tapi peluh. Tujuan tahi telinga ni untuk melindungi kita dari bakteria, debu, kotoran dan air. Tak perlu korek tau, nanti dia akan keluar sendiri. Lainlah tahi telinga tu sampai keluar. Tu janganlah dibiarkan. Hehe
“Bukan kau tengah bawa kereta ke? Macam mana boleh balas whatsapp?”
“Ala, sambil pegang stereng sambil taip whatsapp. Bukan susah”
Ya, memang bukan susah jika tidak berlaku kemalangan. Ia akan menyusah diri dan keluarga bila berlaku kemalangan. Lebih menyusahkan bila kemalangan itu melibatkan keluarga lain yang sehingga membawa maut!
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) pernah melakukan beberapa kajian tentang bahaya penggunaan telefon bimbit.
Kajian Miros pada 2016 melibatkan 300 responden di Lembah Klang mendapati 43 .4 peratus pemandu di Lembah Klang menggunakan telefon bimbit
Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan lapisan saluran darah dan keadaan itu jika berterusan boleh menyebabkan beberapa penyakit degeneratif yang biasanya seiring dengan proses penuaan.
Berdasarkan garis panduan CPG di Malaysia, untuk pesakit kencing manis, bacaan normal bagi paras gula dalam darah ketika puasa ialah 4.4-7.0 mmol/L, manakala bacaan normal bagi paras gula dalam darah selepas makan ialah 4.4-8.5 mmol/L.
Menurut statistik daripada Institut Diabetes Negara (NADI), kira-kira 2.5 juta penduduk dewasa menghidap diabetes. Malah, data diperoleh NADI juga menunjukkan hampir separuh rakyat Malaysia tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik itu.
Kelihatan seorang lelaki yang mengerang kesakitan. Tangan kanan memegang pinggang kanan.
Dari wajahnya dapat lihat keperitan yang ditanggung. Duduk tak kena. Diri tak kena. Baring pun tak kena. Berguling-guling atas katil.
“Tolong doktor, sakit sangat ni. Tak pernah lagi sakit gini”
“Sabar ya. Kita bagi ubat tahan sakit”
“Cepat doktor. Rasa macam nak mati dah ni”
Ini adalah keadaan pesakit yang sering dikejarkan ke Kecemasan disebabkan batu karang.
Batu karang adalah pembentukan batu di dalam saluran air kencing dan ia akan menyebabkan sakit belakang yang melampau.
Sakit belakang yang melampau ini terjadi disebabkan batu tersebut tersekat di saluran ureter iaitu saluran yang menyambungkan buah pinggang ke pundi kencing.
Menurut laman web LiveStrong, logik di sebalik mitos kehamilan ini adalah berdasarkan sejenis kompaun digelar bromelain yang terdapat dalam nenas.
Bromelain ini dikatakan dapat memecahkan protein lalu menyebabkan pendarahan dan keguguran.
Rana Conway, penulis buku “What to Eat When You’re Pregnant” yang mengkaji hal ini menjelaskan sebenarnya tubuh kita tidak akan mendapat kesan buruk daripada bromelain
melainkan kita makan 7-10 biji buah nanas sekaligus dalam satu-satu masa.