10 MITOS KEHAMILAN TAK PATUT PERCAYA

1. MAKAN NENAS PENYEBAB KEGUGURAN

Menurut laman web LiveStrong, logik di sebalik mitos kehamilan ini adalah berdasarkan sejenis kompaun digelar bromelain yang terdapat dalam nenas. Image
Bromelain ini dikatakan dapat memecahkan protein lalu menyebabkan pendarahan dan keguguran.

Rana Conway, penulis buku “What to Eat When You’re Pregnant” yang mengkaji hal ini menjelaskan sebenarnya tubuh kita tidak akan mendapat kesan buruk daripada bromelain
melainkan kita makan 7-10 biji buah nanas sekaligus dalam satu-satu masa.
2. HUBUNGAN SEKS BAHAYAKAN JANIN

Wanita mengandung tidak boleh melakukan hubungan seks. Hubungan seks akan menyakiti janin dan dan menyebabkan gugur. Jangan risau, hubungan intim adalah selamat kerana secara fizikalnya bayi anda dilindungi oleh air ketuban dan otot rahim.
3. MINUM AIS BAYI JADI BESAR

Salah.Tiada kaitan minum ais bayi akan jadi besar.Bayi akan jadi besar jika kerap minum minuman manis bersama ais dan menyebabkan kencing manis ketika mengandung(Gestational diabetes mellitus).
4. MAKAN KICAP BAYI GELAP, MINUM SOYA BAYI PUTIH

Anggapan ini adalah tidak berasas kerana warna kulit bayi tidak ditentukan oleh makanan ibu hamil. Sebaliknya, warna kulit manusia bergantung kepada pigmen dan juga genetik anda.
5. BENTUK PERUT BOLEH MENENTUKAN JANTINA ANAK

Terdapat 2 perkara yang boleh mempengaruhi bentuk dan saiz benjolan perut wanita hamil iaitu saiz janin serta kedudukannya dalam rahim.

Yang pertama ialah saiz bayi. Memang benar bahawa purata bayi lelaki lebih berat
jika dibandingkan dengan bayi perempuan, dan ini dapat menyebabkan benjolan untuk seorang lelaki tampak sedikit lebih besar. Tetapi perbezaan kecil dalam berat badan ini tidak mengubah bentuk benjolan perut bakal ibu.

Yang kedua ialah kedudukan janin dalam rahim.
Jika bahagian depan janin itu menghadap perut ibunya maka perut bakal ibu itu akan tampak lebih besar dan terkeluar. Jika janin itu membelakangi perut ibunya maka perut ibu akan kelihatan lebih rata dan kecil.
6. TIDAK BOLEH BERLARI KETIKA HAMIL

Mengandung tidak bermakna para ibu harus berhenti berlari, lebih-lebih lagi yang memang suka aktiviti itu. Bersenam ketika hamil adalah aktiviti yang amat digalakkan, malah ia mampu meningkatkan kecergasan
tapi ramai yang menganggap apabila disahkan hamil, semua aktiviti senaman harus dihentikan.Tetapi jangan keterlaluan.
7. KOPI MEMBAHAYAKAN KANDUNGAN

Secara teorinya kafein dapat meningkatkan tekanan darah dan membuat wanita mengandung sering buang air kecil. Selain itu, ia dipercayai dapat menembusi plasenta dan menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.
Seorang wanita hamil dibolehkan mengambil kurang daripada 200mg kafein setiap hari. Ini bermaksud, hadkan pengambilan kopi anda kepada 1 cawan sehari.
8. IBU HAMIL PATUT MAKAN UNTUK 2 ORANG

Ibu hamil sepatutnya mengambil pemakanan yang betul dan nutrisi yang cukup terutamanya individu yang berisiko terhadap kencing manis semasa mengandung. Secara umumnya, kehamilan hanya memerlukan 300 kalori tambahan setiap hari (iaitu lebih
kurang kalori dalam 4 keping roti). Jika anda makan untuk 2 orang, anda berpotensi menambah lebihan berat badan dan mempunyai saiz bayi yang lebih besar.
9. MORNING SICKNESS HANYA BERLAKU WAKTU PAGI

Morning sickness atau mual adalah gejala kehamilan yang paling kerap berlaku pada wanita hamil. Sehingga 80% wanita hamil mengalami masalah ini tetapi hanya 2% yang menderita hanya pada waktu pagi.
Walaupun terdapat perkataan 'morning' namun gejala ini boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang hari. Dalam majoriti kes, ia berakhir selepas trimester pertama, tetapi 20% wanita hamil mengalaminya sehingga bersalin.
10. LETIH & MENGIDAM ADALAH TABIAT ‘TERLEBIH’ MANJA

Sebagai suami anda harus faham bahawa perubahan turun naik hormon dalam tubuh seseorang wanita adalah berbeza. Ia juga bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikawal.
Tubuh badan mereka juga sedang bekerja keras untuk memenuhi segala keperluan kandungan. Oleh itu, cubalah fahami mereka yang sedang bergelut dengan keadaan ini.

Dr. Ahmad Samhan
Join Telegram saya untuk lebih banyak ILMU KESIHATAN PERCUMA. Klik 👉🏻 t.me/drsamhan

Saya juga berkongsi pelbagai TIPS KESIHATAN yang MENARIK di Tiktok. Klik 👉🏻 vt.tiktok.com/ZSJ2rmEkd/

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr Samhan

Dr Samhan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DoktorSamhan

29 Mar
Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan lapisan saluran darah dan keadaan itu jika berterusan boleh menyebabkan beberapa penyakit degeneratif yang biasanya seiring dengan proses penuaan. Image
Berdasarkan garis panduan CPG di Malaysia, untuk pesakit kencing manis, bacaan normal bagi paras gula dalam darah ketika puasa ialah 4.4-7.0 mmol/L, manakala bacaan normal bagi paras gula dalam darah selepas makan ialah 4.4-8.5 mmol/L.
Menurut statistik daripada Institut Diabetes Negara (NADI), kira-kira 2.5 juta penduduk dewasa menghidap diabetes. Malah, data diperoleh NADI juga menunjukkan hampir separuh rakyat Malaysia tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik itu.
Read 23 tweets
28 Mar
Doktor tolong,sakit sangat ni. Rasa nak mati.

Kelihatan seorang lelaki yang mengerang kesakitan. Tangan kanan memegang pinggang kanan.

Dari wajahnya dapat lihat keperitan yang ditanggung. Duduk tak kena. Diri tak kena. Baring pun tak kena. Berguling-guling atas katil. Image
“Tolong doktor, sakit sangat ni. Tak pernah lagi sakit gini”

“Sabar ya. Kita bagi ubat tahan sakit”

“Cepat doktor. Rasa macam nak mati dah ni”

Ini adalah keadaan pesakit yang sering dikejarkan ke Kecemasan disebabkan batu karang.
Batu karang adalah pembentukan batu di dalam saluran air kencing dan ia akan menyebabkan sakit belakang yang melampau.

Sakit belakang yang melampau ini terjadi disebabkan batu tersebut tersekat di saluran ureter iaitu saluran yang menyambungkan buah pinggang ke pundi kencing.
Read 12 tweets
21 Mar
Jangan pegang fon sebelum tidur? Cahaya biru dari fon akan menyekat hormon melatonin. Sukar untuk tidur nyenyak.
Bilakah masa paling sesuai untuk tidur? Jam 10malam hingga 6 pagi kerana waktu ini hormon melatonin dirembeskan.
Siapa tangan kidal? Korang adalah unik sebab hanya 10 peratus manusia tangan kidal.
Read 13 tweets
21 Mar
“Ya pakcik, datang hari ini sebab apa?”

“Pakcik kena tindih hantu”

“Maksud pakcik?”

“Dah seminggu pakcik tidur kena tindih hantu. Pakcik sedar tapi tak boleh gerak. Memang kena tindih dengan hantu. Pakcik azan dan baca ayat quran baru hantu lari. Baru lega.
Dah jumpa bomoh, tapi tetap kena tindih. Bomoh suruh ikhtiar jumpa doktor pula”

“Ini mesti hantu besar tindih pakcik. Seram ini pakcik. Takpe, saya jelaskan apa yang terjadi pada pakcik dari sudut perubatan. Ini dipanggil Sleep Paralysis”
“Sleep Paralysis” adalah satu fenomena dimana dalam seseorang itu sedar, tetapi tak mampu bergerak. Kebiasaanya terjadi apabila seseorang individu itu berada di antara fasa ingin sedar(bangun tidur) dan tidur.

Fenomena ini terjadi dalam satu daripada dua fasa
Read 12 tweets
20 Mar
“Bengkak nampak mata encik. Dah berapa hari?”

“Baru semalam. Malu la, nanti mesti orang cakap mata bengkak sebab mengintai”

“Ni semua mitos. Tak ada kaitan pun.
Dulu tandas di luar rumah. Orang tua-tua nak elakkan tabiat mengintai.Jadi, mereka cakap, siapa mengintai, mata akan jadi bengkak”

Ketumbit adalah benjolan yang berlaku pada kelopak mata samada pada bahagian atas atau bahagian bawah kelopak mata.
Ada 2 jenis ketumbit:

1. Hordeolum/stye

Ia adalah bisul kecil hasil dari jangkitan kuman staphylococcus ke atas akar (folikal) bulu mata. Ia sakit dan bengkak kemerahan.
Read 12 tweets
19 Mar
“Doktor, telinga saya macam pekak la”

“Saya tengok telinga adik ni tak tersumbat. Jangkitan telinga pun takda. Mungkin ada masalah gegendang telinga”

“Saya selalu guna earphone,kadang-kadang sampai sehari. Ada kaitan tak?”
Sudah jadi trend remaja zaman sekarang menggunakan earphone/earbud/headphone samada untuk dengar muzik, main games dan tengok movies. Stylo kan?

Lebih teruk ada yang guna sampai keesokkan paginya sambil tidur.
Tahu tak penggunaan alat ini dalam jangka masa yang lama dan kuat boleh jadi pekak?

Telinga manusia hanya mampu mendengar sekitar 20 Hz sehingga 20000 Hz (20kHz) dan jika ianya lebih dari itu, secara perlahan-lahan telinga akan mula hilang daya pendengaran.
Read 11 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!