Doktor tolong,sakit sangat ni. Rasa nak mati.

Kelihatan seorang lelaki yang mengerang kesakitan. Tangan kanan memegang pinggang kanan.

Dari wajahnya dapat lihat keperitan yang ditanggung. Duduk tak kena. Diri tak kena. Baring pun tak kena. Berguling-guling atas katil. Image
“Tolong doktor, sakit sangat ni. Tak pernah lagi sakit gini”

“Sabar ya. Kita bagi ubat tahan sakit”

“Cepat doktor. Rasa macam nak mati dah ni”

Ini adalah keadaan pesakit yang sering dikejarkan ke Kecemasan disebabkan batu karang.
Batu karang adalah pembentukan batu di dalam saluran air kencing dan ia akan menyebabkan sakit belakang yang melampau.

Sakit belakang yang melampau ini terjadi disebabkan batu tersebut tersekat di saluran ureter iaitu saluran yang menyambungkan buah pinggang ke pundi kencing.
Apabila ia tersumbat, ia akan menyebabkan saluran ureter ini mengembang. Pengembangan saluran ini akan merangsang reseptor sakit dan menyebabkan sakit belakang yang tak boleh bawa bincang!
APA PUNCA BATU KARANG?

1️⃣ Kurang minum air

Air kencing berkurangan dan lebih pekat daripada biasa menyebabkan kompaun-kompaun seperti kalsium, oxalate lebih mudah untuk membentuk batu.
2️⃣ Vitamin C yang diambil secara berlebihan

Vitamin C diperlukan badan 80-100mg sehari dan maksimum 2000mg. Vitamin C diurai menjadi oxalate dan disingkirkan melalui air kencing seterusnya membentuk batu karang.
3️⃣ Banyak ambil garam

Banyak garam menyebabkan penyingkiran kalsium ke dalam air kencing meningkat. Kalsium ini pula boleh berkumpul membentuk batu di dalam saluran kencing.
4️⃣ Makanan yang tinggi dengan lemak omega-6

Makanan tinggi lemak omega-6 seperti jajan, fastfood dan maggie akan peningkatan kompaun oxalate di dalam air kencing dan kandungan citrate di dalam air kencing semakin berkurangan.
Untuk mengelakkan dari terkena batu karang, ikut langkah mudah ini:

✅ Banyakkan minum air sekurang-kurang 8 gelas sehari(2.5 liter).

✅ Jangan ambil vitamin megadose yang berlebihan

✅ Kurangkan garam dalam makanan

✅ Elakkan makan fastfood dan snek ringan.
APA RAWATAN JIKA DISERANG BATU KARANG?

✅ Penggunaan ubat tahan sakit seperti Diclofenac(Voltaren).

✅ Antibiotik(jika mengalami simptom kencing kotor).

✅ Ubat untuk melarutkan batu karang(ural sachet).
#Share info kesihatan batu karang sebab ramai yang kurang minum air dan mudahlah batu karang terbentuk.

Saya juga banyak berkongsi #ILMUMAHAL di channel telegram saya. Klik 👉🏻 t.me/drsamhan
Saya juga banyak berkongsi #TIPSKESIHATAN di Tiktok saya. Klik 👉🏻 vt.tiktok.com/ZSJ2rmEkd/

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr Samhan

Dr Samhan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DoktorSamhan

29 Mar
Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan lapisan saluran darah dan keadaan itu jika berterusan boleh menyebabkan beberapa penyakit degeneratif yang biasanya seiring dengan proses penuaan. Image
Berdasarkan garis panduan CPG di Malaysia, untuk pesakit kencing manis, bacaan normal bagi paras gula dalam darah ketika puasa ialah 4.4-7.0 mmol/L, manakala bacaan normal bagi paras gula dalam darah selepas makan ialah 4.4-8.5 mmol/L.
Menurut statistik daripada Institut Diabetes Negara (NADI), kira-kira 2.5 juta penduduk dewasa menghidap diabetes. Malah, data diperoleh NADI juga menunjukkan hampir separuh rakyat Malaysia tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik itu.
Read 23 tweets
27 Mar
10 MITOS KEHAMILAN TAK PATUT PERCAYA

1. MAKAN NENAS PENYEBAB KEGUGURAN

Menurut laman web LiveStrong, logik di sebalik mitos kehamilan ini adalah berdasarkan sejenis kompaun digelar bromelain yang terdapat dalam nenas. Image
Bromelain ini dikatakan dapat memecahkan protein lalu menyebabkan pendarahan dan keguguran.

Rana Conway, penulis buku “What to Eat When You’re Pregnant” yang mengkaji hal ini menjelaskan sebenarnya tubuh kita tidak akan mendapat kesan buruk daripada bromelain
melainkan kita makan 7-10 biji buah nanas sekaligus dalam satu-satu masa.
Read 20 tweets
21 Mar
Jangan pegang fon sebelum tidur? Cahaya biru dari fon akan menyekat hormon melatonin. Sukar untuk tidur nyenyak.
Bilakah masa paling sesuai untuk tidur? Jam 10malam hingga 6 pagi kerana waktu ini hormon melatonin dirembeskan.
Siapa tangan kidal? Korang adalah unik sebab hanya 10 peratus manusia tangan kidal.
Read 13 tweets
21 Mar
“Ya pakcik, datang hari ini sebab apa?”

“Pakcik kena tindih hantu”

“Maksud pakcik?”

“Dah seminggu pakcik tidur kena tindih hantu. Pakcik sedar tapi tak boleh gerak. Memang kena tindih dengan hantu. Pakcik azan dan baca ayat quran baru hantu lari. Baru lega.
Dah jumpa bomoh, tapi tetap kena tindih. Bomoh suruh ikhtiar jumpa doktor pula”

“Ini mesti hantu besar tindih pakcik. Seram ini pakcik. Takpe, saya jelaskan apa yang terjadi pada pakcik dari sudut perubatan. Ini dipanggil Sleep Paralysis”
“Sleep Paralysis” adalah satu fenomena dimana dalam seseorang itu sedar, tetapi tak mampu bergerak. Kebiasaanya terjadi apabila seseorang individu itu berada di antara fasa ingin sedar(bangun tidur) dan tidur.

Fenomena ini terjadi dalam satu daripada dua fasa
Read 12 tweets
20 Mar
“Bengkak nampak mata encik. Dah berapa hari?”

“Baru semalam. Malu la, nanti mesti orang cakap mata bengkak sebab mengintai”

“Ni semua mitos. Tak ada kaitan pun.
Dulu tandas di luar rumah. Orang tua-tua nak elakkan tabiat mengintai.Jadi, mereka cakap, siapa mengintai, mata akan jadi bengkak”

Ketumbit adalah benjolan yang berlaku pada kelopak mata samada pada bahagian atas atau bahagian bawah kelopak mata.
Ada 2 jenis ketumbit:

1. Hordeolum/stye

Ia adalah bisul kecil hasil dari jangkitan kuman staphylococcus ke atas akar (folikal) bulu mata. Ia sakit dan bengkak kemerahan.
Read 12 tweets
19 Mar
“Doktor, telinga saya macam pekak la”

“Saya tengok telinga adik ni tak tersumbat. Jangkitan telinga pun takda. Mungkin ada masalah gegendang telinga”

“Saya selalu guna earphone,kadang-kadang sampai sehari. Ada kaitan tak?”
Sudah jadi trend remaja zaman sekarang menggunakan earphone/earbud/headphone samada untuk dengar muzik, main games dan tengok movies. Stylo kan?

Lebih teruk ada yang guna sampai keesokkan paginya sambil tidur.
Tahu tak penggunaan alat ini dalam jangka masa yang lama dan kuat boleh jadi pekak?

Telinga manusia hanya mampu mendengar sekitar 20 Hz sehingga 20000 Hz (20kHz) dan jika ianya lebih dari itu, secara perlahan-lahan telinga akan mula hilang daya pendengaran.
Read 11 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!