Aku melangkah masuk ke wad. Buku aku tertinggal beberapa hari. Rasa lebih bersemangat kembali bekerja setelah cuti dua hari.
Aku perhatikan di beberapa sudut dinding, ditaburkan garam. Pelik.
“Saya ingatkan garam ni orang letak dalam makanan je. Ada juga orang tabur di tepi dinding”, sempat aku berseloroh dengan misi di kaunter.
“Itu bukan garam biasa doktor. Itu pagar”
“Pagar?”
Baru nak tanya lebih, misi dah berlalu menuju ke katil pesakit.
Malam ini aku ditugaskan di dewan bersalin. Setelah tukar pakaian, aku terus meluru ke papan putih. Di situ ada senarai pesakit yang baru masuk ke dewan bersalin.
“Wei Samhan, kau tolong ambil darah jap pesakit bilik depan ni. Dia baru masuk”, pinta rakan sekerja.
Aku terus menuju ke troli. Ambil segala pekakas dan masuk ke dalam bilik.
Kelihatan seorang wanita 20-an. Terbaring diam. Tenang. Tak mengerang. Tak seperti nak beranak. Di atas perutnya ada kain kuning. Kepalanya menoleh ke tingkap bilik.
“Puan, saya Dr Samhan. Saya nak ambil darah”
Diam. Tiada sepatah perkataan pun keluar. Aku tak ubah seperti bercakap dengan dinding.
Ah, banyak lagi pesakit aku nak tengok. Aku cuba ikat tourniquet di lengannya supaya urat timbul. Mudah aku nak ambil darah. Dia tak melawan.
Kira setuju lah.
Jarum menusuk masuk ke dalam urat. Baru saja aku menarik darah masuk ke dalam picagari, tiba-tiba dia toleh tepat ke muka aku.
Tenungannya tajam. Mata macam nak tersembul keluar.
Aku buat muka bodoh. Sakit barangkali.
Yelah, siapa tak sakit bila kena cucuk jarum kan.
Setelah selesai, aku terus keluar bilik. Sedang aku uruskan darah yang baru di ambil tadi,
“Doktor ambil darah pesakit bilik hujung tu ke?”, tegur misi.
“Iya kak”
“Doktor tak rasa apa-apa pelik ke?”
“Biasa je”
“Doktor tahu tak, pesakit itu yang menari atas katil sambil menyanyi ulek mayang. Itu yang kena panggil ustaz untuk buat pagar”
Terus berderau darah aku. Berdiri bulu roma di tengkuk dan lengan. Meremang!
Pesakit tersebut selamat melahirkan anak.
Masa meneran, dia berkeras letak kain kuning atas perutnya. Entah kenapa.
Tapi, mujurlah dia tak buat tarian ulek mayang kali kedua di dewan bersalin.
Kalau dia menari, aku takkan teragak-agak nak buka buah silat yang dah lama aku tak buka ni.
Sembang!
Bulan Ramadhan ni harapnya tak ada la perkara yang pelik pelik lagi. Korang macam mana? Ada pengalaman macam ni jugak ? 🤣
Dah baca jangan lupa follow! Banyak lagi yang akan saya kongsikan. Untuk dapatkan ilmu KESIHATAN FREE, boleh terus ke :
Tangannya terus terkulai layu melepaskan telefon bimbit ditangan. Pandangannya kelam. Seluruh tubuh rasa lemah dan terus rebah ke bumi.
Ibu mana tak terkejut. Baru saja sejam lepas dia memeluk anak,menantu dan cucu-cucunya sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur. Rasa gembira menyambut Aidiladha bertukar menjadi duka.
Anaknya telah terlibat dengan kemalangan dan sekarang berada dalam keadaan kritikal. Lebih menyedihkan menantu dan cucu meninggal dunia di tempat kejadian.
Ini terjadi kemungkinan disebabkan anaknya kurang rehat dan keletihan menguruskan daging korban serta melayan sanak saudara
“Doktor,seorang pesakit tiba-tiba sakit dada dan tak sedarkan diri.Kurang dari 5 minit pesakit akan sampai”
Aku letak gagang telefon.
Selang beberapa minit,pesakit dikejarkan masuk ke zon merah dalam keadaan dadanya sedang ditekan(CPR).
Pesakit lelaki dalam lingkungan awal 30-an.
Masing-masing sudah tahu apa patut buat.Bagaikan refleksi.Nyawa pesakit perlu diselamat dalam masa yang singkat.
“Bagi saya ETT”,pintaku.
ETT(Endotracheal Tube) dimasukan dalam salur pernafasan.
“Check pulse”
“No pulse”
“Continue CPR!”
“Aderenaline has given”
Selang setiap 2 minit,nadi akan diperiksa dan penekan dada bertukar.
“Pesakit ini berumur 28 tahun,tiada masalah kesihatan.Dia seorang perokok.Sehari 14 batang.Tiba-tiba tak sedarkan diri selepas beberapa saat memegang dada sebelah kiri”