“Apa doktor? Ya Allah! Anak akuuuu!”

Tangannya terus terkulai layu melepaskan telefon bimbit ditangan. Pandangannya kelam. Seluruh tubuh rasa lemah dan terus rebah ke bumi.
Ibu mana tak terkejut. Baru saja sejam lepas dia memeluk anak,menantu dan cucu-cucunya sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur. Rasa gembira menyambut Aidiladha bertukar menjadi duka.
Anaknya telah terlibat dengan kemalangan dan sekarang berada dalam keadaan kritikal. Lebih menyedihkan menantu dan cucu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ini terjadi kemungkinan disebabkan anaknya kurang rehat dan keletihan menguruskan daging korban serta melayan sanak saudara
.

Anaknya cuma terlelap hanya beberapa saat,bila tersedar kereta sudah terbalik 180 darjah.

Microsleep adalah keadaan dimana kita akan tertidur kurang 1 saat hingga 30 saat tanpa kita sedari.
Situasi ini boleh mendatangkan bahaya sekiranya sedang memandu atau mengendalikan kenderaan yang boleh menyebabkan kemalangan.

Kajian menunjukkan kelenjar thalamus di dalam otak yang berfungsi mengawal tidur tetapi bahagian deria lain seperti mata dan tangan tetap bergerak.
Justeru, ketika memandu, individu mungkin kelihatan sedar tetapi sebenarnya tertidur.

Hasil kajian Pusat Penyelidikan Tidur Universiti Loughborough United Kingdom (UK) terhadap 1,000 pemandu mendapati, 45 peratus lelaki mengaku mengalami ‘micro sleep’ ketika memandu
berbanding 22 peratus wanita.

Memandu antara jam 10 malam hingga subuh 4 kali ganda lebih berisiko untuk terlibat dalam kemalangan maut.

Cara untuk elakkan microsleep:

1️⃣ Berhenti jika mengantuk, jangan paksa diri.

2️⃣ Tidur seketika selama 20 minit

3️⃣ Tukar pemandu
4️⃣ Mengambil minuman mengandungi kira-kira 150 miligram kafein.

5️⃣ Dapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan.

Bantu saya untuk #share dan pesan pada ahli keluarga yang akan memulakan perjalanan pulang dan doakan dijauhkan terlibat dengan kemalangan.
Jemput follow saya. Untuk belajar lebih banyak tentang info kesihatan, follow telegram saya👉🏻 t.me/drsamhan

dan juga tiktok saya 👉🏻 vt.tiktok.com/ZSJBun8b6/

Dr. Ahmad Samhan

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr Samhan

Dr Samhan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DoktorSamhan

25 Apr
Ini fakta tentang kucing.

Oh, saya baru tahu!

Kucing dewasa tidak mengiau kepada kucing dewasa yang lain untuk berkomunikasi. Ia bukan bahasa antara kucing dewasa. Image
Anak kucing mengiau untuk memanggil ibunya, tapi ia berhenti mengiau kepada kucing lain bila umurnya mencapai 4 bulan. Image
Kucing dewasa mengiau kepada manusia untuk berkomunikasi. Hanya kucing domestik yang dewasa berbuat demikian. Image
Read 10 tweets
23 Apr
“Biar betul kak?”

“Iyaaaaa..doktor!”

Aku melangkah masuk ke wad. Buku aku tertinggal beberapa hari. Rasa lebih bersemangat kembali bekerja setelah cuti dua hari.

Aku perhatikan di beberapa sudut dinding, ditaburkan garam. Pelik.
“Saya ingatkan garam ni orang letak dalam makanan je. Ada juga orang tabur di tepi dinding”, sempat aku berseloroh dengan misi di kaunter.

“Itu bukan garam biasa doktor. Itu pagar”

“Pagar?”

Baru nak tanya lebih, misi dah berlalu menuju ke katil pesakit.
Malam ini aku ditugaskan di dewan bersalin. Setelah tukar pakaian, aku terus meluru ke papan putih. Di situ ada senarai pesakit yang baru masuk ke dewan bersalin.

“Wei Samhan, kau tolong ambil darah jap pesakit bilik depan ni. Dia baru masuk”, pinta rakan sekerja.
Read 11 tweets
23 Apr
Tahu tak berapa lama koala yang kat Australia tu tidur?

22 jam!

2 jam lebih lama daripada sloth! Sloth dalam cerita kartun Zootopia tu. Image
Nak kategori kan diorang ni pemalas atau memang ada gen yang membuatkan mereka tidur sepanjang masa?

"I have to sleep more because I need to save energy to get more sleep"

Haha. Image
Sebenarnya, sangat banyak fakta sains tentang binatang, alam semesta, tubuh badan manusia yang pelik, aneh, kelakar, dan lucu tau.
Read 7 tweets
19 Apr
“Doktor boleh datang tak rumah saya tak malam ini?”

“Malam ini? Dah nak jam 10 malam dah ni. Kalau saya datang esok boleh?”

“Mak saya tenat doktor. Kalau boleh nak sangat doktor datang sekarang”

“Baiklah, saya singgah ambil isteri di hospital. Nanti saya terus pergi rumah puan
Baru saja aku bersiap untuk ambil isteri baru pulang kerja,terima panggilan untuk pergi homevisit.

Setiba di sana, aku dan isteri terus melangkah ke nombor rumah yang diberi. Setelah melangkah masuk, kelihatan sekujur badan terbaring di atas katil.
Seorang wanita 70-an dengan badan yang kurus dan sesekali memanggil satu persatu nama anaknya.

Sesekali anak menyahut. Cuma anak bongsunya tiada kerana berada di luar negara dan tak dapat pulang kerana wabak covid.

Pesakit ini menghadapi masalah buah pinggang tahap akhir.
Read 9 tweets
17 Apr
Masa muda, masa gagah, masa ada harta jangan lupa diri!

Kasihan pula tengok makcik ini setiap hari datang melawat pakcik Ismail.

Sejak pakcik Ismail masuk wad tak pernah sehari pun dia terlepas datang suapkan makanan, lap badan dan picit pakcik Ismail. Image
Tapi yang peliknya tak nampak pula anak-anak atau orang lain yang datang melawat. Mungkin keluarga pakcik Ismail tinggal berjauhan.

Pernah sekali berselisih di depan lift,sempatlah tegur.

“Makcik tak perlu datang hari-hari kalau makcik tak larat. Kasihan pula saya tengok”
“Takpa. Selagi larat makcik datang. Kami pun sebelum ini pernah susah begini sama-sama”

“Maaf saya nak tanya,anak-anak pakcik Ismail tak datang ke?”

“Pakcik Ismail ini dulu orang bisnes dalam syarikat besar. Kahwin 4. Anak-anak 10 orang.”
Read 9 tweets
5 Apr
“Doktor,seorang pesakit tiba-tiba sakit dada dan tak sedarkan diri.Kurang dari 5 minit pesakit akan sampai”

Aku letak gagang telefon.

Selang beberapa minit,pesakit dikejarkan masuk ke zon merah dalam keadaan dadanya sedang ditekan(CPR).
Pesakit lelaki dalam lingkungan awal 30-an.

Masing-masing sudah tahu apa patut buat.Bagaikan refleksi.Nyawa pesakit perlu diselamat dalam masa yang singkat.

“Bagi saya ETT”,pintaku.

ETT(Endotracheal Tube) dimasukan dalam salur pernafasan.

“Check pulse”

“No pulse”
“Continue CPR!”

“Aderenaline has given”

Selang setiap 2 minit,nadi akan diperiksa dan penekan dada bertukar.

“Pesakit ini berumur 28 tahun,tiada masalah kesihatan.Dia seorang perokok.Sehari 14 batang.Tiba-tiba tak sedarkan diri selepas beberapa saat memegang dada sebelah kiri”
Read 12 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!