Pagi tadi saya menerima kunjungan hormat UNICEF Malaysia yang diwakili oleh Dr. Rashed Mustafa Sarwar. Turut hadir adalah Dr. Muhammed Abdul Khaled.
Dr. Muhammed Abdul Khaled telah membentangkan kepada saya projek Families on the Edge yang bertujuan untuk menyediakan data lengkap kepada pembuat dasar dan polisi, tentang impak COVID-19 khususnya kpd wanita dan kanak-kanak drpd keluarga berpendapatan rendah di pinggir bandar.
Pelbagai isu sempat kami bincangkan, bermula dengan isu pekerjaan, pekerjaan yang mempunyai keselamatan sosial, purata pendapatan, pendidikan kanak-kanak, kesihatan mental, keganasan rumah tangga dan kesedaran vaksinasi COVID-19.
Alhamdulillah, zakat diiktiraf sebagai salah satu medium bantuan yang banyak meringankan beban kelompok ini. Pun begitu, masih banyak ruang penambahbaikan terutamanya dari sudut bantuan bersasar yang boleh dipertimbangkan.
Kemiskinan bandar adalah satu musibah yang akan membarah jika tidak diselesaikan secepat mungkin. Masa depan anak-anak bakal menjadi taruhan jika isu ini dipandang sebelah mata.
6 daripada 10 orang dalam kalangan mereka tidak mampu membeli makanan untuk keluarga, 1 daripada 2 orang tidak mampu membayar bil, gadaian dan 1 daripada 3 orang tidak mampu menyediakan makanan untuk anak-anak membeli kanan di sekolah. Ini amat merisaukan.
Penghujung tahun lalu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyediakan 7 resolusi bermatlamat menyantuni golongan miskin bandar (google.com.my/amp/s/www.sina…). Ia akan dan sedang direalisasikan dengan jayanya pada tahun ini.
Agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya menyediakan pelbagai inisiatif dan pendekatan bagi menangani isu kemiskinan bandar. Terbaharu, insya-Allah saya akan melancarkan projek Masjid sebagai Pusat Transit Menangani Keganasan Rumahtangga yang diselia oleh JAWI.
Apa jua yang berlaku, kebajikan wanita dan kanak-kanak sama sekali tidak akan kami abaikan. Keutamaan memelihara kedua-dua kelompok ini adalah satu tuntutan dalam agama.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Pertemuan saya dengan Tuan Syed Azmi, Penasihat Rumah Bonda pada hari ini membawa saya ke Rumah Bonda. Pada mulanya, saya masih tidak dapat menggambarkan apa itu Rumah Bonda. Pusat perlindungan? Pusat transit? Pusat penjagaan kanak-kanak?
Setibanya di sana, saya terkesima. Terasa ketat di dada. Rasa sebak dan terharu datang tiba-tiba. Rumah Bonda adalah sememangnya sebuah “rumah” yang indah.
Saya disambut para ibu muda dan bayi-bayi yang comel. Melihat wajah jernih anak-anak ini, saya rasa amat gembira kerana wujudnya Rumah Bonda sebagai tempat mereka berteduh. Tuan Syed Azmi membawa saya meninjau dapur. Bersih dan penuh bekalan makanan. Rumah tersusun kemas.
Sebentar tadi saya melancarkan program Masjid Sebagai Pusat Transit Mangsa Keganasan Rumah Tangga yang merupakan kerjasama antara @myJAWIKL selaku agensi di bawah tanggungjawab saya dan Jabatan Pembangunan Wanita, @KPWKM .
Untuk permulaan, sebanyak 14 buah masjid di dalam Kuala Lumpur telah dipilih sebagai Pusat Transit dan Pusat Aduan bagi kes-kes keganasan rumah tangga. Pusat Transit ini terbuka kepada semua bangsa dan agama yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga.
Kami bekalkan set persalinan, makan minum, tempat tidur yang selesa dan khidmat bimbingan serta kaunseling bagi mereka yang memerlukan. Saya mahu mereka merasa selamat berada di masjid.
Pagi tadi saya melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi JAKIM 2021-2025 di Kompleks Islam Putrajaya. Turut hadir menyaksikan pelancaran adalah Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki.
Selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan setiap agensi di bawah saya melaksanakan inisiatif pelan antirasuah sebagaimana yang telah ditetapkan.
Petang tadi saya menghadiri Program Berbuka Puasa bersama Anak Yatim dan Pelancaran Aplikasi MyZakat anjuran @ppzwp. Turut hadir bersama adalah Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Daud Bakar.
Program berbuka puasa ini adalah aktiviti tahunan PPZ-MAIWP bagi meraikan anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan pembayar zakat RM25,000 ke atas khususnya yang menerima Skim Wakalah.
Sebak rasanya memandang 87 orang anak-anak kecil ini yang sudah kehilangan kasih sayang orang tua mereka. Kesemua penghuni Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman dan Pertubuhan Pembangunan Kebajikan Darul Ilmi Malaysia ini menerima sumbangan duit raya berjumlah RM4,350.00.
Saat embun jantan mula terbit, saya bersama-sama @jawhar_jpm dan @rasmi_YWM dengan kerjasama Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Integrasi Berwawasan (PSKIB) memulakan program Kembara Sahur di sekitar Puchong, Kuala Lumpur.
Juadah sahur dan pek barangan asas dapur diserahkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, IPD Serdang dan Subang, serta sukarelawan yang hadir. Saya berterima kasih kepada McDonalds atas tajaan juadah sahur yang disediakan.
Kami sediakan 100 pek sumbangan untuk kelompok sasar seperti OKU, asnaf, warga emas yang memerlukan bantuan, kelompok B40 dalam kalangan polis dan bomba dan lain-lain.
Semalam saya ada beberapa program agihan bantuan di Kuala Lumpur. Program sebelum Maghrib adalah Majlis Berbuka Puasa bersama Mudir Maahad Tahfiz dan Pondok seluruh Wilayah Persekutuan bertempat di Maahad Tahfiz al-Madrasah al-Faridiyah, Setapak.
Jalan raya amat sesak. Alhamdulillah, Ustaz Rohisham daripada Masjid al-Khairiyah Taman Seri Gombak sudi tumpangkan saya untuk ke tempat program. Alhamdulillah, sampai tepat pada masanya. Terima kasih ustaz.
Tiba di sana, saya disambut oleh Pengarah @myJAWIKL , para Mudir dan anak-anak pelajar Maahad Tahfiz al-Madrasah al-Faridiyah. Seronok dapat berbuka puasa bersama dan berbincang secara santai berkenaan pemerkasaan Maahad Tahfiz masing-masing.