[Vincenzo Finale thread]

"Il male è grande e vasto" yang Vincenzo sebut di hujung drama adalah word play kepada "Il mare è grande e vasto" (the sea is great and wide).

Dari Psalm 104:25 "the sea is great & wide, teeming with life". Tukar "mare" (laut) jadi "male" (kejahatan).
Seolah-olah nak ajak penonton membayangkan kejahatan tu ibarat lautan yang dalam, gelap-gelita, diliputi oleh ombak yang membadai manusia yang lemah dan helpless (Teringat nasib penyelidik RDU-90 dalam Episod 4).
Bila diterjemahkan ke dalam BI jadi "evil is prevalent and vehement" (악은 견고하며 광활하다) supaya dapat kontra dengan "justice is weak and empty" (정의는 나약하고 공허하다) yang disebut lebih awal oleh Vincenzo.

So apa yang nak disampaikan?
Mesej drama Vincenzo konsisten dari awal sampai akhir, iaitu bahawa kebaikan adalah rapuh dan lemah berbanding kejahatan.

Untuk memenangkan pihak yang baik, tahap kejahatan tertentu (certain degree of evil) adalah perlu.
Jalan cerita drama ni bermula dengan kematian tragik Hong Yu-chan di tangan Babel, berakhir dengan kemenangan Vincenzo ke atas Babel.

Hong Yu-chan seorang yang selfless, adil, menghormati undang2, manakala Vin seorang mafia yang tak hirau pasal soal undang2 atau keadilan.
Jadi penulis drama kira berjaya menyampaikan naratif "only evil can punish evil" (악은 악으로 처단한다). "Good" macam Hong Yu-chan tak dapat tumpaskan kejahatan, hanya "evil" seperti Vin mampu capai misi tersebut, sebab "un diavolo scaccia l'altro" (one devil chases another).
Tapi bukan bermaksud drama ni suruh kita jadi evil, mengharuskan keganasan untuk lawan benda yang kita anggap tak adil. Jangan pula pergi tiru Vin cabut kuku orang pakai lighter.
Ia cuma nak tonjolkan bahawa garis antara baik/jahat tak se-jelas yang kita bayangkan. Walaupun watak Vin bukan "hero" yang tipikal, tapi tindakannya "serves the greater good", dan dia adalah "lesser evil" (syaitan kecil) berbanding syaitan besar.
Berbeza dengan budaya Barat yang dualisitik, takrifan Asia Timur tentang hero/villain lebih kabur.

Perkataan "villain" yang Vin pakai iaitu 악당 (agdang, 惡黨) lebih dekat dengan maksud "gangster" (黨 = gang), tak macam Babel yang level 악마 (agma, 惡魔 = 惡 evil + 魔 demon).
Sebelum Vin hukum Choi Myung-hee, dia membandingkan diri dengan dewa Vaisravana yang memimpin yaksha dan rakshaha (asal-usul perkataan raksasa dalam BM).

Dalam mitologi Hindu-Buddha, mereka ni golongan mahkluk yang ganas tapi mereka bukan makhluk jahat.
Kefahaman macam ni mungkin agak mengejutkan bagi orang yang "baik-baik sahaja". Tapi ia tidak asing bagi orang yang mendalami sains politik, terutamanya bila belajar tentang doktrin realpolitik.
Kebanyakan pemimpin yang disanjungi sebenarnya adalah ruthless & merciless. Tapi kadang mereka kena jadi macam tu demi kebaikan awam.

Tapi adakah ia justify semua kejahatan yang dilakukan? Itulah dilema yang kita akan alami kalau kita selami realpolitik & mesej Vincenzo ni.
Vin cakap misi dia melawan penjahat umpama "membersihkan sampah". Tapi siapa yang bagi hak dia sebagai penentu siapa yang sampah, siapa yang bukan sampah. Apa jaminan dia tak salahguna kekuatannya?
Tapi tu dah agak berat, so cerita just stop kat Ep20, bagi penonton kekal kagum dengan Vincenzo the anti-hero.

Overall, drama ni berbaloi untuk difollow. Kembang otak, tak lagha. Tak hairan ramai puji drama ni benchmark baharu bagi K-drama.

Cuma iklan Kopiko tu banyak sangat.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ayman Rashdan Wong

Ayman Rashdan Wong Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AymanRashdanW

2 May
Kalau korang hairan apa ssyaballa nyanyi:

Lascia ch'io pianga (Let me weep)
la dura sorte (my hard fate).
E che sospiri (and sigh for)
la liberta (liberty).

Dari opera "Rinaldo" Handel (1711), babak Almirena nangis dikurung. Tapi ssyaballa nyanyi muka happy, menganjing betul.
Muzik yang Seo Mi-ri main ni pula adalah Liebestraum (Love Dream) No. 3 oleh Franz Liszt, pasal unconditional love, sebiji perasaan dia terhadap Vin. Tolong buka bilik simpan emas pun tak mintak apa-apa.
Muzik Frédéric Chopin pula muncul 2 kali.

Nocturne Op 9. No. 2 dimainkan semasa Vin & Cha-young sembang pasal "lesser evil" kat kafe.

Satu lagi yang ni, Polonnaise in A Flat Major (Op. 53).

Tak tau apa nak disampaikan.
Read 4 tweets
12 Apr
Mungkin ada yang rasa keliru dengan dialog ni.

"The Tower of Babel will collapse"? Huh? Bangunan Babel Group tu dah siap ke?

Sebenarnya Babel Tower dalam drama ni ada double meaning. Ia adalah alegori kepada kisah "Tower of Babel" dalam Bible.

#VincenzoEp16
Dalam Buku Kejadian (Book of Genesis), diriwayatkan bahawa selepas zaman Noah (Nabi Nuh a.s.) dan sebelum Abraham (Nabi Ibrahim a.s.), penduduk di Shinar (Mesopotamia / Iraq) pernah cuba membina sebuah menara pencakar langit.
Perancangan itu gagal selepas Tuhan mengubah bahasa yang ditutur oleh pembina menara. Akibatnya, diorang tak dapat nak memahami satu sama lain, jadi keliru ('babel'), tak dapat teruskan projek. Maka menara terbengkalai tu dikenali sebagai Menara Babel.
Read 10 tweets
11 Apr
Alah, kalau Jang Han-seo baca "Politik Untuk Pemula", sudah tentu dia boleh jawab kuiz oleh Vincenzo.

Teori tangan ghaib (invisible hand) Adam Smith adalah salah satu idea terpenting dalam sejarah ekonomi-politik moden.

#VincenzoEp15
Adam Smith adalah ahli falsafah moral Scotland yang terkenal dengan buku "The Wealth of Nations" yang diterbit pada tahun 1776.

Buku ni adalah bacaan wajib bagi mana-mana pelajar ekonomi sebab buku ni menggariskan asas idea ekonomi pasaran bebas (free market economy).
Di zaman Smith, Britain mengamalkan ekonomi merkantilis (mercantilist) di mana kerajaan kenakan cukai tinggi ke atas barangan import, dan beri lesen kepada syarikat terpilih untuk berdagang. Contoh macam Syarikat Hindia Timur Inggeris (East India Company).
Read 18 tweets
9 Apr
Sabah dan Sarawak memang dijamin autonomi dalam Perjanjian Malaysia (MA63).

Cuma ada beza tafsiran samada Sabah, Sarawak (dan juga Singapura) patut disekutukan dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu (11 + 1 + 1 + 1) atau Persekutuan Tanah Melayu (1 + 1 + 1 + 1). Image
Istilah "negeri" selama ni menjurus kepada tafsiran pertama.

Perubahan ke "wilayah" (region) menjurus kepada tafsiran kedua (cuma tak wujud "Wilayah Malaya" kot).

So Malaysia akan jadi sebuah negara persekutuan yang ada 11 negeri, 2 wilayah & 3 wilayah persekutuan.
Benda ni bukan baru. Ada persekutuan yang semua entiti nama sama (US semua panggil state, Switzerland semua panggil canton), ada juga persekutuan macam Russia yang wujudkan entiti berbeza-beza (oblast, republic, krai, autonomous okrug). Image
Read 4 tweets
5 Apr
Power gila penulis skrip Vincenzo.

Baru sempat digest "feigned madness" dalam Ep 13, dia bagi lagi 2:

聲東擊西 (성동격서 / Seong Dong Gyeok Seo) - "Bunyi di timur, pukul di barat"

以夷制夷 (이이제이 / Yi Yi Je Yi) - "guna orang gasar untuk tundukkan orang gasar"
Kedua-dua strategi ni diambil daripada pepatah Cina.

Disebabkan Korea menerima pakai tulisan dan budaya China untuk masa hampir 1500 tahun, jadi kebanyakan pepatah Cina pun diserapkan ke dalam kosa kata Korea.
Kat Korea dulu orang kelas atasan kena belajar Bahasa Cina, belajar silibus pendidikan China. Termasuk kitab perang Cina seperti 36 Stratagems (三十六計).

Berbanding The Art of War, 36 Stratagems lebih popular sebab ia simpulkan strategi dalam pepatah 4 perkataan yang mudah.
Read 12 tweets
4 Apr
Dalam episod semalam Vincenzo, Han Seung-hyuk nasihat Jang Han-seo supaya jadi "idiot" untuk lindungi diri daripada abangnya Jang Han-seok.

Nasihat ni bukan saja buat lawak tapi ia antara strategi politik Asia Timur terkenal iaitu "feigned madness" atau 가치부전 (假痴不癲).
Prince Heungseon atau Heungseon Daewongun (nama diberi: Lee Ha-eung) yang disebut oleh Seung-hyuk adalah tokoh zaman Joseon pada penghujung abad ke-19.

Dia adalah ayahanda kepada Raja Gojong yang memerintah dari 1864 hingga 1907. Tapi Lee Ha-eung sendiri tak pernah jadi raja.
Waktu tu puak yang paling berkuasa dalam istana ialah Keluarga Kim dari Andong (Andong Kim-ssi).

Wanita dari keluarga ni ramai yang jadi permaisuri raja (macam Medici di Eropah), justeru puak ni dapat berkuasa malah lebih berkuasa daripada kerabat diraja (keluarga Lee).
Read 15 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!