Baru sempat digest "feigned madness" dalam Ep 13, dia bagi lagi 2:
聲東擊西 (성동격서 / Seong Dong Gyeok Seo) - "Bunyi di timur, pukul di barat"
以夷制夷 (이이제이 / Yi Yi Je Yi) - "guna orang gasar untuk tundukkan orang gasar"
Kedua-dua strategi ni diambil daripada pepatah Cina.
Disebabkan Korea menerima pakai tulisan dan budaya China untuk masa hampir 1500 tahun, jadi kebanyakan pepatah Cina pun diserapkan ke dalam kosa kata Korea.
Kat Korea dulu orang kelas atasan kena belajar Bahasa Cina, belajar silibus pendidikan China. Termasuk kitab perang Cina seperti 36 Stratagems (三十六計).
Berbanding The Art of War, 36 Stratagems lebih popular sebab ia simpulkan strategi dalam pepatah 4 perkataan yang mudah.
Strategi "Seong Dong Gyeok Seo" adalah salah satu daripada 36 Stratagems yang merupakan salah satu strategi memperdayakan (decoy) musuh.
Konsepnya: buat musuh anggap kau nak serang di sebelah timur (untuk mengalihkan tumpuan musuh), baru kau serang belah barat.
Ia adalah strategi perang yang asas, malah pernah diamalkan semasa Perang Dunia Kedua, menjadi faktor Allies (US, UK, USSR) mengalahkan Axis (Jerman, Itali, Jepun).
Waktu tu Jerman (bawh Hitler) telah menguasai seluruh benua Eropah. Nak kalahkan Axis, kena tawan balik Eropah.
Tentera Allies plan nak mendarat di Normandy. Nak pendaratan berjaya, Allies perlu mengalihkan (divert) tumpuan Jerman ke tempat lain.
Maka Allies melancarkan Operation Fortitude bagi mewujudkan persepsi bahawa Allies akan serang Pas de Calais.
Tapi Hitler pun bukan bodoh, kalau Allies heboh kata nak serang Pas de Calais, confirm Hitler ready kat Normandy.
Jadi Allies buat-buat nak serang Normandy, tapi "leak" info konon nak serang Pas de Calais. Siap buang kereta kebal palsu & mayat berhampiran Pas de Calais.
Itu meyakinkan Hitler bahawa Allies nak serang Pas de Calais.
Tapi pada hari kejadian (6 Jun 1944), Allies serang & mendarat di Normandy.
Hitler siap tidur time tu sebab dia yakin pendaratan Allies di Pas de Calais akan dipatahkan.
Hitler akhirnya dikalahkan.
"Yi Yi Je Yi" pula tak ada dalam 36 Stratagems, tapi ia mirip dengan strategi 借刀殺人 (차도살인) dalam 36 Stratagems yang bermaksud "meminjam pisau untuk membunuh musuh" - mempergunakan musuh kepada musuh untuk bunuh musuh.
Ia hampir dengan konsep "musuh kepada musuh saya adalah kawan saya" (enemy of my enemy is my friend).
Cuma bezanya strategi Yi Yi Je Yi ni tak "berkawan" (kerjasama) dengan musuh kepada musuh, just wujudkan peluang supaya musuh kepada musuh kita dapat bunuh musuh kita.
Dalam kes ni, Choi Myung-hee bagi info kepada Paolo yang memang nak cari dan bunuh Vincenzo.
Perkataan 夷 (yi) bermaksud orang gasar (barbarian) iaitu orang asing yang tak bertamadun. Dan kedua-dua Paolo dan Vincenzo pun adalah orang asing (orang Itali).
Dalam 36 Stratagems pun ada banyak cara nak lepaskan diri, seperti 금선탈각 (金蟬脫殼), 반객위주 (反客爲主). So tengoklah nanti Vincenzo pakai cara yang mana untuk selamatkan diri.
Tak pun penulis skrip bagi Vincenzo cedera parah sekali sekala. Asyik menang je pun bosan gak.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Dalam episod semalam Vincenzo, Han Seung-hyuk nasihat Jang Han-seo supaya jadi "idiot" untuk lindungi diri daripada abangnya Jang Han-seok.
Nasihat ni bukan saja buat lawak tapi ia antara strategi politik Asia Timur terkenal iaitu "feigned madness" atau 가치부전 (假痴不癲).
Prince Heungseon atau Heungseon Daewongun (nama diberi: Lee Ha-eung) yang disebut oleh Seung-hyuk adalah tokoh zaman Joseon pada penghujung abad ke-19.
Dia adalah ayahanda kepada Raja Gojong yang memerintah dari 1864 hingga 1907. Tapi Lee Ha-eung sendiri tak pernah jadi raja.
Waktu tu puak yang paling berkuasa dalam istana ialah Keluarga Kim dari Andong (Andong Kim-ssi).
Wanita dari keluarga ni ramai yang jadi permaisuri raja (macam Medici di Eropah), justeru puak ni dapat berkuasa malah lebih berkuasa daripada kerabat diraja (keluarga Lee).
Mula-mula dengar pasal #Vincenzo, tergetus dalam hati: "Mafia? Cringe!".
Tapi selepas tonton, rasa best pula.
Drama ini bukan pasal mafia sangat, tapi "mafia berlesen" atau "chaebol" di Korea Selatan.
*BTS (Bangsa Takut Spoiler) jangan baca.
Vincenzo sebenarnya lebih kepada legal drama. 60% cerita adalah pasal naik turun mahkamah.
Watak yang dipegang oleh Song Joong-ki, Vincenzo Cassano adalah seorang consigliere (penasihat undang-undang mafia) di Itali. Dia memang lahir Korea, cuma jadi anak angkat orang Itali.
Lepas bos dia meninggal, dia pun balik Korea untuk dapatkan emas yang disimpan bawah bangunan Geumga Plaza.
Cuma Geumga Plaza dalam bahaya. Sebuah syarikat besar bernama Babel nak beli plaza dan halau semua penyewa.
Hak penyewa dipertahankan oleh peguam bernama Hong Yu-chan.
Dari sudut pandang realis, hubungan antarabangsa adalah sejarah kebangkitan & kejatuhan kuasa besar (great powers).
Kalau lihat pada gambar (yang berdasarkan power cycle theory Charles Doran), Eropah pada awal 1500an ada 4 kuasa besar: Ottoman, Habsburg, Perancis, England.
Habsburg tu nama dinasti asal Austria. Philip dari Habsburg kahwin anak perempuan Isabella & Ferdinand di Sepanyol, maka Habsburg turut mewarisi Sepanyol & jajahannya.
Habsburg ada motto 'AEIOU' atau 'Alles Erdreich ist Österreich untertan' (seluruh dunia tunduk pada Austria').
Perancis rasa terancam. Maka Perancis buat pakatan dengan Ottoman yang mencapai kemuncak kuasa bawah Suleiman (1520-1566).
England lalang sikit, kadang pro-Habsburg, kadang pro-Perancis, dia akan sokong belah mana yang lebih lemah.
Aku nak hiatus lagi sebulan. Tapi atas permintaan, aku ulas sikitlah pasal Myanmar.
Sepatutnya parlimen Myanmar mula bersidang hari ini, tapi tentera (orang Myanmar panggil Tatmadaw) bertindak menahan pemimpin parti National League for Democracy (NLD) termasuk Aung San Suu Kyi.
Apa yang berlaku ialah rampasan kuasa (kudeta) yang klasik.
Kenapa nak rampas kuasa? Sebab Tatmadaw takut hilang kuasa.
Walaupun Myanmar sekarang mengamalkan demokrasi, tapi "demokrasi" ini sebenarnya diwujudkan oleh Tatmadaw, dengan tujuan untuk memelihara kuasa mereka.
Tatmadaw menguasai politik Myanmar sejak tahun 1962, selepas Jeneral Ne Win menggulingkan Presiden Win Maung & PM U Nu.
US pada waktu tu sibuk Perang Vietnam, so tak ada masa nak tarbiah Myanmar (waktu tu masih bernama Burma) pasal demokrasi dan hak asasi manusia bagai.
Apa impak yang akan Joe Biden bawa kepada politik antarabangsa?
Ini thread.
Kita recap dasar2 luar Trump:
1. Mengubah dasar pro-perdagangan bebas & globalisasi: menarik US keluar dari Trans-Pacific Partnership (TPP), merunding semula NAFTA antara US, Canada & Mexico. Menaikkan tarif (cukai) ke atas barangan import terutamanya barangan China.
2. Menarik US keluar dari institusi antarabangsa yang dianggap tak menepati kepentingan US: Paris Agreement (pasal perubahan iklim), Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan terkini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).