Serangan Israel kali ini adalah satu "calculated move" oleh PM Israel, Benjamin Netanyahu.
Ini kerana "power shift" yang bakal berlaku di Timur Tengah tidak berpihak kepada Israel, jadi Netanyahu perlu buat sesuatu bagi mengekalkan status quo.
Baru2 ni Israel mengadakan PRU ke-4 dalam masa 2 tahun, dan Netanyahu & parti Likud-nya sekali lagi gagal membentuk kerajaan.
Jadi, Presiden memberi mandat kepada Bennett (Parti Yamina) & Lapid (Parti Yesh Atid) untuk membentuk kerajaan. Sepatutnya angkat sumpah hari ni.
Parti Ra'am (United Arab List) yang mewakili kaum Arab Israel, yang diketuai oleh Mansour Abbas juga dijangka akan menyertai perikatan ini.
Ra'am menang 4 kerusi, walaupun sikit, tapi ia akan membolehkan Yamina-Yesh Atid capai majoriti (61 daripada 120 kerusi) yang diperlukan.
Kalau benda ni jadi, Netanyahu hilang kuasa satu hal, usaha dia selama ni untuk memposisikan Israel sebagai negara eksklusif bagi kaum Yahudi ("Jewish State") juga akan jadi sia-sia.
Dalam Israel pun ada dalam 20% penduduk Arab. Walaupun mereka warga Israel, tapi gerakan ultra-Zionis seperti Likud cuba menafikan hak diorang dan menuduh mereka sebagai pensimpati Palestin.
Selain itu, beberapa minggu lepas, Arab Saudi mula berdialog dengan Iran bagi memperbaiki hubungan.
Saudi & Iran telah bermusuh sekian lama. Trump dulu cuba mewujudkan "united front" US-Israel-Saudi bagi menekan Iran, memaksa Iran runding semula Perjanjian Nuklear tahun 2015.
Selain melemahkan Iran, Israel juga melihat "united front" ni dapat melemahkan Hamas yang dibantu oleh Iran.
Hamas adalah salah satu kumpulan pejuang Palestin. Berbeza dgn Fatah (yang menganggotai kerajaan Palestin), Hamas menolak "two-state solution" yang mengiktiraf Israel.
Jadi Hamas dilabel sebagai pengganas oleh US dan Israel. Dan sejak Hamas menguasai Gaza pada tahun 2007, Israel cuba sedaya upaya mengenakan sekatan dan serangan ke atas Gaza.
Tapi pengganti Trump, Biden nak teruskan legasi Obama dengan menghidupkan semula perjanjian nuklear dengan Iran. Ada ura-ura US dah ready nak berdialog dengan Iran.
Dan di kalangan Parti Democrat, suara "progresif" (Ilhan Omar, Rashida Tlaib, Bernie Sanders) makin lantang. Mereka mahu US kurangkan komitmennya terhadap Israel, menganggap sokongan US terhadap Israel tak sejajar dengan nilai hak asasi manusia yang dijuarai oleh US.
Kalau semua ni berlaku, maka Israel akan berada dalam keadaan yang lemah untuk tawar-menawar dengan Palestin. Perancangan Israel untuk mengilhak (annex) kawasan Lembah Sungai Jordan (dipanggil "Deal of the Century" di zaman Trump) juga akan gagal.
Jadi tup-tup berlaku provokasi polis di Al-Aqsa, supaya dapat mengundang reaksi Hamas, seterusnya escalate jadi serangan balas-membalas.
Dan keadaan boleh terus escalate jadi sama teruk macam tahun 2014 (di mana lebih 2000 penduduk Gaza & 70 warga Israel terkorban).
Walaupun semua negara, termasuk US, juga menekan Israel supaya de-escalate, tapi Netanyahu masih meneruskan serangan supaya terus memerangkap US ke dalam konflik ini.
Dan di peringkat dalaman, Netanyahu sekali lagi nak tunjuk dia saja mampu mempertahankan keselamatan Israel.
Dan konflik kali ni juga mencetuskan rusuhan antara kaum Yahudi dan Arab, yang bakal merumitkan kerjasama Yahudi-Arab membentuk kerajaan perpaduan.
Netanyahu akan kata, "See? I told you, Arab ni lebih setia kepada Palestin. Nak bagi kuasa kat diorang lagi ke?"
Walaupun satu dunia menyeru gencatan senjata, Israel masih meneruskan serangan. Negara2 Arab yang ada hubungan diplomatik dengan Israel pun segan nak jadi neutral, sama2 join Turki-Saudi-Iran mengecam tindakannya.
Sebab ni adalah gamble untuk survival politik Netanyahu/Likud.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Terbaca banyak tweets yang mengeluh "mana pemimpin Arab" "mana perpaduan umat Islam" untuk membantu Palestin.
Sebenarnya dulu pernah ada 2 pemimpin Arab yang mampu membuat Israel kecut.
Gamal Abdel Nasser (presiden Mesir 1956-1970) dan Raja Faisal (raja Saudi 1964-1975).
Mereka berdua adalah pesaing (rivals). Nasser seorang sekular, nasionalis. Faisal seorang konservatif, 'ummahist'.
Tapi persaingan yang sihat, berlumba-lumba untuk membantu penduduk asal Palestin bagi melawan Israel.
Selepas kekalahan negara2 Arab dalam Perang 1948-1949, Nasser muncul sebagai jaguh anti-Israel, malah berjaya mematahkan serangan Israel-UK-Perancis ke atas Gaza dan Sinai pada 1956.
Cuma Nasser agak overconfident dalam Perang 1967, membolehkan Israel capai kemenangan.
Dalam kes Palestin, tahun 1919 berlaku transfer of sovereignty dari Uthmaniyah (Turki) kepada British akibat kalah WW1.
British 'diamanahkan' oleh Liga Bangsa (UN versi trial) untuk jaga Palestin.
'Palestin' pada asalnya termasuk Jordan, kemudian dipisahkan.
Tempoh penjagaan British tamat pada 1948. Perhimpunan Agung UN cadangkan (Resolusi 181) Palestin yang merdeka dipecahkan kepada 2 negara: satu Yahudi satu Arab.
Jerusalem diletakkan bawah penjagaan antarabangsa.
"Il male è grande e vasto" yang Vincenzo sebut di hujung drama adalah word play kepada "Il mare è grande e vasto" (the sea is great and wide).
Dari Psalm 104:25 "the sea is great & wide, teeming with life". Tukar "mare" (laut) jadi "male" (kejahatan).
Seolah-olah nak ajak penonton membayangkan kejahatan tu ibarat lautan yang dalam, gelap-gelita, diliputi oleh ombak yang membadai manusia yang lemah dan helpless (Teringat nasib penyelidik RDU-90 dalam Episod 4).
Bila diterjemahkan ke dalam BI jadi "evil is prevalent and vehement" (악은 견고하며 광활하다) supaya dapat kontra dengan "justice is weak and empty" (정의는 나약하고 공허하다) yang disebut lebih awal oleh Vincenzo.
Lascia ch'io pianga (Let me weep)
la dura sorte (my hard fate).
E che sospiri (and sigh for)
la liberta (liberty).
Dari opera "Rinaldo" Handel (1711), babak Almirena nangis dikurung. Tapi ssyaballa nyanyi muka happy, menganjing betul.
Muzik yang Seo Mi-ri main ni pula adalah Liebestraum (Love Dream) No. 3 oleh Franz Liszt, pasal unconditional love, sebiji perasaan dia terhadap Vin. Tolong buka bilik simpan emas pun tak mintak apa-apa.
Muzik Frédéric Chopin pula muncul 2 kali.
Nocturne Op 9. No. 2 dimainkan semasa Vin & Cha-young sembang pasal "lesser evil" kat kafe.
Satu lagi yang ni, Polonnaise in A Flat Major (Op. 53).
Dalam Buku Kejadian (Book of Genesis), diriwayatkan bahawa selepas zaman Noah (Nabi Nuh a.s.) dan sebelum Abraham (Nabi Ibrahim a.s.), penduduk di Shinar (Mesopotamia / Iraq) pernah cuba membina sebuah menara pencakar langit.
Perancangan itu gagal selepas Tuhan mengubah bahasa yang ditutur oleh pembina menara. Akibatnya, diorang tak dapat nak memahami satu sama lain, jadi keliru ('babel'), tak dapat teruskan projek. Maka menara terbengkalai tu dikenali sebagai Menara Babel.
Adam Smith adalah ahli falsafah moral Scotland yang terkenal dengan buku "The Wealth of Nations" yang diterbit pada tahun 1776.
Buku ni adalah bacaan wajib bagi mana-mana pelajar ekonomi sebab buku ni menggariskan asas idea ekonomi pasaran bebas (free market economy).
Di zaman Smith, Britain mengamalkan ekonomi merkantilis (mercantilist) di mana kerajaan kenakan cukai tinggi ke atas barangan import, dan beri lesen kepada syarikat terpilih untuk berdagang. Contoh macam Syarikat Hindia Timur Inggeris (East India Company).