Terbaca banyak tweets yang mengeluh "mana pemimpin Arab" "mana perpaduan umat Islam" untuk membantu Palestin.
Sebenarnya dulu pernah ada 2 pemimpin Arab yang mampu membuat Israel kecut.
Gamal Abdel Nasser (presiden Mesir 1956-1970) dan Raja Faisal (raja Saudi 1964-1975).
Mereka berdua adalah pesaing (rivals). Nasser seorang sekular, nasionalis. Faisal seorang konservatif, 'ummahist'.
Tapi persaingan yang sihat, berlumba-lumba untuk membantu penduduk asal Palestin bagi melawan Israel.
Selepas kekalahan negara2 Arab dalam Perang 1948-1949, Nasser muncul sebagai jaguh anti-Israel, malah berjaya mematahkan serangan Israel-UK-Perancis ke atas Gaza dan Sinai pada 1956.
Cuma Nasser agak overconfident dalam Perang 1967, membolehkan Israel capai kemenangan.
Raja Faisal pula mengasaskan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) pada 1969 selepas penaklukan Israel ke atas Jerusalem Timur (termasuk Al-Aqsa).
Dan Raja Faisal meminta Tunku Abdul Rahman jadi setiausaha agung OIC yang pertama.
Kejayaan Raja Faisal yang terkenal ialah tindakan memimpin negara Arab mengenakan sekatan minyak ke atas US & negara2 Eropah yang sokong Israel dalam Perang Yom Kippur 1973.
Kelam-kabut US jadi tanpa minyak, jadi US terpaksa menekan Israel untuk berhentikan serangan.
Raja Faisal meninggal pada tahun 1975. Something fishy.
Dan pada tahun 1979, berlaku Revolusi Iran. Maka Saudi pun ubah keutamaannya dari lawan Israel kepada lawan Iran.
Sejak itu, tidak lagi ada pemimpin Arab yang cukup karisma & kekuatan seperti Nasser & Faisal. Masing2 jenis suka bergaduh sesama sendiri. Hari ni UAE tikam Qatar, besok Saudi tikam UAE, Mesir tikam Saudi.
Harapkan Turki & Iran yang bukan Arab saja bersuara utk Palestin.
Cuma hikmah disebalik konflik kali ni, nampaknya tiga kuasa besar dunia Islam (Turki, Iran, Saudi) akan melakukan "rapprochement" (membaiki hubungan) bagi memberi tekanan kepada Israel.
Dan kalau dilakukan secara konsisten, maka Israel tidak lagi boleh bermaharajalela.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Perang dunia berpunca daripada corak pakatan yang rigid. Bila terjadi dua kem, maka potensi berperang tinggi.
WW1 tercetus akibat ketegangan antara "kem Serbia" (Rusia, Perancis) dan "kem Austria" (Jerman) susulan kejadian Putera Austria dibunuh oleh orang Serbia di Bosnia.
Walaupun dalam isu Israel vs Palestin, negara2 Islam adalah "kem Palestin" yang tidak berbelah bahagi (tak iktiraf Israel), tapi lebih banyak negara (termasuk kuasa-kuasa besar seperti Rusia & China) iktiraf kedua-dua Israel & Palestin, dan cuba jadi pendamai.
Dalam kes Palestin, tahun 1919 berlaku transfer of sovereignty dari Uthmaniyah (Turki) kepada British akibat kalah WW1.
British 'diamanahkan' oleh Liga Bangsa (UN versi trial) untuk jaga Palestin.
'Palestin' pada asalnya termasuk Jordan, kemudian dipisahkan.
Tempoh penjagaan British tamat pada 1948. Perhimpunan Agung UN cadangkan (Resolusi 181) Palestin yang merdeka dipecahkan kepada 2 negara: satu Yahudi satu Arab.
Jerusalem diletakkan bawah penjagaan antarabangsa.
Serangan Israel kali ini adalah satu "calculated move" oleh PM Israel, Benjamin Netanyahu.
Ini kerana "power shift" yang bakal berlaku di Timur Tengah tidak berpihak kepada Israel, jadi Netanyahu perlu buat sesuatu bagi mengekalkan status quo.
"Il male è grande e vasto" yang Vincenzo sebut di hujung drama adalah word play kepada "Il mare è grande e vasto" (the sea is great and wide).
Dari Psalm 104:25 "the sea is great & wide, teeming with life". Tukar "mare" (laut) jadi "male" (kejahatan).
Seolah-olah nak ajak penonton membayangkan kejahatan tu ibarat lautan yang dalam, gelap-gelita, diliputi oleh ombak yang membadai manusia yang lemah dan helpless (Teringat nasib penyelidik RDU-90 dalam Episod 4).
Bila diterjemahkan ke dalam BI jadi "evil is prevalent and vehement" (악은 견고하며 광활하다) supaya dapat kontra dengan "justice is weak and empty" (정의는 나약하고 공허하다) yang disebut lebih awal oleh Vincenzo.
Lascia ch'io pianga (Let me weep)
la dura sorte (my hard fate).
E che sospiri (and sigh for)
la liberta (liberty).
Dari opera "Rinaldo" Handel (1711), babak Almirena nangis dikurung. Tapi ssyaballa nyanyi muka happy, menganjing betul.
Muzik yang Seo Mi-ri main ni pula adalah Liebestraum (Love Dream) No. 3 oleh Franz Liszt, pasal unconditional love, sebiji perasaan dia terhadap Vin. Tolong buka bilik simpan emas pun tak mintak apa-apa.
Muzik Frédéric Chopin pula muncul 2 kali.
Nocturne Op 9. No. 2 dimainkan semasa Vin & Cha-young sembang pasal "lesser evil" kat kafe.
Satu lagi yang ni, Polonnaise in A Flat Major (Op. 53).
Dalam Buku Kejadian (Book of Genesis), diriwayatkan bahawa selepas zaman Noah (Nabi Nuh a.s.) dan sebelum Abraham (Nabi Ibrahim a.s.), penduduk di Shinar (Mesopotamia / Iraq) pernah cuba membina sebuah menara pencakar langit.
Perancangan itu gagal selepas Tuhan mengubah bahasa yang ditutur oleh pembina menara. Akibatnya, diorang tak dapat nak memahami satu sama lain, jadi keliru ('babel'), tak dapat teruskan projek. Maka menara terbengkalai tu dikenali sebagai Menara Babel.