Pernah tak bila kita nak cuba apa2 benda yang baru tapi apabila kita cuba nak belajar, rasa macam tak “masuk”?

Kau baca 2-3 ke helai buku tapi tak faham. Tak tahu kau baca.

Silap hari bulan, rasa putus asa.

Aku tak lah pandai mana pun. Tapi dalam thread ni aku nak kongsi..
Aku nak kongsi bagaimana kalau kau nak belajar benda baru, kau hanya perlu fokus tentang satu2 topik tu.

InsyAllah, dalam seminggu dua kau faham dan boleh terus aplikasi.

Kejap lagi aku sambung thread ni.
Okay kita sambung.

Apa yang aku nak share ni banyak aku refer dari buku Ultralearning. So korang nak details, boleh beli terus buku tu.

Sedikit later belakang.

Aku pernah laburkan masa lama dalam fasa cara terbaik untuk belajar. Ya, ni aku tak tipu.
Sebab aku rasa aku tak pandai. Apa jadi tak tahu, pernah rasa aku ni semakin tua semakin bodoh.

Dulu-dulu tak study, lepas je apa2 exam. Sekarang, kalau tak study, melingkup.

Benda ni terbawa-bawa sampai ke tua menyebabkan aku insof dan cuba nak fahami, apa kaedah terbaik.
Kaedah terbaik untuk belajar. Apa yang aku nak cerita ni, terma dia aku baru tahu tahun lepas.

Tapi benda sama aku praktik secara menyeluruh pada 2016 - masa nak buat business pertama.
Aku nak kupas satu benda sahaja dalam thread ni.

Metalarning.

Metalearning ni adalah satu konsep belajar cara untuk belajar.

Learn on how to learn.

Tak cukup belajar sahaja. Kita nak belajar secara efektif.

Efektif ni maksudnya kita faham konsep dan kita boleh aplikasi.
Dan seterusnya apa yang kita belajar ni terus berguna dan boleh digunakan dalam kerja seharian.

Contoh nak belajar marketing. Nak belajar buat iklan.

Tak cukup dengar praktis semborono. Tak cukup dengan pergi kelas sana sini. Tak cukup dengan baca buku main baca sahaja.
Nak belajar apa-apa, kau kena ada struktur dulu.

▶ Metalearning map

Apa benda ni?

Metalearning map ni satu proses yang kau pecahkan topik besar kepada sub-topik atau topik-topik kecil.

Macam lebih kurang first-thinking principle dalam thread ni.
Sebabai contoh. Aku cuba pecahkan topik yang kau kena tahu untuk marketing/advertising ni Image
Contoh kau nak nak belajar marketing/advertising untuk hasilkan jualan.

Benda pertama kena faham.

Kenapa orang kena beli?

Apa masalah dia yang menyebabkan dia kena beli dari kita?

Atau adakah dia beli sebab dia nak cuba tambah baik sesuatu?
Apa yang ada pada produk kita yang dia nak?

Apa yang prospek kita mahukan dalam produk kita?

Semua ni kena research. Kena faham dulu. Nak research, ada langkah demi langkah juga.

Seterusnya, pasal psikologi. Kenapa penting kena tahu dan faham psikologi ni?
Kenapa dengan memahami psikologi tertentu kau boleh trigger mereka untuk membeli?

Sebagai contoh.

Kalau aku offer kau untuk beli kurma yang aku jual ni. Aku cakap, nah kurma, Takkan tak nak? Bulan puasa.

What if aku twist, oleh kerana aku faham Maslows Hierarchy of needs ni. Image
Aku guna angle love/belonging.

Aku cakap. Kita sekarang ni dah la PKP, dah dua tahun raya tak jumpa mak ayah. Mesti dia rindu.

Kau nak buat surprise dekat mak ayah kau bulan puasa ni? Apa kata belikan dekat mereka kurma ajwa ni.

Kurma ajwa ni antara kurma terbaik.
Semoga bila mak ayah kau dapat kurma ni, mereka buat buka puasa, mereka doakan kau sekali. InsyAllah.

So ni adalah salah satu contoh lah. So yes, kena faham juga bab psikologi. Image
Soalan seterusnya, bagaimana kau nak capai pelanggan yang berpotensi ni? Dekat mana?

Platform apa?

Bagaimana nak guna platform tu?

Bagaimana nak maksimumkan kebersanan platform tu?

Tadi kita dah kupas pasal psikologi.

Macam mana kau nak jentik psikologi mereka?
Dengan apa? Copywriting? Gambar? Video?

Kalau copywriting, nak kena tulis apa dalam copywriting tu? Struktur macam mana?

Ada tak tips-tips atau best practises dalam copywriting ni?

Apa yang menyebabkan video, gambar atau copywriting ni boleh hasilkan jualan?
Ada tak apa-apa "scoreboard" atau metriks yang boleh jadi pandu arah untuk katakan apa yang kau buat ni betul dan menghasilkan keputusan yang kau nak?

Contoh indicator dalam marketing :
Tak cukup dengan tahu indicator. Macam mana nak baca?

Kalau A bawah 40%, kalau CTR 0.5%, nak kena buat apa?

ROAS drop, ROAS naik, learning limited etc, nak kena buat apa?

Macam mana kau nak hasilkan kreatif ni? Ada tak apa2 sumber inspirasi yang kau boleh rujuk?
Selepas kau dah develop metalearning map kau tu, then seterusnya..

▶ Kenali masalah atau kesusahan dalam kau nak belajar guna metalearning map

Sebagai contoh salah satu masalah kita nak belajar ni adalah copywriting. Kita tak faham, asyik duk cari teknik je.
Dari sini kita akan mula hasilkan plan untuk atasi masalah copywriting ni.

Berbalik kepada research mengenai bakal pelanggan kita, kita dah tulis satu-satu apa masalah dia semua.

Then kita akan mula menulis.

Now kita sangkut. Nak tulis macam mana?

Framework!
Framework copywriting ni terlampau banyak and kau tak perlu mahir semua pun.

AIDA, PAS, PASTOR, Story Brand etc.

Contoh dalam gambar. Tak perlu mahir semua pon.

Aku sendiri banyak duk guna AIDA, PASTOR dan Strory Brand je.

Duk pusing2 sini je. Image
Ya, kesusahan akan berbeza2. Ada orang susah nak buat copywriting. Ada orang pandai buat copy tetapi sangkut nak buat iklan. Tak pandai nak cari gambar.

Tak apa. Jangan kalut. Ini proses. Takdenya lahir2 terus buat 100m sprint kan.

So kita chill sahaja.

Akhir sekali..
▶ Rangka strategi macam mana kau nak belajar semua ni.

Ini paling penting.

Dah banyak sembang dekat atas, kiri kanan atas bawah, part paling penting ni ramai tak buat.

So kau dah tahu apa kau nak kena belajar, map dah siap, kau pun dah tahu bakal masalah yang timbul..
Persoalannya sekarang ni.. so bagaimana nak belajar?

Paling senang cara nak belajar adalah kau tanya pakar bidang2 tertentu, then tanya dia macam mana dia boleh pakar dalam bidang tertentu.

Tak dapat tanya, cuba research lah. Baca thread ke apa. Kau akan faham juga..
Pengalaman aku yang paling jelas pasal metalearning ni masa tahun 2017 nak belajar buat chatbot.

Aku PM WhatsApp dia, aku tanya satu soalan je.

"Salam tuannn. Pakai bot apa?"

Dia jawab pakai Chatfuel. Aku iakankan sahaja dan terus belajar.

Kenapa? Sebab dia dah ada result.
Apa dia jawab, aku ikut sahajalah. Mungkin cara orang berbeza-beza, ni cara aku.

Dan aku rasa dari segi chatbot ni, dalam 2-3 bulan, aku dah surpass knowledge dia haha.

Sebab terus boleh develop Chabot + Integration + Dialogflow. Full AI without button.
Oleh itu.. rakan-rakan yang aku muliakan, nak belajar ni, tak susah. Nak pandai, tak susah.

Nak ke tak nak, itu sahaja.

Kalau kau tak nak ikut orang, lebih prefer baca buku, ni aku dah compile segala buku yang aku baca for the past 2-3 tahun.
Point besar aku disini. Kita kena improve.

Kalau 3 bulan lepas kita tak tahu buat copy, tak tahu nak buat ads, tak tahu nak buat jualan, apa-apa lah yang kita cakap aku tak tahu.

Kalau selepas 6 bulan kau masih tak tahu dan tak ada secebis kesungguhan pun kau nak belajar..
Quote dalam gambar ni kita kena sedar.

Kita akan mula pada titik kosong. Titik kebodohan.

Titik clueless tak tahu apa. Nak tanya soalan apa pon rasa tak tahu.

Tapi kalau kita tak buat sesuatu, then kita takkan capai apa kita nak.

It will remain as a dream.

That's it, folks. Image
Aku memang nak kita berjaya. Rakan-rakan berjaya.

Tapi kalau inaction dari kita, tetap tak guna.

Hopefully, sampai sini.

Aku dah kongsi belajar cara untuk belajar.

If kau rasa thread ni bermanfaat, RT dan tag lah member yang memerlukan.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Afif Rus 🚀

Afif Rus 🚀 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @m0d0

17 May
Setiap orang ada different approach terhadap sesuatu perkara.

Ada orang dia tak fikir pasal risk, main langar. Ada orang, dia take calculated risk.

Nak tak nak, kena manage risk, set the expectation right. Tak boleh nak expect letak RM10 grow jadi RM1000 tanpa track record.
Bila involve risk ni, aku akan tanya, tinggi tak risk tolerance?

Kalau nak kena letak 5k, willing tak nak burn 5k tu?

Over the years, aku punya risk tolerance ni dah jadi very high. Tak tahu la kenapa.

But it serves me well so far.

Compare to my wife, totally opposite.
Sebab growing up dengan keadaan susah kot. Susah tu takde la sampai nak makan tak ada.

Tapi life was tough. Bapa tiada. Divorced.

Every single day, masa aku kecik dulu, aku nampak mak aku ni 3-5 jam je kot sehari.

Waktu lain? Kerja + berniaga tolong nenek aku jual nasi
Read 14 tweets
15 May
Paras performance team kau sangat bergantung kepada paras performance leader.

Kalau leader hambar, bos hambar, team akan hambar.

So kalau team tak perform, tengok leader macam mana.

Samada team kau perlu step up untuk perform pada level yang kau perlukan atau bos perlu..
Bos atau leade perlu muhasabah.

Apa yang terjadi. Adakah iainya disebabkan oleh process, orang ata teknologi.

Tak kisah lah betapa bagusnya automation kita buat, kalau proses nya salah, ianya tetap automation yang salah.
Kalau proses kau power sekali pun, tetapi orangnya tetap tak boleh follow, kita pon sama tak boleh grow. Company akan stuck. Wastage. Membazir.

So penting untuk kita ada:

1️⃣ Orang yang betul
2️⃣ Proses yang betul
3️⃣ Teknologi yang betul
Read 10 tweets
16 Apr
Aku mula fasa entrepreneurship ni pada umur 26. Kalau kau baru mula, jangan risau..

Ada orang ignore aku, ada orang seen saja bila aku tanya.

Duit gaji aku banyak aku pusing dalam business. Sampai cukup2 makan je.

Bini sampai tanya..

⬇️
You buat apa ni? Tak nampak ada beza pun? (I think in term of getting more money)

Apa yg dia nampak adalah aku makin sibuk, setiap weekend pergi COD, duit tak bertambah2 ahaha.

Sampai kan duit bonus pun aku pump balik buat business.
Kita akan lalu fasa kebodohan. Fasa tak tahu apa. Even nak tanya soalan pun tak tahu nak tanya soalan apa.

Tapi aku selalu mula dengan apa aku nak capai dan aku akan work backward.

Contohnya apa?
Read 15 tweets
29 Mar
Tips Evergreen Marketing Sepanjang Zaman Tak Lekang Dek Panas Yang Anda Wajib Tahu

Sesetengah orang tanya, ada tak teknik apa2 dalam marketing yang paling padu

Kadang2 aku confuse - apa sebenarnya teknik ni haha. Aku rasa macam semua benda adalah asas.

Nak tahu?

Thread 👇👇
1. Teknik ke apa2 lah, letak tepi dulu. Fokus kepada benda asas iaitu produk dan audience.

Kenapa orang kena dapatkan produk kau ni? Apa yang kau cuba selesaikan? Apa yang kau exactly provide?

Audience kau ni dia perceive product kau ni macam mana?
2. Prospek prospek prospek. It's all about them.

Kena faham betul2 pasal prospek kita ni.

Apa dia suka? Apa dia tak suka? Demographic macam mana? Phsychological profile macam mana?

Apa yang dia value? Harga ni deciding factor atau something else yang lebih berharga?
Read 6 tweets
9 Mar
Based on hiring experience yg tak banyak ni, takde correlation in term of sijil dan apa yg you akan deliver.

But most of the time akan hire based on potential, gut feeling, first impression backed with data.

Cuma data ni berbeza2 dari segi job scope.
Even if kau suka masak, chef sekalipun, but during interview kau ni convincing enough untuk position tu, memang akan hire je.

Why?
I think sebab aku sendiri macam tu kot. I can’t fit in the way our education was structured.

Kau lambat, kau kena tinggal. Which is tak boleh buat apa pun.

Kau kena put effort gila2 untuk catch up which is sometime kelembapan otak aku ni tak boleh nak catch up in time 😂
Read 8 tweets
3 Mar
Almost zero pasal copywriting pada May 2017, berjaya hasilkan copywriting yang akhirnya menjana 6 angka sales beberapa hari yg lalu (2018)

Ini cerita saya.

Thread. Panjang.

Take this as motivation. Mula from nothing. Image
Cerita ni saya nak share macam mana saya dulu, ilmu copywriting tak ada, susah nya nak belajar, sekarang dah alhamdulillah.

Saya percaya, ilmu ni banyak bentuk, banyak sumber, apa yg saya guna ni, mungkin 1% sahaja dari ilmu guru2 yang saya mengaja
Sepanjang hidup saya meningkat dewasa ni, saya tak pernah baca iklan sampai habis. Siap block lagi ads. So jarang nampak iklan online.

Walaupun saya suka membaca, iklan ni saya tak baca. Tiada sebab untuk saya baca.
Read 11 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(