#PeristiwaHariIni : Hari ini 730 tahun yang lalu, kota Acre berjaya ditawan tentera Mamluk dari tangan tentera Salib.

Ini adalah bebenang.
Acre merupakan kota pelabuhan penting yang terletak di utara Palestin, berada di bawah kekuasaan Kristian selepas mereka merampas wilayah Palestin daripada Dinasti Ayyubid pada 1191 dalam Perang Salib Ketiga.

#PeristiwaHariIni
Pada 1250, muncul Kesultanan Mamluk di Mesir yang lebih dahsyat daripada Ayyubid. Sultan Baibars menakluk kota dan kubu penting yang dikawal tentera Salib sekaligus membuka jalan kepada tentera Islam menuju ke Palestin.

#PeristiwaHariIni
Kristian terus bergelut untuk kekal berkuasa di wilayah Levant, dan Mamluk terus mengasak. Sultan ke-7, Al-Mansur Qalawun meneruskan usaha dengan menakluk Tripoli pada 1289, namun menanti saat terbaik untuk mara ke Acre.

#PeristiwaHariIni
Sehinggalah pada Ogos 1290, sekumpulan tentera Kristian telah membunuh orang Islam penduduk Acre. Apabila pentadbir Acre, Knights Templar enggan mengekstradisikan mereka kepada Mamluk untuk pengadilan, Qalawun mengisytiharkan perang.

#PeristiwaHariIni
Apabila Qalawun meninggal dunia pada Disember 1290, anaknya Al-Ashraf Khalil mengambil alih kepimpinan dan memulakan pengepungan Acre pada April 1291 pada skala tentera dan intensiti serangan yang dahsyat.

#PeristiwaHariIni
Tanggal 18 Mei, tentera Mamluk memecah masuk kubu Acre dan walaupun berdepan tentangan oleh barisan terakhir Knights Templar selama beberapa hari, akhirnya kota itu berjaya ditawan.

#PeristiwaHariIni
Penaklukan Acre menandakan berakhirnya penguasaan Kristian di bumi Palestin sekaligus menamatkan terus Perang Salib merebut Baitulmaqdis yang bermula sejak 1095.

Sumber: Sky History, World History

#PeristiwaHariIni

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

20 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 52 tahun yang lalu, Tun Fatimah Hashim menjadi wanita pertama dilantik sebagai Menteri Kabinet.

Ini adalah bebenang. Image
Pada usia 45 tahun, beliau dilantik menjadi Menteri Kebajikan Am dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Sultan Haji Zainal Abidin Mu’azam Shah.

#PeristiwaHariIni
Tun Fatimah dilahirkan pada 25 Disember 1924 di Parit Keroma, Muar, Johor. Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Parit Keroma, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Melayu Perempuan Mersing.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
19 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 485 tahun yang lalu, isteri kedua Raja Henry VIII, Anne Boleyn dihukum pancung.

Ini adalah bebenang. Image
Beliau dituduh melakukan zina, sumbang mahram serta konspirasi menentang raja walaupun para sejarawan berpendapat bahawa Anne tidak bersalah dan Henry sengaja mencipta cerita hanya untuk berkahwin lain.

#PeristiwaHariIni
Ceritanya bermula pada pertengahan 1520-an, apabila Henry terpikat dengan Anne, yang merupakan dayang kepada isteri pertamanya, Catherine of Aragorn. Memandangkan Catherine tidak dapat memberi zuriat lelaki, Henry tekad mahu mengahwini Anne.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
17 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 229 tahun yang lalu, New York Stock Exchange ditubuhkan.

Ini adalah bebenang.
Salah satu daripada pasaran saham terbesar dunia itu bermula daripada pertemuan rahsia 24 orang broker saham di Corre’s Hotel pada Mac 1792 untuk menyeragamkan urus niaga saham di New York City.

#PeristiwaHariIni
Dua bulan kemudian, mereka memeterai dokumen dipanggil Persetujuan Buttonwood, di mana menurut legenda ia ditandatangani di bawah sepohon pokok buttonwood di 68 Wall Street yang menjadi tempat pertemuan biasa mereka.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
16 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 36 tahun yang lalu, saintis mendedahkan wujud lubang pada ozon Bumi.

Ini adalah bebenang. Image
Tiga saintis dari British Antartic Survey mengumumkan dalam jurnal saintifik Nature keluaran 16 Mei 1985 bahawa mereka mendapati berlaku kekurangan luar biasa tahap kandungan ozon di langit Kutub Selatan.

#PeristiwaHariIni
Ia berlaku kesan penggunaan meluas perkakasan seperti pendingin hawa dan semburan aerosol yang mengandungi kloroflorokarbon (CFC), bahan kimia utama yang merosakkan struktur lapisan ozon Bumi.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
15 May
#PeristiwaHariIni: Hari ini 50 tahun yang lalu, Majlis Perundingan Belia Negara telah ditubuhkan.

Ini adalah bebenang. Image
Acara pengisytiharan penubuhannya telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Majlis ini adalah sebuah percambahan daripada perjalanan perjuangan yang bermula sejak tahun 1948.

#PeristiwaHariIni
Pada 23 Julai 1948, Jawatankuasa Khas Sementara Belia telah ditubuhkan. Dua ahlinya, Abdul Razak Hussein dan Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mewakili Tanah Melayu ke Perhimpunan Belia Dunia (WAY) di Brussels.

#PeristiwaHariIni
Read 7 tweets
3 May
#PeristiwaHariIni: Hari ini pada tahun 40 Hijrah, Saidina Ali bin Abi Talib telah meninggal dunia.

Ini adalah bebenang.

#IlhamRamadan
#Ramadan2021
#LembaranBaharu
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 62/63 tahun akibat diserang oleh seorang lelaki daripada kumpulan Khawarij ketika sedang menunaikan solat Subuh di Masjid Besar Kufa, Iraq, dua hari sebelumnya.

#PeristiwaHariIni
Saidina Ali RA menjadi Khalifah Rashidin menggantikan Saidina Uthman ibn Affan pada 36H, namun beliau berdepan tentangan daripada pelbagai puak termasuk Gabenor Syria, Muawiyah dari Bani Umaiyyah.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(