#PeristiwaHariIni : Hari ini 52 tahun yang lalu, Tun Fatimah Hashim menjadi wanita pertama dilantik sebagai Menteri Kabinet.
Ini adalah bebenang.
Pada usia 45 tahun, beliau dilantik menjadi Menteri Kebajikan Am dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Sultan Haji Zainal Abidin Mu’azam Shah.
Tun Fatimah dilahirkan pada 25 Disember 1924 di Parit Keroma, Muar, Johor. Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Parit Keroma, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Melayu Perempuan Mersing.
Karier politiknya bermula pada 1947 dengan menyertai UMNO dalam divisyen Kaum Ibu, dan bersama dengan kepimpinan tertinggi pergerakan itu memimpin orang Melayu memperjuangkan kemerdekaan negara.
Pada 11 September 1956, beliau dilantik sebagai Ketua Pergerakan Kaum Ibu Malaya dan menggalas jawatan itu sehingga 1972. Pada masa sama, beliau turut menjadi Naib Yang Dipertua UMNO Malaysia dan AJK Majlis Kerja Tertinggi parti itu.
Apabila berpindah ke Kedah bersama suaminya, Tan Sri Abdul Kadir Yusof pada 1959, beliau dipilih sebagai calon pilihan raya untuk kawasan Jitra-Padang Terap. Kemenangan di situ membuka laluan untuknya ke Dewan Rakyat.
Beliau mengasaskan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), dan menjadi individu yang bertanggungjawab memulakan sambutan Hari Wanita di Malaysia pada setiap 25 Ogos.
Tun Fatimah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Januari 2010. Jenazahnya disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, menjadi pemimpin wanita pertama yang dikebumikan di sana.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, Merdeka Awards, UKM
#PeristiwaHariIni : Hari ini 89 tahun yang lalu, Amelia Earhart menjadi wanita pertama terbang secara solo merentas Lautan Atlantik.
Ini adalah bebenang.
Ia dilakukan Amelia lima tahun selepas Charles Lindbergh menjadi manusia pertama memandu pesawat secara solo tanpa henti merentas lautan yang sama. Earhart terbang sejauh 2,000 batu dari Newfoundland kurang daripada 15 jam.
Sebenarnya lebih awal sebelum Lindbergh, Earhart sudah merentas Lautan Atlantik terlebih dahulu dalam penerbangan tiga kru pada 1928, lantas menjulang namanya sebagai wanita pertama yang berbuat demikian.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 485 tahun yang lalu, isteri kedua Raja Henry VIII, Anne Boleyn dihukum pancung.
Ini adalah bebenang.
Beliau dituduh melakukan zina, sumbang mahram serta konspirasi menentang raja walaupun para sejarawan berpendapat bahawa Anne tidak bersalah dan Henry sengaja mencipta cerita hanya untuk berkahwin lain.
Ceritanya bermula pada pertengahan 1520-an, apabila Henry terpikat dengan Anne, yang merupakan dayang kepada isteri pertamanya, Catherine of Aragorn. Memandangkan Catherine tidak dapat memberi zuriat lelaki, Henry tekad mahu mengahwini Anne.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 730 tahun yang lalu, kota Acre berjaya ditawan tentera Mamluk dari tangan tentera Salib.
Ini adalah bebenang.
Acre merupakan kota pelabuhan penting yang terletak di utara Palestin, berada di bawah kekuasaan Kristian selepas mereka merampas wilayah Palestin daripada Dinasti Ayyubid pada 1191 dalam Perang Salib Ketiga.
Pada 1250, muncul Kesultanan Mamluk di Mesir yang lebih dahsyat daripada Ayyubid. Sultan Baibars menakluk kota dan kubu penting yang dikawal tentera Salib sekaligus membuka jalan kepada tentera Islam menuju ke Palestin.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 229 tahun yang lalu, New York Stock Exchange ditubuhkan.
Ini adalah bebenang.
Salah satu daripada pasaran saham terbesar dunia itu bermula daripada pertemuan rahsia 24 orang broker saham di Corre’s Hotel pada Mac 1792 untuk menyeragamkan urus niaga saham di New York City.
Dua bulan kemudian, mereka memeterai dokumen dipanggil Persetujuan Buttonwood, di mana menurut legenda ia ditandatangani di bawah sepohon pokok buttonwood di 68 Wall Street yang menjadi tempat pertemuan biasa mereka.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 36 tahun yang lalu, saintis mendedahkan wujud lubang pada ozon Bumi.
Ini adalah bebenang.
Tiga saintis dari British Antartic Survey mengumumkan dalam jurnal saintifik Nature keluaran 16 Mei 1985 bahawa mereka mendapati berlaku kekurangan luar biasa tahap kandungan ozon di langit Kutub Selatan.
Ia berlaku kesan penggunaan meluas perkakasan seperti pendingin hawa dan semburan aerosol yang mengandungi kloroflorokarbon (CFC), bahan kimia utama yang merosakkan struktur lapisan ozon Bumi.
#PeristiwaHariIni: Hari ini 50 tahun yang lalu, Majlis Perundingan Belia Negara telah ditubuhkan.
Ini adalah bebenang.
Acara pengisytiharan penubuhannya telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Majlis ini adalah sebuah percambahan daripada perjalanan perjuangan yang bermula sejak tahun 1948.
Pada 23 Julai 1948, Jawatankuasa Khas Sementara Belia telah ditubuhkan. Dua ahlinya, Abdul Razak Hussein dan Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mewakili Tanah Melayu ke Perhimpunan Belia Dunia (WAY) di Brussels.