Asyik berkurung di rumah, bosan juga anak-anak saya.

Antara perkara yang saya cuba usahakan ialah supaya anak kena cahaya matahari setiap hari.

Waktu antara jam 9 pagi hingga 2 petang ialah masa terbaik untuk serap vitamin D dari cahaya matahari.
Cukup dah kalau kita luang masa 10-20 minit di bawah cahaya matahari dengan 40% kulit mereka terdedah.

Antara aktiviti yang mak ayah boleh buat dengan anak :

✔️ Boleh bawa anak tengok pokok dan explore kawasan depan atau belakang rumah. Saya duduk di kawasan kampung.
✔️ Boleh ajak anak kumpul batu, ranting dan daun yang pelbagai warna.

Ni memang laju je budak-budak buat.

Lepas tu lekatkan dalam playdough.

✔️ Boleh bawa bayi jalan-jalan depan rumah sekejap.
✔️ Bacakan buku untuk anak-anak di halaman rumah.

✔️ Berbasikal sekitar kawasan rumah.

Kekurangan Vitamin D ni boleh buatkan anak berisiko mengalami masalah pada tulang.

Tulang anak akan jadi lembut dan mudah patah.

Selain tu, akan mengganggu daya kognitif anak.
Untuk orang dewasa boleh tambah risiko kematian disebabkan penyakit jantung.

Bantu saya #kongsikan ilmu ni pada mak ayah yang lain.

Ramai sangat anak-anak di Malaysia yang kekurangan Vitamin D ni.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Follow TikTok saya sekali ya ▶️ vt.tiktok.com/ZSWCp4WP/

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Redza Zainol

Redza Zainol Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DrRedzaZainol

21 May
“Doktor, betul ke suami saya tak boleh masuk ke wad bersalin ni?”

Sambil saya periksa bayinya yang baru lahir, saya mengangguk.

Sejak PKP bermula, wad bersalin dah tak terima pelawat.
Suami, mak kandung atau mak mertua pun tak boleh masuk ke wad.

Nak hantar barang pada isteri pun hanya boleh disampaikan melalui pegawai keselamatan di setiap blok.
Jadi saya nak kongsikan 5 perkara yang suami kena tahu tentang isteri selepas bersalin (Post Partum).

✔️ Isteri akan kepenatan yang amat.

Dia perlu baring, rehat dan tidur.

Tenaga yang hilang perlu diganti semula untuk menyusu anak pula.
Read 11 tweets
20 May
Saya tak percaya bila ibu ni cakap anaknya baru berumur 2 tahun.

Baru umur 2 tahun tapi berat dah cecah 23 kg.

Tinggi dia kalah budak umur 4 tahun.

Bila saya selidik sejarah pemakanan, saya hanya mampu menggeleng kepala.
• Makan gula-gula dan coklat setiap hari.

Datuk bawa ke kedai setiap hari.

• Minum air kopi yang manis hampir 2 cawan setiap hari.

Dapat dari ayah.

• Makan sebiji burger setiap hari.

Mak yang gorengkan.
• Kerap makan nugget. Seminggu beberapa kali

• Minum air kotak berperisa setiap hari.

• Makan pukul 11 malam dan tidur pukul 12 tengah malam setiap hari.
Read 10 tweets
18 May
5 perkara yang anak lelaki belajar dari ayahnya sebelum usia remaja.

#1 Anak lelaki belajar tentang kasih sayang dalam keluarga dari ayahnya.
• Mereka lihat dan meniru cara ayah menyayangi ibu dan adik beradik yang lain.

Mereka suka bila melihat ayah memuji, menyentuh lembut dan memberi bahagia pada si ibu.
#2 Anak lelaki suka buat aktiviti fizikal bersama ayahnya.

Memeluk dan bergusti dengan ayah lebih bernilai berbanding duduk mengadap gajet seharian.
Read 11 tweets
17 May
“Kenapa kelar tangan sendiri?”

Budak perempuan usia 13 tahun ni diam membatu.

“Awak potong guna apa?” tanya saya dengan lembut.

Dua tiga kali saya bertanya barulah dia mengaku dia kelar tangannya guna pisau lipat disebabkan teman lelaki.
Ada berbelas-belas kesan kelar tangan yang lama dan berparut.

Ada juga beberapa garis kelar tangan yang masih baru.

Lama saya tenung pada parut tu.

Setiap satu garis kelar tu saya tanya apa puncanya.

Jawapannya tetap sama.
Setiap kali dia tahu teman lelaki ada perempuan lain, dia akan kelar tangannya sendiri.

Saya terus pandang tepat pada wajah ibunya.

“Saya kenal lelaki tu. Tapi saya pun tak tahu nak buat apa lagi doktor.”

Sedihnya hati saya melihat adik ni.
Read 11 tweets
22 Apr
“Tadi saya periksa di rumah, anak saya demam.”

“Oo, berapa bacaan suhu waktu tu?” tanya saya pada ibu tu.

“37°C, semalam pun sama.”

Anak yang demam, ada 2 jenis bacaan suhu badan.
Demam yang sedikit atau low grade fever tu ialah bacaan suhu badan antara 37.5°C hingga 37.9°C.

Demam tinggi atau high grade fever pula ialah bacaan suhu badan 38°C dan ke atas. Ia boleh capai hingga suhu 41°C.
Senjata utama ibu ayah bila anak demam ialah kita jelum anak dengan air.

Caranya :

1) Guna air suhu bilik sahaja.

2) Basahkan kain atau tuala kecil dengan air tadi dan lap pada badan anak.
Read 9 tweets
21 Apr
“Isteri encik ada cucuk ubat insulin untuk kencing manis setiap hari?”

“Isteri saya ada kencing manis?”

Eh. Saya pula yang jadi terkejut.

“Macam mana suami sendiri tak tahu isteri ada kencing manis ni,” saya cakap dalam hati.
Sebenarnya saya nak terangkan keadaan bayinya yang baru lahir.

Tapi sekarang saya kena terangkan pula yang isterinya memang dah bertahun ada kencing manis.

Haru betul.
“Anak encik bila saya periksa, dia sihat. Cuma saya perasan bahagian punggungnya terlalu lembut.
Bila kami buat x-ray pada bahagian tulang belakang sampai ke punggung, rupa-rupanya dia lahir tanpa tulang sakrum (sacral bones).”

Nama lainnya ialah Sacral Agenesis.
Read 14 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(