5 perkara yang anak lelaki belajar dari ayahnya sebelum usia remaja.
#1 Anak lelaki belajar tentang kasih sayang dalam keluarga dari ayahnya.
• Mereka lihat dan meniru cara ayah menyayangi ibu dan adik beradik yang lain.
Mereka suka bila melihat ayah memuji, menyentuh lembut dan memberi bahagia pada si ibu.
#2 Anak lelaki suka buat aktiviti fizikal bersama ayahnya.
Memeluk dan bergusti dengan ayah lebih bernilai berbanding duduk mengadap gajet seharian.
• Kanak-kanak usia 2-5 tahun sangat suka dengan “Rough and Tumble Play”.
Mereka akan menepuk, mencucuk dan memukul orang dewasa dalam keadaan yang tak menyakitkan.
• Anak akan belajar sempadan antara pukulan selamat dan tak selamat.
#3 Anak lelaki belajar berhujah dengan ayahnya.
Walaupun tak sependapat, hujahnya tak menghina sesiapa.
• Anak lelaki akan belajar, lelaki boleh berhujah dengan tenang tanpa menyakiti wanita.
Dalam keadaan penuh emosi, lelaki tetap tekun mendengar dan memberi hujah.
#4 Anak lelaki belajar meluahkan perasaan dengan memerhati ayahnya.
• Penting untuk anak melihat si ayah merasa sedih, marah, gembira dan takut.
Yang lagi penting ialah untuk anak lelaki melihat cara si ayah mengawal diri ketika dirinya penuh dengan emosi.
• Kesilapan si ayah ialah dia meluahkan dengan rasa marah ketika dia takut atau sedih.
Inilah yang akan ditiru oleh anak.
#5 Anak lelaki belajar buat kerja rumah dari ayahnya.
• Didik anak lelaki sifat rajin terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka menjadi suami yang memahami beban kerja seorang isteri.
Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain.
Sejak 30 tahun yang lepas, semakin ramai ayah yang rapat dengan anaknya.
Hubungan anak lelaki dengan ayah sepatutnya penuh dengan kasih sayang dan bukan diisi dengan ketakutan.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
“Isteri encik ada cucuk ubat insulin untuk kencing manis setiap hari?”
“Isteri saya ada kencing manis?”
Eh. Saya pula yang jadi terkejut.
“Macam mana suami sendiri tak tahu isteri ada kencing manis ni,” saya cakap dalam hati.
Sebenarnya saya nak terangkan keadaan bayinya yang baru lahir.
Tapi sekarang saya kena terangkan pula yang isterinya memang dah bertahun ada kencing manis.
Haru betul.
“Anak encik bila saya periksa, dia sihat. Cuma saya perasan bahagian punggungnya terlalu lembut.
Bila kami buat x-ray pada bahagian tulang belakang sampai ke punggung, rupa-rupanya dia lahir tanpa tulang sakrum (sacral bones).”
Malam tu, ibu ayah ni duduk di depan saya dan saya terangkan satu-satu pada mereka.
“Bayi yang sumbing bibir dan lelangit ni kami risau dia tak dapat minum susu dengan baik.
Minum sikit, susu boleh terkeluar dari hidung.
Minum sikit, boleh tersedak.
Jadi kami pantau dulu cara ibu beri susu pada bayi di sini.
Kalau bayi tak dapat minum dengan baik, berat badan makin turun pula.”
Mereka mengangguk perlahan.
Saya teruskan lagi.
“Bayi itu berisiko jadi sumbing bibir dan lelangit bila ibu jadi perokok pasif (secondhand smoker) atau ibu ada ambil ubat sawan sepanjang tempoh kehamilan.”
Terus bulat mata si ibu.
Rupa-rupanya ibu ni jadi perokok pasif sepanjang trimester pertama beliau hamil.