“Isteri encik ada cucuk ubat insulin untuk kencing manis setiap hari?”
“Isteri saya ada kencing manis?”
Eh. Saya pula yang jadi terkejut.
“Macam mana suami sendiri tak tahu isteri ada kencing manis ni,” saya cakap dalam hati.
Sebenarnya saya nak terangkan keadaan bayinya yang baru lahir.
Tapi sekarang saya kena terangkan pula yang isterinya memang dah bertahun ada kencing manis.
Haru betul.
“Anak encik bila saya periksa, dia sihat. Cuma saya perasan bahagian punggungnya terlalu lembut.
Bila kami buat x-ray pada bahagian tulang belakang sampai ke punggung, rupa-rupanya dia lahir tanpa tulang sakrum (sacral bones).”
Nama lainnya ialah Sacral Agenesis.
Sacral agenesis ialah satu komplikasi pada bayi disebabkan paras gula yang tak terkawal oleh ibu yang mengidap Diabetis.
Saya tunjukkan xray tu pada ayah bayi.
Tulang sakrum ni yang sepatutnya bersambung dengan tulang pinggul dan tulang belakang tapi tak wujud.
Bayangkan, tulang ni yang bantu kita berjalan dan duduk.
Macam mana agaknya nasib bayi ni.
“Kami kena rujuk dia segera ke bahagian pembedahan.”
Kawan-kawan yang sedang hamil atau yang ada isteri yang sedang hamil, masa bulan puasa ni kita cuba untuk kawal cara hidup supaya paras gula tu terkawal.
4 perkara ni ibu boleh buat untuk kawal paras gula semasa hamil :
✅ Ikut nasihat doktor yang merawat.
Jika diarah makan ubat seperti Metformin atau lain-lain, perlu patuh.
Suami bagi sokongan sekali ya.
✅ Kawal pemakanan khususnya gula, karbohidrat dan manisan.
Nasi, mee, roti, kuih-kuih, nasi lemak, roti canai, ais krim ialah contoh makanan yang mengandungi karbohidrat dan gula.
Makan ikut jadual, sarapan, makan tengah hari dan malam.
Lebihkan sayur-sayur dan buah-buahan
✅ Makanan yang perlu dikurangkan.
Jauhkan minuman soda, jus dalam tin, kotak atau botol kerana kandungan gula terlalu tinggi.
✅ Makanan yang disyorkan.
Makanan yang mengandungi fiber.
Sayur tempatan seperti sawi, kangkung, pucuk-pucuk ubi, keledek dan pucuk paku, nenas, oats.
Makanan-makanan mengandungi magnesium, bayam, almond, yogurt, protein, ikan-ikan berminyak, salmon, mackerel, tuna dan daging lembu tanpa lemak.
Makanan yang rendah gula, nuts, biji-biji labu, sunflower, berries, avocado.
Tolong saya #sebarkan ilmu mahal ni pada mak ayah yang lain ya.
Kita cuma nak pastikan anak yang kita lahirkan tu sihat.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Malam tu, ibu ayah ni duduk di depan saya dan saya terangkan satu-satu pada mereka.
“Bayi yang sumbing bibir dan lelangit ni kami risau dia tak dapat minum susu dengan baik.
Minum sikit, susu boleh terkeluar dari hidung.
Minum sikit, boleh tersedak.
Jadi kami pantau dulu cara ibu beri susu pada bayi di sini.
Kalau bayi tak dapat minum dengan baik, berat badan makin turun pula.”
Mereka mengangguk perlahan.
Saya teruskan lagi.
“Bayi itu berisiko jadi sumbing bibir dan lelangit bila ibu jadi perokok pasif (secondhand smoker) atau ibu ada ambil ubat sawan sepanjang tempoh kehamilan.”
Terus bulat mata si ibu.
Rupa-rupanya ibu ni jadi perokok pasif sepanjang trimester pertama beliau hamil.