Beginilah, saya lihat orang petik kembali tweet saya tahun bulan mac 2020 mengenai komen sy kepada PM, itu adalah pandangan saya sewaktu itu. Pandangan boleh berubah, dah pun setahun berlalu, banyak perkara yang dah berlaku
Nak berbeza pandangan boleh sahaja, kenapa dilembukan?
Saya fikir saya konsisten dalam memberi pandangan kepada ahli politik/pemimpin negara pada ketika itu, jika waktu itu dia ok, saya kata ok lah, jika tidak saya kata tidak. Mudah sahaja pendirian saya, kalau nak politikkan juga tak tahulah.
Saya ni memang tak mahu nak terlibat dalam kancah politik ni, muda dulu minat lah, sekarang ni nak fokus kerjaya sahaja.
Nak berbeza pandangan, saya alukan, panggil saya lembu saya fikir itu sudah agak melampau.
Nak berbahas, kita buka ruang dan berbahas, itu budaya sihat.
Anak muda mahu ruang untuk berbahas dan berbeza idea dan pendirian serta pemikiran, saya setuju sangat, sebab itu saya juga ada di twitter, ini memanglah tempatnya. Kita suburkan budaya ini.
Tapi budaya panggil orang dengan nama tak baik ni, dilembukan orang, macam ni ke?
Come on @akeemashrawi_ , anak muda patut bahas idea, bukannya menggelar orang sebegini, nak rentap idea, boleh sahaja. Jangkaan saya tinggi untuk orang muda macam anda.
Kalau cytro politik tu, saya faham lah, saya biarkan sahaja. Jika ianya datang dari anak muda di twitter ni, terus terang saya kecewa.
Tak akan begini sikap anak muda waktu kini, saya fikir ramai orang tak begini, ramai yang lebih baik. Akeem, my expectation is high for you.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Daripada dulu kami telah berikan kesedaran, menerima vaksin tak bermakna tidak boleh dijangkiti, tapi mengurangkan kadar kemasukan ke hospital dan kematian. Kenapa media masih lagi membuat tajuk yang seperti ini. Ramai yang baca tajuk, isi belum tentu baca.
Bila kita sentuh media, ramai yang marah. Saya sangat berterima kasih dengan pihak media yang tak putus-putus membantu di dalam mengekang penyakit ini, tapi ada iuga segelintir yang masih buat benda yang sama setelah beberapa kali ditegur.
1. Penyakit darah tinggi terdiri daripada primary atau secondary. Primary maksudnya pesakit tiada penyakit lain yang menyebabkan hypertension. Secondary bermakna ada penyakit lain.
Untuk adik ini, boleh disebabkan oleh primary atau secondary.
2. Primary hypertension bukan lagi penyakit orang berusia, akan tetapi orang muda juga sudah semakin ramai yang mendapat penyakit hypertension.
3. Saya mohon sangat-sangat jika sudah ada satu bacaan yang tinggi, jangan sesekali berhenti dari melakukan saringan, teruskan membuat pemeriksaan tekanan darah secara berkala untuk mengetahui adakah tekanan darah yang tinggi itu adalah berterusan.
Saya menghargai jika ada bekas pesakit #COVID19 yang ingin berkongsi pengalaman mereka, ianya boleh dijadikan sebagai panduan buat yang lain.
Yang saya kesal dan sedih apabila ada bekas pesakit yang membuat pernyataan yang boleh mengelirukan orang ramai.
Pengalaman yang dikongsi adalah pengalaman dia dan keluarga sebagai pesakit.
Alhamdulillah, Allah pelihara, hanya setakat tahap I dan II, sebab itu lah sembuh tanpa sebarang komplikasi.
Tapi janganlah kata mereka sembuh tak perlu ubat pun dan tak perlu takut COVID-19
Janganlah kita merendahkan COVID-19, bilamana ramai yang sembuh tanpa komplikasi, banyak yang datang dengan tahap III dan ke atas; datang dengan sesak nafas dan komplikasi organ yg lain.
Yang asymptomatic memang tak perlu ubat, yang pihak KKM buat adalah PANTAU takut lebih teruk