PAS telah lama membantah projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) kerana mengabaikan kelestarian alam sekitar dan menjejaskan punca rezeki golongan nelayan.
.
Sejak ianya di rancang pada tahun 2015, PAS Pulau Pinang yang di ketuai Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang dan beberapa NGO tidak jemu-jemu mengemukakan bantahan yang bukan sekadar secara lisan, malah dengan data dan argumatif berfakta.
.
Majoriti NGO menyatakan bantahan kerana bukan sekadar menjejaskan pencarian hidup beribu nelayan pesisiran yang bergantung kepada laut itu, malah ianya akan mengundang petaka kepada kampung-kampung sekitar nya dengan banjir kilat dan sebagainya.
.
Terkini, baharu terdengar suara bantahan dari Ahli Parlimen Permatang Pauh dari PKR dan Ahli Parlimen Kepala Batas dari BN. Ini satu perkembangan terbaik meskipun agak lambat.
.
Semoga bantahan dibuat demi kepentingan rakyat, bukan kerana PRU15 sedang menghampiri atau berharap agar rakyat marhaen yang akan terjejas kehidupan mereka dengan projek ini bergembira dengan turut serta nya Ahli-ahli Parlimen tersebut mengemukan bantahan.
.
Satu kisah berlaku di negara stesen keretapi bernama Kyu-Shirataki, Jepun. Pihak pemaju ingin menutup stesen keretapi ini atas alasan sudah banyak stesen baharu dibina sepanjang laluan yang sama dan kerana Kyu-Shirataki adalah stesen lama.
.
Namun setelah diteliti, pihak pemaju mendapati ada seorang budak sekolah perempuan yang menaiki keretapi di stesen itu setiap hari untuk pergi ke sekolah.
Akhirnya, pemaju bersetuju untuk menangguhkan penutupan stesen itu sehinggalah budak perempuan itu tamat sekolah.
.
Apa yang menarik iaitu tiada sesiapa pun yang menunggu keretapi di stesen itu melainkan budak perempuan itu seorang sahaja. Maka pada tahun 2015, budak perempuan itu tamat sekolah dan stesen Kyu-Shirataki pun ditutup.
.
Pendek kata, stesen keretapi ini ditangguh penutupan nya kerana budak sekolah ini sahaja. Apabila disoal berkaitan kerugian kerana stesen itu kerana hanya beroperasi untuk seorang penumpang sahaja.
.
Pemaju menjawab bahawa "negara Jepun akan lebih rugi jika budak itu tidak pergi sekolah dan tidak mendapat ilmu kerana dia tiada kenderaan jika mereka tutup stesen itu".
.
Projek PSR bukan akan menjejaskan kehidupan seorang nelayan malah beribu nelayan dengan ahli keluarga mereka malah mengakibatkan kelestarian alam tercemar dan mengundang bala petaka kepada rakyat negeri Pulau Pinang.
.
Apa yang paling ditakuti iaitu limpahan pendatang asing kelas pertama akan menghuni rumah-rumah mewah yang akan di bina atas tiga pulau buatan manusia di situ. Ada kah satu juta lebih pelancong yang masuk tetapi tidak dapat di kesan keberadaan mereka mahu di tempatkan disini?.
.
Soalan nya kepentingan rakyat marhaen nak dijaga atau pemaju lintah darat bermotif agenda tersembunyi ?.
Teruskan bantahan samaada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat perlu menerima bantahan projek PSR tersebut.
PADA malam 28 September 1998 itu, puluhan ribu manusia memenuhi Taman Melewar, melimpah hingga ke Greenwood. Ada kawan beritahu, kereta mereka terpaksa diletakkan di susur keluar ke UIA, berhampiran Tol Gombak dan berjalan kaki ke Taman Melewar.
.
Semua orang berkumpul kerana menghadiri pelancaran Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Saya ditugaskan untuk mengendalikan program raksasa ini selaku Pegawai GERAK pada masa itu.
.
Boss saya ialah Ustaz Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor sebagai Pengerusi GERAK dan Haji Mahfuz Omar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS yang menjadi Ketua Sekretariat GERAK.
.
Ada khadam mahacai bebal Ph minta ulas posting Nini Siron ni .Ok fokus pada highlight di bawah. Tujuan post ingin "mempersoal"
Sebab tu aku kata semua ni adalah politik busuk.
.
Yang tercongok di tepi showroom tu dia, yang rakam gambar Yb tu dia, yang ambil gambar pun dia dan yang tunggu sampai Yb tu pergi pun adalah dia. Kalau dia ikhlas nK tahu status Yb tersebut dah lama dia jumpa untuk bertanya tapi dia boleh duduk dalam kereta mcm SPY..
.
Kemudian segala bahan rakaman, gambar dia posting dan buat caption ingin "MEMPERSOAL".
Nak bagi power lagi cipta andaian² jahat. Mungkin dia beli kereta baru, eh mungkin jugak hari penyerahan, eh boleh ke test drive?
.
Semalam heboh isu laporan polis terhadap Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato Dr Noor Hisham kerana tidak mahu berikan rawatan Ivermectin kepada rakyat Malaysia. Katanya lepas buat laporan polis barulah KKM nak buat kajian.
.
Katanya negara luar, contohnya India dah lama beri Ivermectin kepada rakyatnya dan berkesan.
Izinkan saya kongsikan maklumat ini dengan anda.
.
1. Kementerian Kesihatan Malaysia memang sedang buat kajian mengenai keberkesanan Ivermectin ke atas pesakit Covid di Malaysia. Anda kena sabar. Kajian ni diluluskan oleh Jawatankuasa Etika KKM pada 25/5/2021, lebih awal pun daripada laporan polis yang dibuat anda!
.
Apabila menyebut Pulau Pinang, terbayang sewaktu remaja bersama rombongan Cik Kiah ke pesta Pulau Pinang, bekal wang beberapa belas ringgit sudah memadai. Itu semua sudah di telan zaman. Pulau Pinang pantas berkembang sebagai pusat industri dan wajar menjadi negeri maju.
.
Di mana silap parti Melayu Umno yang pada ketika itu mempunyai majoriti menyerahkan pemerintahan kepada Gerakan (Gerakan meninggalkan BN juga). Sejak itu negeri Tanjung ini tidak lagi di tadbir kerajaan Melayu.
.
Era pemerintahan dap, negeri ini melakukan penambakan laut, compact kan perkampungan Melayu di gantikan rumah kotak merpati. Gedung dan perumahan mewah di wujudkan sebagai helah menolak Melayu ke seberang Perai, Butterworth, Juru, Bukit Mertajam dan sekitarnya.
.
Menurut mahacai, semua orang termasuk menteri2 kena dok rumah sbb mematuhi arahan PKP...namun juga menurut mahacai, menteri2 dok saja di rumah, tak buat kerja adalah makan gaji buta...
.
Menurut mahacai lagi, menteri2 kena jengok rakyat dan buat kerja untuk rakyat...tapi mahacai juga mahu larangan rentas daerah/negeri sepatutnya tertakluk kpd semua walaupun menteri...kata depa "kenapa golongan kayangan boleh rentas daerah/negeri, kami tak boleh?"...
.
Maka menurut puak2 mahacai ph ni, apa saja dibuat oleh menteri kerajaan PN semua tak betoi... Bergerak salah, dok diam pun salah...buat kerja salah, tak buat kerja dah mmg terangan salah...
.
Tok laki dia juai kereta, patut laaa dia jaki...kalau MB pi jumpa tok laki dia tanya bab kereta, mgkn dia akan viral cerita baik2 laaa pulak pasai MB Kedah...
.
Dalam kes ni, apa yg dia cerita mengenai kehadiran MB di lokasi tersebut adalah benar...cuma dia cerita pada sisi dia dan menokok tambah andaian dia sendiri utk menggambarkan seolah2 MB Kedah ke situ untuk beli kereta...
.