Day 5

Soalan:
Dekat mana lagi kita boleh cari potential client untuk servis freelance writing kita selain daripada Google?

Nak tahu jawapannya?

Let's go!

Image: Freepik
Jawapan:
Gunakan platform sosial media korang sebagai salah satu cara untuk dapatkan potential client.

Saya sendiri menggunakan Facebook untuk promosikan servis penulisan masa awal-awal mula menulis. Gunakan teknik hardsell dan softsell.
Contoh hardsell:

Terus bagitahu orang yang kita ada buat servis menulis. Letakkan CTA (Call to action) untuk orang PM atau Whatsapp.

Bagi testimoni ex client.

Boleh tengok contoh dalam gambar tapi korang buat lah ayat elok sikit. Ini zaman saya noob dulu buat ayat hahaha.
Contoh softsell:

Buat content yang bersesuaian dan berkaitan dengan content writing.

Contohnya boleh buat content pasal rate penulis, teknik-teknik penulisan SEO, cara owner bisnes boleh manfaatkan content marketing dan sebagainya.
First client yang saya dapat untuk kerja writing adalah melalui Facebook.

Saya dapat job tu sebab saya promote diri dan bagitau kenalan di Facebook yang saya merupakan seorang ghostwriter.

Saya juga bagitau jenis penulisan yang macam mana saya buat.
Semua platform media sosial yang korang ada sesuai untuk buat promosi. Korang cuma perlu pilih platform mana yang korang selesa.

Macam saya, saya lebih selesa promosi di Facebook sebab kolam saya di situ.
Apa maksud 'kolam saya ada di situ'?

Maksudnya, kenalan Facebook saya hampir separuh daripadanya adalah target market saya - blogger, internet marketer, bisnes owner dan ghostwriter/penulis lain.
Diaorang lah yang memerlukan servis penulisan. Saya cuma 'umpan' guna copywriting, storytelling, testimoni dan hashtag yang sesuai supaya diaorang pilih saya untuk menulis bagi pihak diaorang.
Pernah saya dapat client yang bukan dari kalangan kenalan dalam Facebook.

Mcam mana client tu boleh jumpa saya?
- Kawan FB share posting yang saya tulis berkenaan ghostwriting
- Jumpa melalui hashtag
- Kawan FB yang tahu saya seorang ghostwriter rekemenkan saya
Kalau korang selesa nak promosikan diri dekat Twitter, go ahead.

Kalau lebih suka di Fb, tak ada masalah.

Nak cuba di Tiktok atau Instagram, boleh sangat.

Pilih platform yang korang selalu guna dan boleh commit.
Hari ini juga korang boleh mula promosi servis korang di media sosial.

Siapa yang nak tengok lebih banyak contoh cara saya promosi servis di FB, boleh singgah ke FB saya facebook.com/fadzirazak/.

Cari posting antara hujung 2019 dan awal 2020. Banyak saya buat.
Sekarang saya dah kurang buat posting berkaitan dengan servis freelance writing di FB. Tapi lebih kepada content pengalaman tinggal di Australia dan perkara-perkara unik di Australia. Jemputlah baca.

Next thread, saya akan ceritakan kenapa saya buat content sebegitu di FB saya

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Fadzi Razak #freelancewriter

Fadzi Razak #freelancewriter Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fadzirazak

6 Jun
Day 6

Jadikan platform media sosial sebagai portfolio penulisan.

Kenapa dan macam mana?

Dekat sini saya fokuskan pada Facebook sebab saya lebih selesa menggunakan Facebook berbanding platform lain. Korang boleh saja nak guna untuk platform lain.

Let's go!

Image: Freepik
Kita bukan saja boleh tunjukkan artikel yang kita tulis dalam blog atau PDF untuk bagi pada client sebagai contoh. Media sosial kita pun boleh juga kita jadikan sebagai portfolio.

Untuk penulisan, platform yang sesuai untuk dijadikan portfolio - LinkedIn, Facebook dan Twitter
Nak jadikan media sosial sebagai portfolio, kita kena pastikan content yang kita tulis dalam platform semuanya baik-baik saja.

Gaya penulisan kena elok, content kena ada value. Baru potential client berminat nak upah kita sebagai penulis.
Read 12 tweets
4 Jun
Day 4

Recap
Day 1 - Intro to freelance writer bit.ly/3cbXSBe
Day 2 - Sample writing bit.ly/3uOeqWd
Day 3 - Resume bit.ly/3ikNFWX

Hari ini saya nak kongsikan salah satu cara untuk cari potential client untuk servis writing.

Let's go!

Image: Freepik Image
Ini yang korang tunggu-tunggu selama ni kan. Ha, tak nak ngaku la tu 😆😆😆

Thread sample writing dengan resume saya tak laku pun semalam hukhukhuk.

Ok, jom kita belajar macam mana nak cari potential client korang.
Cara yang pertama saya nak tunjukkan sesuai untuk semua orang. Yang pemalu ke tak pemalu ke, semua mesti boleh buat cara ini.

Pertama sekali, korang pergi ke Google. Dekat Google search bar, taip 'penulis artikel'. Ataupun keyword yang ada maksud lebih kurang. Image
Read 14 tweets
2 Jun
Day 2

Semalam kita dah cerita pasal apa itu freelance writer. Hari ini saya nak kongikan benda apa yang korang perlu sediakan sebelum cari client.

Let's go!

Image: Freepik
Cuba bayangkan kita tengah approach potential client.

Kita: Hi, saya boleh bantu team Encik/Cik untuk buatkan artikel untuk website. (Contoh)

Potential Client: Oh, menarik! Boleh saya tengok contoh artikel yang awak pernah buat?

Kita: *Krik krik krik*

Terlepas satu peluang.
Benda pertama sekali yang korang kena buat sebelum approach client adalah sediakan sample penulisan atau portfolio. Apa contoh portfolio yang korang boleh bagi?

Kalau ada blog persendirian, boleh bagi link kepada artikel terbaik korang pernah tulis.
Read 19 tweets
1 Jun
Day 1

Alright guys, jom kita mulakan sharing pasal freelance writing.

Disebabkan ada yang masih kurang pasti apa itu freelance writer dan macam mana cara bekerja, hari ini kita start dengan pengenalan kepada freelance content writer dulu.

Let's go!
Freelance writer adalah orang yang bekerja sebagai penulis untuk apa-apa jenis penulisan kepada client.

Client pula tak semestinya client yang sama sepanjang masa.

Penulisan itu boleh jadi artikel blog, copywriting, product description, press release dan sebagainya.
Freelance writer bekerja sendiri dan bukan berada di bawah mana-mana company. Kita boleh buat company sendiri kalau nak. Kita jadi bos, kita jadi pekerja.

Kita dibayar berdasarkan jumlah kerja yang dibuat. Kalau buat kerja, kita dapat duit. Malas buat kerja, tak dapat lah duit.
Read 26 tweets
15 May
Saya ada share antara kerja freelance yang saya pernah buat dekat tweet @magmalaya sebelum ni.

Ramai yang nak tahu macam mana nak mula jadi freelancer dan dekat mana nak cari potential client.

So, here it is. Macam mana nak jadi freelancer (apa-apa bidang pun).

A thread.
1. Mula-mula kena tahu apa skill yang kita ada. Antara skill yang boleh kita jual sebagai freelancer:
- Writer & linguistics
- Graphic & design
- Video & animation
- Programming & IT
- Digital marketing
- Customer service
- Music & audio
- etc
2. Kalau rasa tak ada skill apa-apa, boleh mula belajar sekarang.

Pilih apa yang korang minat dan korang sanggup buat tiap-tiap hari.

Saya dulu cuba macam-macam, minat macam-macam, boleh buat macam-macam.

Tapi bila lama-lama, saya lebih fokus pada writing.
Read 15 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(