“Anas nak guna cawan merah atau biru?”

“Kalau anas mandi sekarang, boleh bawa sekali 1 mainan. Nak bawa kereta ni atau nak bawa lego tu?”

Dulu saya selalu tertanya-tanya kenapa isteri suka tanya macam ni pada anak.
Saya fikir kalau nak minum, minum je la.

Kalau nak mandi, mandi je la.

Bila kita dah suruh, mesti anak akan faham.

Sampai satu hari saya tergerak hati nak bertanya pada isteri.

Dia pun tanya kat saya macam ni.
“Malam ni kita makan ikan goreng ya, atau malam ni abang nak makan ikan atau ayam?
Mana satu abang suka, ayat pertama atau yang kedua?”

Saya pun terus jawab saya suka kalau diberi pilihan.

Terus isteri saya tersenyum.
Macam tu juga dengan anak-anak.

Walaupun anak tu tubuhnya kecil, mereka juga manusia yang ada perasaan.

Bila diberi pilihan, mereka tak rasa seperti dipaksa sama macam orang dewasa.

Anak yang diberi pilihan akan terasa dia ada sedikit kuasa untuk menentukan keputusan.
Bila dia rasa dia terlibat untuk buat keputusan, rasa untuk menentang semula akan jadi lebih rendah.

Saya pun terkebil-kebil.

Isteri saya sambung lagi.

Kesilapan mak ayah ialah beri pilihan yang berbentuk ugutan.
Contohnya,
“Papa bagi pilihan. Kalau tak mandi sekarang, papa buang semua toys tu.”

Lagilah anak tu akan protes sebab pilihan yang ada semuanya tak seronok pada mereka.

Aduh patutlah anak kurang meragam bila isteri yang jaga.
Bila saya yang jaga, penatnya badan ni nak bersilat dengan si kecil tu.

Di hujung perbualan isteri saya kongsikan tips ni.

Bila beri pilihan, pastikan kedua-dua pilihan tu menyenangkan hati anak dan tak membebankan mak ayah.
Bila buat gini, memang ambil lebih banyak masa tapi emosi anak lebih terjaga.

Bila emosi anak stabil, emosi mak ayah pun akan dapat tempiasnya sekali.

Bantu saya #kongsikan ilmu ni pada mak ayah yang lain.

Mungkin ada yang belum tahu ilmu ni.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Follow TikTok saya sekali ya ▶️ vt.tiktok.com/ZSWCp4WP/

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Redza Zainol

Redza Zainol Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DrRedzaZainol

9 Jun
Dari petang mata ni asyik berkaca-kaca.

Sekejap-kejap ditelan air liur supaya air mata tu tak tumpah.
“Doktor, anak saya ada lagi ke?”

Saya minta maaf, tapi anak puan...

Saya tergagap banyak kali.

Kata-kata saya tersekat, cuba menahan sebak.
Setiap kali lalu di hadapan ICU, teringat kisah 10 tahun lepas ini.

Menjadi doktor pelatih yang baru beberapa bulan bekerja.

Saya menjaga seorang kanak-kanak 13 tahun yang dilanggar di bahagian kepala oleh sebuah lori ketika berjalan seorang diri di tepi jalan.
Read 9 tweets
8 Jun
Pagi tadi saya naik Grab lagi.

Habis shif kerja selama 24 jam, badan saya jadi sangat letih.

Baru saja masuk ke dalam kereta, terus lelaki muda ni pusing memandang saya.

“Minta maaf bang. Minta maaf sangat lambat. Ada sekatan jalan raya.”
Saya angguk aje sambil senyum.

“Abang ada surat nak rentas negeri kan?”

Ya surat tu memang wajib ada.

Setiap hari saya merentas negeri dari Melaka ke Muar untuk bekerja.
Sekarang ni kalau Grab sampai lambat, kita cubalah berlapang dada.

Kalau boleh janganlah sampai kita batalkan pesanan.

Rating bagilah 5 bintang kalau sepanjang perjalanan semuanya baik.

Kalau kita buat aduan, boleh jadi mereka dibuang kerja pula.
Read 8 tweets
1 Jun
“Saya risau anak saya belum pandai sebut semua huruf. Membaca suku kata pun tak boleh.”

Wajah ibu penuh dengan kerisauan.

Umur anak dah 7 tahun.

Tahun ni dah darjah 1.

Sebelum buat apa-apa selalunya saya akan tanya dulu di rumah anak suka main apa.
Dia kata anaknya suka tengok Youtube.

Saya mengangguk.

Ini isu seluruh negara.

Mak ayah buntu bila anak ketagih menonton Youtube.

Saya : Berapa jam dia tengok Youtube sehari?

Ibu : Erm, 5 jam.
Saya : 5 jam setiap hari?

Ibunya mengangguk sedikit.

Tabiat ni dia dah biarkan selama 3 tahun.

Yang lagi sedih, konten Youtube yang anak lihat, ibu tak sempat nak pantau.

Saya mula jadi seram.

Dalam hati saya, saya kasihan pada budak tu.

Sedihnya hati ni.
Read 13 tweets
31 May
5 Perkara Yang Ibu Ayah Boleh Buat Segera Jika Anak Anda Terkena Jangkitan Chickenpox.

1) Kalau keadaan anak masih aktif, boleh jaga anak di rumah saja.

Chicken pox ni sangat mudah berjangkit

Jadi elakkan ahli keluarga yang lain dari terdedah pada pengidap chicken pox ni
Tunggu sehingga semua ruam menjadi kering dan tidak ada ruam baru yang muncul.

Selalunya akan ambil masa seminggu untuk ruam tu kering menjadi keruping.
Barulah dikira anak ni tak mampu menjangkiti orang lain.

Asingkan pakaian, tuala, alat untuk makan minum supaya tak bercampur dengan ahli keluarga yang lain.
Read 11 tweets
29 May
Setiap pagi, anak kita akan bangun dengan tenaga baru.

Bila anak asyik terperap dalam rumah, tenaga atau energi tadi tak dapat dilepaskan.
Ini yang menyebabkan anak kita:

✖️ Gelisah sentiasa
✖️ Asyik meragam
✖️ Mood anak jadi tak menentu
✖️ Tidur lewat setiap malam
✖️ Suka kacau ahli keluarga yang lain
Sebab tu, mak ayah wajib bantu anak untuk salurkan tenaga:

✅ Bawa anak bermain depan rumah

✅ Bersenam bersama-sama

✅ Jadikan ada ruang dalam rumah untuk dia berlari, melompat, dan bermain

✅ Buat kerja rumah sama-sama
Read 7 tweets
26 May
Fakta best!

1. Tahukah anda, perempuan ni lebih banyak lemak berbanding lelaki? Lelaki lebih cepat membakar lemak berbanding perempuan tau.
2. Tahukah anda, bakteria pada skrin telefon lebih banyak dari bakteria pada mangkuk tandas. Haaa, seram kan? Pergi lap skrin telefon dengan alkohol cepat. 😁
3. Tahukah anda, dianggarkan 10% penduduk dunia ni bertangan kidal. Genetik merupakan faktor utama seseorang tu boleh bertangan kidal. Cuba angkat tangan siapa yang kidal?

4. Tahukah anda, satu-satunya organ yang akan tumbuh kembali selepas didermakan adalah hati.
Read 11 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(