1. Tahukah anda, perempuan ni lebih banyak lemak berbanding lelaki? Lelaki lebih cepat membakar lemak berbanding perempuan tau.
2. Tahukah anda, bakteria pada skrin telefon lebih banyak dari bakteria pada mangkuk tandas. Haaa, seram kan? Pergi lap skrin telefon dengan alkohol cepat. 😁
3. Tahukah anda, dianggarkan 10% penduduk dunia ni bertangan kidal. Genetik merupakan faktor utama seseorang tu boleh bertangan kidal. Cuba angkat tangan siapa yang kidal?
4. Tahukah anda, satu-satunya organ yang akan tumbuh kembali selepas didermakan adalah hati.
5. Tahukah anda, kuku kita ni terdiri dari sejenis protein bernama keratin dan ianya juga merupakan sel mati yang keluar melalui jari. Sebab tu tak sakit bila dipotong. Oh ya, kuku di jari lagi cepat panjang berbanding kuku kaki tau.
6. Tahukah anda, tahi telinga tu bukanlah tahi.
Ia adalah sejenis peluh. Tujuan tahi telinga ni untuk melindungi kita dari bakteria, debu, kotoran dan air. Ia juga akan melembabkan telinga kita. Tak perlu korek tau, nanti dia akan keluar sendiri.
7. Tahukah anda, satu-satunya otot yang tak pernah letih ialah jantung.
Bak kata Almarhum Ustaz Ismail Kamus, bila kita jalan, jantung kita berjalan. Bila kita berhenti, jantung kita tetap berjalan. Namun bila jantung kita berhenti, kita pula yang akan 'jalan'.
8. Tahukah anda, otak kita ni terbentuk sempurna pada purata usia 26 tahun. Jangan hairan kenapa kita masa muda dulu perangai merepek. Hahaha 🤣
9. Tahukah anda, mimpi terhasil bila aliran sel-sel otak saling 'berlanggaran'.
Tu sebab mimpi kita pelik. Yang lagi pelik, 12% dari kita ni bermimpi dalam keadaan hitam-putih. Dah macam mimpi klasik gitu!
10. Tahukah anda buku Teroka Sains tidak dijual di kedai buku dan dah hampir habis stok? Lambat dapat sold out lagi. So, dapatkan segera sementara stok masih ada.
Nak bacakan pada anak lagi banyak fakta sains best pasal alam semesta, bumi, alam haiwan serta tentang tubuh badan kita? Segera dapatkan buku Teroka Sains 1, 2 dan 3 ya.
Nak anak jadi rapat dengan ayah tak perlu tunggu anak tu dah jadi besar.
Rupa-rupanya, ayah boleh jadi rapat dengan anak sendiri dalam masa 3 hari selepas bayi dilahirkan.
Satu kajian di National Taipei University pada tahun 2016, ayah yang menyentuh dan memeluk bayi pada 3 hari pertama selepas lahir, bayi ni jadi lebih selesa dan selamat dengan ayah.
Bila ayah menyentuh, membelai dan memeluk bayi, hormon oxytocin akan meningkat dalam badan ayah dan bayi.
Hormon oxytocin yang tinggi akan perlahankan pengeluaran hormon stress (catecholamine) dalam badan ayah dan bayi.
“Nafas anak saya tiba-tiba jadi bising sejak pagi tadi. Lepas tu air liur banyak meleleh.”
Bila buat xray, barulah semuanya jelas.
Si kecil ni dah tertelan bateri butang (button battery) rupanya.
Syiling, bateri, butang, pin dan cebisan permainan, ni semua antara benda asing (foreign body) yang selalu kami temui bila mak ayah berkejar ke jabatan kecemasan.
Magnet dan bateri butang dikira objek berisiko tinggi.
Selain tu, ada juga objek yang bertoksik.
Inilah objek yang kalau anak dah tertelan, sangat merisaukan kami.
Bunyi nafas bising dan air liur meleleh tu tandanya objek tadi dah tutup sebahagian dari salur pernafasan.