5 Perkara Yang Ibu Ayah Boleh Buat Segera Jika Anak Anda Terkena Jangkitan Chickenpox.

1) Kalau keadaan anak masih aktif, boleh jaga anak di rumah saja.

Chicken pox ni sangat mudah berjangkit

Jadi elakkan ahli keluarga yang lain dari terdedah pada pengidap chicken pox ni
Tunggu sehingga semua ruam menjadi kering dan tidak ada ruam baru yang muncul.

Selalunya akan ambil masa seminggu untuk ruam tu kering menjadi keruping.
Barulah dikira anak ni tak mampu menjangkiti orang lain.

Asingkan pakaian, tuala, alat untuk makan minum supaya tak bercampur dengan ahli keluarga yang lain.
2) Redakan demam anak dengan ubat demam Paracetamol.

Dos : Syrup Paracetamol 15mg/kg setiap 6 jam.
Jangan guna Aspirin untuk redakan demam anak.

Jika Aspirin diberi pada kanak-kanak yang dijangkiti Chickenpox, ia boleh menyebabkan penyakit Reye’s syndrome yang merosakkan hati dan otak anak.
3) Sapu dengan calamine lotion setiap kali selepas mandi.

Ia akan beri kelembapan dan kelegaan pada kulit anak.
4) Bantu kurangkan kegatalan kulit dengan beri ubat cecair antihistamine untuk dimakan.

Bagi bila perlu dan mesti ikut dos yang dicadangkan sahaja.
5) Potong kuku anak jadi pendek.

Ketika anak menggaru kulit, kuman dari bawah kuku akan masuk ke kawasan ruam dan menyebabkan jangkitan bakteria (secondary infection) pada kulit.
Untuk bayi dan anak kecil, boleh pakaikan sarung tangan (mitten) supaya mereka tak menggaru kulit yang gatal tu.

Untuk kurangkan kesan parut pada kulit, elakkan anak dari mengopek keruping.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Follow TikTok saya sekali ya ▶️ vt.tiktok.com/ZSWCp4WP/

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Redza Zainol

Redza Zainol Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DrRedzaZainol

1 Jun
“Saya risau anak saya belum pandai sebut semua huruf. Membaca suku kata pun tak boleh.”

Wajah ibu penuh dengan kerisauan.

Umur anak dah 7 tahun.

Tahun ni dah darjah 1.

Sebelum buat apa-apa selalunya saya akan tanya dulu di rumah anak suka main apa.
Dia kata anaknya suka tengok Youtube.

Saya mengangguk.

Ini isu seluruh negara.

Mak ayah buntu bila anak ketagih menonton Youtube.

Saya : Berapa jam dia tengok Youtube sehari?

Ibu : Erm, 5 jam.
Saya : 5 jam setiap hari?

Ibunya mengangguk sedikit.

Tabiat ni dia dah biarkan selama 3 tahun.

Yang lagi sedih, konten Youtube yang anak lihat, ibu tak sempat nak pantau.

Saya mula jadi seram.

Dalam hati saya, saya kasihan pada budak tu.

Sedihnya hati ni.
Read 13 tweets
29 May
Setiap pagi, anak kita akan bangun dengan tenaga baru.

Bila anak asyik terperap dalam rumah, tenaga atau energi tadi tak dapat dilepaskan.
Ini yang menyebabkan anak kita:

✖️ Gelisah sentiasa
✖️ Asyik meragam
✖️ Mood anak jadi tak menentu
✖️ Tidur lewat setiap malam
✖️ Suka kacau ahli keluarga yang lain
Sebab tu, mak ayah wajib bantu anak untuk salurkan tenaga:

✅ Bawa anak bermain depan rumah

✅ Bersenam bersama-sama

✅ Jadikan ada ruang dalam rumah untuk dia berlari, melompat, dan bermain

✅ Buat kerja rumah sama-sama
Read 7 tweets
26 May
Fakta best!

1. Tahukah anda, perempuan ni lebih banyak lemak berbanding lelaki? Lelaki lebih cepat membakar lemak berbanding perempuan tau.
2. Tahukah anda, bakteria pada skrin telefon lebih banyak dari bakteria pada mangkuk tandas. Haaa, seram kan? Pergi lap skrin telefon dengan alkohol cepat. 😁
3. Tahukah anda, dianggarkan 10% penduduk dunia ni bertangan kidal. Genetik merupakan faktor utama seseorang tu boleh bertangan kidal. Cuba angkat tangan siapa yang kidal?

4. Tahukah anda, satu-satunya organ yang akan tumbuh kembali selepas didermakan adalah hati.
Read 11 tweets
26 May
Nak anak jadi rapat dengan ayah tak perlu tunggu anak tu dah jadi besar.

Rupa-rupanya, ayah boleh jadi rapat dengan anak sendiri dalam masa 3 hari selepas bayi dilahirkan.
Satu kajian di National Taipei University pada tahun 2016, ayah yang menyentuh dan memeluk bayi pada 3 hari pertama selepas lahir, bayi ni jadi lebih selesa dan selamat dengan ayah.
Bila ayah menyentuh, membelai dan memeluk bayi, hormon oxytocin akan meningkat dalam badan ayah dan bayi.

Hormon oxytocin yang tinggi akan perlahankan pengeluaran hormon stress (catecholamine) dalam badan ayah dan bayi.
Read 9 tweets
25 May
“Nafas anak saya tiba-tiba jadi bising sejak pagi tadi. Lepas tu air liur banyak meleleh.”

Bila buat xray, barulah semuanya jelas.

Si kecil ni dah tertelan bateri butang (button battery) rupanya.
Syiling, bateri, butang, pin dan cebisan permainan, ni semua antara benda asing (foreign body) yang selalu kami temui bila mak ayah berkejar ke jabatan kecemasan.

Magnet dan bateri butang dikira objek berisiko tinggi.

Selain tu, ada juga objek yang bertoksik.
Inilah objek yang kalau anak dah tertelan, sangat merisaukan kami.

Bunyi nafas bising dan air liur meleleh tu tandanya objek tadi dah tutup sebahagian dari salur pernafasan.
Read 10 tweets
24 May
“Kalau sakit, bagitau doktor tau. Kena cakap, jangan diam.”

Saya senyum mendengar nasihat ibu ni pada anak perempuannya.

Itulah hebatnya mak ayah.
Sebab anak sakit, kita sanggup tak tidur malam, sanggup ambil cuti kecemasan, sanggup memandu lewat malam semata-mata nak bawa anak ke hospital.

Senang cakap, demi anak kita sanggup buat apa saja.

Yang kita harapkan, anak jadi sihat dan boleh bermain semula.
Saya nak kongsikan 8 nasihat lain yang mak ayah boleh ajarkan pada anak-anak :

✔️ Jangan berlari sambil pegang objek tajam (gunting, pensel, pen).

Banyak kes anak terjatuh siap tercucuk objek tajam pada mata dan perut.
Read 10 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(