#PeristiwaHariIni : Hari ini 38 tahun yang lalu, permainan video Mario Bros. dilancarkan oleh Nintendo buat pertama kali di Jepun.
Ini adalah bebenang.
Watak Mario dicipta oleh Shigeru Miyamoto dan Gunpei Yokoi pada 1981, asalnya bernama Jumpman yang menjadi karakter utama dalam permainan arked Donkey Kong, di mana Jumpman perlu menyelamatkan kekasihnya yang diculik Donkey Kong.
Bertitik tolak daripada kejayaan Donkey Kong, Miyamoto dan Yokoi mengolah Jumpman menjadi Mario, daripada identiti sebagai seorang tukang kayu kepada tukang paip, dan membangunkan siri khusus untuk watak tersebut.
Kisah popular bagaimana Mario mendapat namanya adalah apabila suatu hari pejabat Nintendo of America diserbu masuk oleh pemilik bangunan tersebut, seorang warga Itali-Amerika bernama Mario Segale, untuk menuntut bayaran sewa.
Mario Bros. menampilkan dua watak, Mario dan adiknya Luigi, yang menyiasat sistem pembetungan bawah tanah New York ekoran kemunculan makhluk aneh di situ. Misi mereka adalah untuk menghapuskan makhluk-makhluk tersebut.
Ada empat musuh utama, Shellcreeper si kura-kura, Sidestepper si ketam, Fighter Fly si lalat dan Slipice yang membekukan permukaan platform. Selain itu ada juga bebola api merah dan hijau sebagai musuh tambahan.
Untuk menghapuskan mereka, Mario atau Luigi perlu menghentam dari bawah platform untuk menterbalikkan mereka, dan sebelum mereka kembali ke posisi asal selepas enam saat, pemain perlu melompat ke atas musuh tersebut.
Ia pertama kali diperkenalkan sebagai permainan arked pada 14 Julai 1983, sebelum diterbitkan untuk konsol Nintendo Entertainment System (NES) dalam Super Mario Bros. pada 1985 yang menjadi antara permainan video terbaik pernah dihasilkan.
Susulan itu, pelbagai lagi sekuel dan ‘spin-off’ diterbitkan, seperti Super Mario Land, Super Mario Bros. 3, dan Super Mario World. Menjelang penghujung 1993, lebih 100 juta permainan video dengan tajuk Mario telah terjual di seluruh dunia.
Dengan musik tema ikonik ciptaan Yukio Kaneoka, siri Mario menjadi antara siri permainan video paling berjaya sepanjang zaman dan Mario diangkat sebagai maskot Nintendo.
#PeristiwaHariIni : Dipercayai lewat hari ini 103 tahun yang lalu, keluarga Romanov telah dibunuh, sekaligus menamatkan sebuah dinasti berusia 300 tahun.
Ini adalah bebenang.
Maharaja terakhir Rusia, Tsar Nicholas II Romanov menaiki takhta pada 1896 di usia 26 tahun apabila bapanya, Tsar Alexander III meninggal dunia. Tidak bersedia dan terlatih secukupnya, Nicholas mewarisi takhta pada waktu genting di Rusia.
Golongan petani dan pekerja mendesak pembaharuan dalam pentadbiran Rusia, daripada raja berkuasa mutlak kepada sistem monarki berperlembagaan. Begitupun, Nicholas tidak mahu mengubah apa-apa yang diwarisi daripada bapanya.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 222 tahun yang lalu, Batu Rosetta telah ditemukan di Mesir.
Ini adalah bebenang.
Ia adalah sejenis batu bertulis seberat hampir 800 kg, setinggi 114 cm, selebar 72 cm dan setebal 28 cm yang merupakan antara artifak terpenting dalam sejarah dunia, kunci yang membuka pintu pengenalan kepada tamadun Mesir Purba.
Batu Rosetta ditemukan secara tidak sengaja ketika kerja-kerja pemulihan Kota Julien, sebuah kubu lama binaan Empayar Uthmaniyah, dekat pekan al-Rashid oleh tentera Perancis yang menduduki Mesir di zaman pemerintahan Napoleon Bonaparte.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 23 tahun yang lalu, Perancis memenangi Piala Dunia FIFA buat kali pertama.
Ini adalah bebenang.
Sebagai tuan rumah bagi temasya edisi 1998, Perancis nyata memiliki segala resepi untuk melakar kegemilangan. Perjalanan bersejarah Les Blues itu bermula apabila ditempatkan dalam Kumpulan C bersama Denmark, Arab Saudi dan Rusia.
Memenangi semua saingan kumpulan, Perancis mara ke pusingan kalah mati untuk berdepan naib juara Kumpulan D, Paraguay di saingan 16 terakhir. Pertemuan sengit itu diakhiri dengan jaringan emas Laurent Blanc pada masa tambahan.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 128 tahun yang lalu, mutiara terkultur pertama dunia dihasilkan oleh Kokichi Mikimoto.
Ini adalah bebenang.
Mikimoto dilahirkan pada 1858 di Toba, Jepun sebagai anak sulung pasangan peniaga mi udon. Pada umur 13 tahun, beliau terpaksa berhenti sekolah untuk menyara adik-adiknya dengan menjual sayur apabila ayahnya meninggal dunia.
Minatnya terhadap mutiara tercetus apabila melihat objek perhiasan itu dikeluarkan daripada tiram yang dibawa naik oleh para penyelam di Ise. Pada 1888, Mikimoto bersama isterinya membuka ladang penternakan tiram di Teluk Ago.
#PeristiwaHariIni : Hari ini tahun lepas, Hagia Sophia dengan rasminya ditukar menjadi sebuah masjid.
Ini adalah bebenang.
Hagia Sophia di Istanbul, Turki asalnya dibina pada 325M di atas tapak kuil pagan oleh Maharaja Byzantine pertama, Constantine I yang mengasaskan kota Constantinople. Anaknya Maharaja Constantius II menaik tarafnya menjadi basilika Kristian Orthodoks pada 360M.
Ia menempuh tiga fasa pembinaan sebelum bentuk seni bina yang terlihat pada hari ini. Hagia Sophia yang pertama berbumbung kayu, namun musnah dibakar pada 404M ketika rusuhan ekoran konflik politik antara keluarga Maharaja Arkadios.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 189 tahun yang lalu, Perang Naning yang tercetus di antara pejuang Melayu pimpinan Dol Said dan British berakhir.
Ini adalah bebenang.
Naning merupakan sebuah wilayah kecil yang berada di persempadanan Negeri Sembilan-Melaka. Ketika penjajahan Belanda, pentadbiran tempatan di Naning tidak diganggu dan mereka hanya perlu membayar 400 gantang padi sebagai ufti kepada Belanda.
Susulan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, berlaku pertukaran wilayah jajahan antara dua negara itu di Kepulauan Melayu, menyaksikan Melaka diserahkan kepada British. British menyangka Naning berada di dalam wilayah Melaka yang dikawal Belanda.