#PeristiwaHariIni : Dipercayai lewat hari ini 103 tahun yang lalu, keluarga Romanov telah dibunuh, sekaligus menamatkan sebuah dinasti berusia 300 tahun.

Ini adalah bebenang.
Maharaja terakhir Rusia, Tsar Nicholas II Romanov menaiki takhta pada 1896 di usia 26 tahun apabila bapanya, Tsar Alexander III meninggal dunia. Tidak bersedia dan terlatih secukupnya, Nicholas mewarisi takhta pada waktu genting di Rusia.

#PeristiwaHariIni
Golongan petani dan pekerja mendesak pembaharuan dalam pentadbiran Rusia, daripada raja berkuasa mutlak kepada sistem monarki berperlembagaan. Begitupun, Nicholas tidak mahu mengubah apa-apa yang diwarisi daripada bapanya.

#PeristiwaHariIni
Kekalahan dahsyat dalam Perang Rusia-Jepun telah mencetuskan Revolusi Rusia pada 1905, yang berakhir apabila Nicholas meluluskan pembentukan dewan perwakilan (Duma) dan menjanjikan perubahan perlembagaan.

#PeristiwaHariIni
Namun apabila beliau membubarkan Duma Pertama kerana bertentangan dengan pendapatnya, ia sekaligus membangkitkan kemarahan rakyat dan menyumbang kepada peningkatan sokongan kepada kumpulan revolusi Bolshevik.

#PeristiwaHariIni
Pada ketika kemelut dalaman belum selesai, Nicholas membawa Rusia ke kancah Perang Dunia Pertama. Kurang bersedia, kekalahan besar kepada Jerman jelas memaparkan kepincangan Rusia di bawah pimpinan Nicholas.

#PeristiwaHariIni
Akhirnya pada Mac 1917, Revolusi Bolshevik tercetus dan memaksa Nicholas melepaskan takhta bulan berikutnya. Dipimpin oleh Vladimir Lenin, Bolshevik merampas kuasa daripada kerajaan sementara sekaligus menubuhkan negara komunis pertama dunia.

#PeristiwaHariIni
Nicholas dan keluarganya hidup tahanan rumah di bawah pengawasan rejim Soviet, dari Tsarkaye Selo, Tobolsk dan akhirnya di Yekaterinburg. Selepas satu mesyuarat sulit, Soviet memutuskan supaya keluarga tersebut dijatuhi hukuman mati.

#PeristiwaHariIni
Lewat malam 16 Julai 1918, seluruh keluarga Romanov dikejutkan dari tidur dan digesa ke bilik bawah tanah rumah tahanan mereka. Di situ kesemua 7 mereka ditembak bertubi-tubi dan ditikam dengan bayonet sehingga mati.

#PeristiwaHariIni
Hanya pada 1979, cebisan mayat keluarga Romanov mula ditemukan di sekitar hutan dekat Yekaterinburg dan disahkan identiti mereka, kecuali anak lelakinya Alexei dan anak perempuannya, Anastasia.

Sumber: History, Wikimedia Commons

#PeristiwaHariIni

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

15 Jul
#PeristiwaHariIni : Hari ini 222 tahun yang lalu, Batu Rosetta telah ditemukan di Mesir.

Ini adalah bebenang.
Ia adalah sejenis batu bertulis seberat hampir 800 kg, setinggi 114 cm, selebar 72 cm dan setebal 28 cm yang merupakan antara artifak terpenting dalam sejarah dunia, kunci yang membuka pintu pengenalan kepada tamadun Mesir Purba.

#PeristiwaHariIni
Batu Rosetta ditemukan secara tidak sengaja ketika kerja-kerja pemulihan Kota Julien, sebuah kubu lama binaan Empayar Uthmaniyah, dekat pekan al-Rashid oleh tentera Perancis yang menduduki Mesir di zaman pemerintahan Napoleon Bonaparte.

#PeristiwaHariIni
Read 10 tweets
14 Jul
#PeristiwaHariIni : Hari ini 38 tahun yang lalu, permainan video Mario Bros. dilancarkan oleh Nintendo buat pertama kali di Jepun.

Ini adalah bebenang. Image
Watak Mario dicipta oleh Shigeru Miyamoto dan Gunpei Yokoi pada 1981, asalnya bernama Jumpman yang menjadi karakter utama dalam permainan arked Donkey Kong, di mana Jumpman perlu menyelamatkan kekasihnya yang diculik Donkey Kong.

#PeristiwaHariIni
Bertitik tolak daripada kejayaan Donkey Kong, Miyamoto dan Yokoi mengolah Jumpman menjadi Mario, daripada identiti sebagai seorang tukang kayu kepada tukang paip, dan membangunkan siri khusus untuk watak tersebut.

#PeristiwaHariIni
Read 10 tweets
12 Jul
#PeristiwaHariIni : Hari ini 23 tahun yang lalu, Perancis memenangi Piala Dunia FIFA buat kali pertama.

Ini adalah bebenang.
Sebagai tuan rumah bagi temasya edisi 1998, Perancis nyata memiliki segala resepi untuk melakar kegemilangan. Perjalanan bersejarah Les Blues itu bermula apabila ditempatkan dalam Kumpulan C bersama Denmark, Arab Saudi dan Rusia.

#PeristiwaHariIni
Memenangi semua saingan kumpulan, Perancis mara ke pusingan kalah mati untuk berdepan naib juara Kumpulan D, Paraguay di saingan 16 terakhir. Pertemuan sengit itu diakhiri dengan jaringan emas Laurent Blanc pada masa tambahan.

#PeristiwaHariIni
Read 10 tweets
11 Jul
#PeristiwaHariIni : Hari ini 128 tahun yang lalu, mutiara terkultur pertama dunia dihasilkan oleh Kokichi Mikimoto.

Ini adalah bebenang.
Mikimoto dilahirkan pada 1858 di Toba, Jepun sebagai anak sulung pasangan peniaga mi udon. Pada umur 13 tahun, beliau terpaksa berhenti sekolah untuk menyara adik-adiknya dengan menjual sayur apabila ayahnya meninggal dunia.

#PeristiwaHariIni
Minatnya terhadap mutiara tercetus apabila melihat objek perhiasan itu dikeluarkan daripada tiram yang dibawa naik oleh para penyelam di Ise. Pada 1888, Mikimoto bersama isterinya membuka ladang penternakan tiram di Teluk Ago.

#PeristiwaHariIni
Read 11 tweets
10 Jul
#PeristiwaHariIni : Hari ini tahun lepas, Hagia Sophia dengan rasminya ditukar menjadi sebuah masjid.

Ini adalah bebenang. Image
Hagia Sophia di Istanbul, Turki asalnya dibina pada 325M di atas tapak kuil pagan oleh Maharaja Byzantine pertama, Constantine I yang mengasaskan kota Constantinople. Anaknya Maharaja Constantius II menaik tarafnya menjadi basilika Kristian Orthodoks pada 360M.

#PeristiwaHariIni
Ia menempuh tiga fasa pembinaan sebelum bentuk seni bina yang terlihat pada hari ini. Hagia Sophia yang pertama berbumbung kayu, namun musnah dibakar pada 404M ketika rusuhan ekoran konflik politik antara keluarga Maharaja Arkadios.

#PeristiwaHariIni
Read 11 tweets
15 Jun
#PeristiwaHariIni : Hari ini 189 tahun yang lalu, Perang Naning yang tercetus di antara pejuang Melayu pimpinan Dol Said dan British berakhir.

Ini adalah bebenang.
Naning merupakan sebuah wilayah kecil yang berada di persempadanan Negeri Sembilan-Melaka. Ketika penjajahan Belanda, pentadbiran tempatan di Naning tidak diganggu dan mereka hanya perlu membayar 400 gantang padi sebagai ufti kepada Belanda.

#PeristiwaHariIni
Susulan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, berlaku pertukaran wilayah jajahan antara dua negara itu di Kepulauan Melayu, menyaksikan Melaka diserahkan kepada British. British menyangka Naning berada di dalam wilayah Melaka yang dikawal Belanda.

#PeristiwaHariIni
Read 10 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(