Tak minat into scene perbalahan individu, tapi boleh ambil peluang ini lebih memahami geo-politik Gaza.
Semenanjung Gaza (Gaza Strip) bersempadanan dengan Israel di belah utara, timur dan barat (laut). Hanya selatan saja bukan bersempadanan dengan Israel tapi dengan Mesir.
"Gaza Strip" merujuk kepada 5 daripada 16 wilayah (muhafazah) di bawah kekuasaan Kerajaan Palestin (Palestinian Authority / PA) yang merangkumi Gaza City (jangan confuse antara dua).
Pada tahun 2007, berlaku perpecahan antara parti Fatah dan Hamas dalam PA.
Sejak itu, Tebing Barat dikuasai oleh Fatah dan Gaza dikuasai oleh Hamas.
Disebabkan Hamas lebih keras dalam perjuangan menentang Israel, penguasaan Hamas ke atas Gaza tak disenangi Israel. Maka Israel melancarkan sekatan ke atas Gaza dari semua arah.
Mesir di bawah pemerintahan Hosni Mubarak ketika itu pun tak senang dengan Hamas. Maka Mesir menutup Pintu Rafah yang merupakan check point utama sempadan Mesir-Gaza.
Selepas Mubarak digulingkan pada 2011, Presiden Mohamed Morsi buka semula Pintu Rafah.
Dan selepas Morsi digulingkan pada 2013, Sisi tutup Rafah semula. Ada masa dibuka, tapi lebih banyak masa ditutup.
Tapi apa pun, nak masuk Mesir memang kena dapat kebenaran Mesir. Dan Mesir pun guna Rafah ni sebagai "bargaining chip" dalam perundingan dengan autoriti Palestin (baik Fatah atau Hamas). Kalau nak buka Rafah, ada syaratnya. Fatah pun nak control balik Rafah.
Jadi sempadan Mesir-Gaza bukan sebarang sempadan, tapi berkait rapat dengan politik empat hala antara Mesir, Israel, Fatah dan Hamas. Penuh sensitiviti dan ada "protokol" yang perlu diikuti.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Olimpik Tokyo 2020 membuka tirai malam ini. Penonton tak dibenarkan hadir, menjadikan Olimpik ini Olimpik paling sendu dalam sejarah.
Semasa Tokyo diumumkan sebagai penganjur Olimpik 2020, satu Jepun excited. Hari ini, lebih 80% orang Jepun tak sokong Olimpik diteruskan.
Olimpik Tokyo 2020 asalnya dijadualkan pada 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tapi ditundakan atas sebab penularan COVID. Setahun dah berlalu, COVID masih belum reda, malah Jepun tengah mengalami gelombang ke-4.
Jangkitan juga berlaku di kalangan rombongan atlet (106 kes), dikhuatiri akan mencetuskan gelombang jangkitan baharu selepas rombongan ni pulang ke negara masing-masing (naudzubillah).
Yang aku confident nak ulas ni geopolitik rantau Asia Timur sebab aku mahir bahasa diorang. Rantau lain tau sikit2 tapi tak berani lah nak mengaku expert.
Kalau perasan, aku tak ambil port debat isu agama sebab aku bukan pakar bidang tu, tak pernah dapat training dalam memahami hukum dan tafsir kitab.
Tapi kalau pasal sejarah bagaimana agama mempengaruhi politik & budaya sesebuah negara, yang tu aku boleh ulas. Nampak beza?
A parallel example would be the Vietnamese civilization.
Before the introduction of the Latin script by the French, the Vietnamese used Chinese script for their language. And a lot of words are borrowed from Chinese, like "civilization" (văn minh, from Chinese "wen ming").
But despite the prevalence of Chinese loanwords, there are native words like "người" (people), "núi" (mountain) etc.
So does the Korean. There are a lot of Chinese loanwords, but words like "saram" (people), "sarang" (love), "nara" (country) are native Korean words.
The same goes for the Malay language. While there are a lot of loanwords from Sanskrit, Arabic, Portuguese, Dutch, English, Chinese and even Gujarati ("hartal"), be mindful there are even more native Malay words like orang, hutan, mata, hari, gunung, laut and so forth.
Walaupun gambar ni 'exaggerated', tapi secara tradisinya England/Britain adalah negara yang paling dibenci di Eropah, dalam atau luar padang bola.
Selain "hooliganism" fans England, ia juga disebabkan oleh reputasi England sebagai "perfidious Albion" (the treacherous England).
Dalam French dipanggil "la perfide Albion". German, "das perfide Albion". Italian, "la perfida Albione".
"Albion" adalah nama Britain dalam Greek klasik, dan selalu diguna bagi merujuk kepada England terutamanya (Britain dibahagikan kepada England, Wales & Scotland).
Kenapa "perfidious"? Sebab dalam sejarah, England/Britain dah banyak kali mengkhianati negara Eropah yang lain.
Pada 4 Julai 1776, 13 jajahan British di Amerika Utara mengemukakan Declaration of Independence, menjadi jajahan British pertama yang merdeka.
Selepas 150 tahun, jajahan ini mengatasi bekas tuannya sebagai negara paling berkuasa.
Sebelum merdeka, US merupakan 13 jajahan yang didirikan oleh British di Amerika Utara.
Penduduknya berasal dari Britain, nama-nama tempat pun dinamakan ikut kampung asal diorang (New York, New Jersey, New Hampshire semua tu merujuk kepada York, Jersey, Hampshire di Britain).
Selepas Perang Tujuh Tahun (1756-1763) dengan Perancis, kerajaan British di London memperkenalkan banyak cukai baharu di 13 jajahan bagi menampung kos perang. Itu menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk 13 jajahan.
Salah satu sebab England, Scotland, Wales & Northern Ireland main bola sepak secara asing-asing ialah sejarah pembentukan negara United Kingdom itu sendiri.
Walaupun atas nama "United", tapi hakikatnya tak ada "sense of unity" di kalangan 4 entiti ini.