Olimpik Tokyo 2020 membuka tirai malam ini. Penonton tak dibenarkan hadir, menjadikan Olimpik ini Olimpik paling sendu dalam sejarah.
Semasa Tokyo diumumkan sebagai penganjur Olimpik 2020, satu Jepun excited. Hari ini, lebih 80% orang Jepun tak sokong Olimpik diteruskan.
Olimpik Tokyo 2020 asalnya dijadualkan pada 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tapi ditundakan atas sebab penularan COVID. Setahun dah berlalu, COVID masih belum reda, malah Jepun tengah mengalami gelombang ke-4.
Jangkitan juga berlaku di kalangan rombongan atlet (106 kes), dikhuatiri akan mencetuskan gelombang jangkitan baharu selepas rombongan ni pulang ke negara masing-masing (naudzubillah).
Habis tu kenapa tak cancel atau tangguh lagi?
Hanya Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ada kuasa cancel Sukan Olimpik. Kalau negara penganjur nak cancel secara unilateral, itu dikira melanggari perjanjian dan semua kerugian akan ditanggung oleh negara penganjur sendiri.
Dalam sejarah, Olimpik hanya pernah cancel pada 1916, 1940 dan 1944, semua semasa Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan Kedua (1939-1945).
Dan untuk kali ini, IOC ketegaq tak nak cancel sebab COVID dianggap tak sebahaya perang. Ini menjadikan Thomas Bach, pengerusi IOC sebagai orang yang paling dibenci di Jepun pada saat ini.
Sebenarnya IOC pun ada pertimbangan dia juga. Dari segi kebajikan atlet, cancel atau tunda akan menjejaskan karier berpuluh ribu atlet. Selagi boleh buat, memang kena buat.
Kerajaan Jepun sendiri pun tak ada "political will" untik cancel atau tunda. Penundaan dari 2020 ke 2021 dah mendatangkan berbilion-bilion kos tambahan. Ketiadaan penonton asing bermaksud sektor rantaian seperti penerbangan, perhotelan dan pelancongan tak akan dapat untung.
Dah sah rugi, takkan nak tanggung lagi kos tambahan. Alang-alang dah invest, buat je lah.
Jadi dari sudut pandang kerajaan Jepun, ditelan pahit dibuang sayang. The show must go on.
Dalam kajian ekonomi, ini dipanggil "sunk cost fallacy".
Perseturuan geopolitik antara Jepun-China juga mempengaruhi pertimbangan kerajaan Jepun. Olimpik Musim Sejuk akan diadakan pada tahun depan di Beijing. Jadi Jepun tak kan nak nampak lemah di depan China, walaupun memang nampak kelam-kabut dan tak terurus Olimpik kali ini.
Niat asal Jepun nak jadi tuan rumah Olimpik 2020 adalah untuk menunjukkan "Japan Is Back", selepas 20 tahun (1993-2013) ketidakstabilan politik dan ekonomi yang dikenali sebagai "Lost 20 Years" atau 失われた二十年 (Ushinawareta Nijuunen).
Jepun mula menampakkan pemulihan di bawah pemerintahan Shinzo Abe (2012-2020). Jadi Abe cuba nak guna Olimpik untuk mewujudkan "feel-good factor" di kalangan orang Jepun.
Orang Jepun masih bernostalgia dengan Olimpik Tokyo 1964. Waktu tu Jepun menjadi negara Asia pertama yang menganjurkan Olimpik, dan Olimpik kali itu adalah satu kejayaan yang dipuji dunia. Itu membantu Jepun pulih daripada trauma WW2.
4 tahun selepas Olimpik 1964, Jepun memintas Jerman Barat menjadi ekonomi kedua besar selepas US.
Jadi Abe nak guna Olimpik 2020 untuk membolehkan Jepun "bangkit" sekali lagi. Tapi siapa pun tak sangka COVID melanda tepat pada 2020. Ekonomi kembali negatif, Abe pun stress sampai letak jawatan.
Dalam metafizik Asia Timur, ada sesuatu dipanggil 国運 ("kokuun"), yang boleh diterjemahkan sebagai "fortune" negara. Apabila kokuun tengah 隆盛 ("ryūsei", mengembang), buat apa pun boleh berjaya.
Tapi kalau kokuun tengah 衰退 ("suitai", merosot), berusaha keras macam mana pun akan gagal. Keadaan Jepun sekarang membuat orang hairan adakah ia telah kehabisan kokuun.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Yang aku confident nak ulas ni geopolitik rantau Asia Timur sebab aku mahir bahasa diorang. Rantau lain tau sikit2 tapi tak berani lah nak mengaku expert.
Kalau perasan, aku tak ambil port debat isu agama sebab aku bukan pakar bidang tu, tak pernah dapat training dalam memahami hukum dan tafsir kitab.
Tapi kalau pasal sejarah bagaimana agama mempengaruhi politik & budaya sesebuah negara, yang tu aku boleh ulas. Nampak beza?
A parallel example would be the Vietnamese civilization.
Before the introduction of the Latin script by the French, the Vietnamese used Chinese script for their language. And a lot of words are borrowed from Chinese, like "civilization" (văn minh, from Chinese "wen ming").
But despite the prevalence of Chinese loanwords, there are native words like "người" (people), "núi" (mountain) etc.
So does the Korean. There are a lot of Chinese loanwords, but words like "saram" (people), "sarang" (love), "nara" (country) are native Korean words.
The same goes for the Malay language. While there are a lot of loanwords from Sanskrit, Arabic, Portuguese, Dutch, English, Chinese and even Gujarati ("hartal"), be mindful there are even more native Malay words like orang, hutan, mata, hari, gunung, laut and so forth.
Tak minat into scene perbalahan individu, tapi boleh ambil peluang ini lebih memahami geo-politik Gaza.
Semenanjung Gaza (Gaza Strip) bersempadanan dengan Israel di belah utara, timur dan barat (laut). Hanya selatan saja bukan bersempadanan dengan Israel tapi dengan Mesir.
"Gaza Strip" merujuk kepada 5 daripada 16 wilayah (muhafazah) di bawah kekuasaan Kerajaan Palestin (Palestinian Authority / PA) yang merangkumi Gaza City (jangan confuse antara dua).
Pada tahun 2007, berlaku perpecahan antara parti Fatah dan Hamas dalam PA.
Sejak itu, Tebing Barat dikuasai oleh Fatah dan Gaza dikuasai oleh Hamas.
Disebabkan Hamas lebih keras dalam perjuangan menentang Israel, penguasaan Hamas ke atas Gaza tak disenangi Israel. Maka Israel melancarkan sekatan ke atas Gaza dari semua arah.
Walaupun gambar ni 'exaggerated', tapi secara tradisinya England/Britain adalah negara yang paling dibenci di Eropah, dalam atau luar padang bola.
Selain "hooliganism" fans England, ia juga disebabkan oleh reputasi England sebagai "perfidious Albion" (the treacherous England).
Dalam French dipanggil "la perfide Albion". German, "das perfide Albion". Italian, "la perfida Albione".
"Albion" adalah nama Britain dalam Greek klasik, dan selalu diguna bagi merujuk kepada England terutamanya (Britain dibahagikan kepada England, Wales & Scotland).
Kenapa "perfidious"? Sebab dalam sejarah, England/Britain dah banyak kali mengkhianati negara Eropah yang lain.
Pada 4 Julai 1776, 13 jajahan British di Amerika Utara mengemukakan Declaration of Independence, menjadi jajahan British pertama yang merdeka.
Selepas 150 tahun, jajahan ini mengatasi bekas tuannya sebagai negara paling berkuasa.
Sebelum merdeka, US merupakan 13 jajahan yang didirikan oleh British di Amerika Utara.
Penduduknya berasal dari Britain, nama-nama tempat pun dinamakan ikut kampung asal diorang (New York, New Jersey, New Hampshire semua tu merujuk kepada York, Jersey, Hampshire di Britain).
Selepas Perang Tujuh Tahun (1756-1763) dengan Perancis, kerajaan British di London memperkenalkan banyak cukai baharu di 13 jajahan bagi menampung kos perang. Itu menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk 13 jajahan.
Salah satu sebab England, Scotland, Wales & Northern Ireland main bola sepak secara asing-asing ialah sejarah pembentukan negara United Kingdom itu sendiri.
Walaupun atas nama "United", tapi hakikatnya tak ada "sense of unity" di kalangan 4 entiti ini.