Pada 4 Julai 1776, 13 jajahan British di Amerika Utara mengemukakan Declaration of Independence, menjadi jajahan British pertama yang merdeka.
Selepas 150 tahun, jajahan ini mengatasi bekas tuannya sebagai negara paling berkuasa.
Sebelum merdeka, US merupakan 13 jajahan yang didirikan oleh British di Amerika Utara.
Penduduknya berasal dari Britain, nama-nama tempat pun dinamakan ikut kampung asal diorang (New York, New Jersey, New Hampshire semua tu merujuk kepada York, Jersey, Hampshire di Britain).
Selepas Perang Tujuh Tahun (1756-1763) dengan Perancis, kerajaan British di London memperkenalkan banyak cukai baharu di 13 jajahan bagi menampung kos perang. Itu menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk 13 jajahan.
Penduduk jajahan berpecah kepada "Loyalists" yang kekal sokong kerajaan British dan "Patriots" yang menentang kerajaan.
Pada April 1775, Patriots mengangkat senjata di Lexington dan Concord (di jajahan Massachusetts), menandakan permulaan Perang Revolusi Amerika.
Selepas peristiwa di Lexington, wakil-wakil daripada 13 jajahan menubuhkan Continental Congress bagi membincangkan strategi kebangkitan. George Washington dilantik sebagai ketua tentera.
Pada asalnya, Congress masih setia pada Raja. Tapi respon Raja George III yang dingin (melabel Patriots sebagai pemberontak) membuat diorang decide untuk merdeka.
Congress mengamanahkan Thomas Jefferson, John Adams dan Benjamin Franklin untuk menulis pengisytiharan kemerdekaan.
Dalam Declaration, pemimpin Patriots cuba justify pemberontakan mereka dengan memetik falsafah John Locke yang femes ketika itu, iaitu kerajaan terdiri atas "consent of the governed" untuk menjaga "life, liberty & property" rakyat. Sekiranya gagal, rakyat ada "right to revolt".
Cuma masih menjadi misteri kenapa "property" ditukar jadi "the pursuit of happiness". Ayat ni kira macam Pancasila atau Rukun Negara di US, presiden dan ahli politik kerap sebut ayat ni dalam ucapan diorang.
Matlamat Patriots bukan nak menggulingkan kerajaan di London tapi mohon cerai daripada British, dirikan "United States of America" yag merujuk kepada gabungan 13 jahahan.
Dalam BM panggil Amerika "Serikat"/"Syarikat". Syarikat di sini bukan bermaksud "company" tapi persatuan.
Declaration pada 4 Julai 1776 tidak automatik menjadikan US negara merdeka. Pada 1783, baru British give up harapan untuk menundukkan pemberontak, dan mengiktiraf kedaulatan US dalam Treaty of Paris.
Ramai Loyalists berpindah ke Kanada yang masih diperintah oleh British.
Kejayaan kemerdekaan US memberi kejutan. Di Britain dan Perancis, orang tuntut nak jadi republik macam US. Jajahan Sepanyol & Portugis pun bangkit menuntut kemerdekaan, seperti Mexico (merdeka 1821) & Gran Colombia (1819) yang berpecah jadi Colombia, Venezuela, Ecuador, Panama.
US selepas merdeka pun tak duduk diam. US berperang dengan peribumi (Red Indians) dan Mexico untuk meluaskan jajahannya. 13 negeri berkembang jadi 50 negeri.
Negeri ke-50 iaitu Hawaii pada asalnya ada kerajaan sendiri, diperintah oleh raja/ratu dari Dinasti Kalakaua. US invade dan menggulingkan kerajaannya pada tahun 1893.
Dengan tanahnya yang luas, kedudukannya yang strategik (mencapai dua lautan), selera US jadi makin besar. Pada 1898, US berperang dengan Sepanyol, merampas Guam, Filipina dan Puerto Rico. US muncul sebagai kuasa imperial yang baharu.
Sementara itu, ekonomi US pun mengatasi Britain. Selepas penglibatan dalam WW1 (1914-1918) dan WW2 (1939-1945), US menggantikan Britain sebagai kuasa dominan dunia. Bekas tuannya pula jadi pengikutnya.
Semasa US baru-baru merdeka, tak ramai sangka ia akan bangkit sebagai kuasa dunia. Malah untuk 100 tahun pertama, politik US tidak stabil dan mempunyai pelbagai masalah sehingga mencetuskan Perang Saudara 1861-1865.
Tapi itulah sejarah dunia yang penuh dengan surprise.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Salah satu sebab England, Scotland, Wales & Northern Ireland main bola sepak secara asing-asing ialah sejarah pembentukan negara United Kingdom itu sendiri.
Walaupun atas nama "United", tapi hakikatnya tak ada "sense of unity" di kalangan 4 entiti ini.
Negara Barat/Eropah macam UK ni mereka memasuki fasa negara (state) lebih awal. Lepas jadi negara, mereka mula memperluaskan kuasa, menjajah negara lain untuk memperkayakan mereka sendiri.
Ini dunia tahun 1914, sebelum berlaku Perang Dunia Pertama. Nampak tak negara2 Eropah ni hampir menguasai satu dunia?
UK sendiri menguasai 1/3 dunia, bukan secara politik malah ekonomi. Sumber asli di Afrika, India, Tanah Melayu semua dijarah bagi menjana kekayaan UK.
Struktur kerajaan Abbasiyah berbeza sikit dengan Umayah (661-750).
Umayah adalah "centralized caliphate". Khalifah sebagai pemerintah tertinggi berkuasa penuh. Khalifah melantik "amir" sebagai gabenor bagi wilayah bawah kekuasaan Umayah.
Abbasiyah pula adalah "decentralized caliphate". Kuasa khalifah terbatas kepada ibu kota (Baghdad), manakala wilayahnya dikuasai oleh penguasa yang bergelar sultan (bermula dengan Mahmud dari Ghaznavid).
Kerajaan sultan-sultan ni merdeka tapi "berbaiah" kepada khalifah.
Right-wing dalam politik Israel adalah mereka yang lebih keras dalam isu Palestin.
Berbeza dengan centre-left & centrist yang sokong "two-state solution", parti-parti right-wing menentang kewujudan negara Palestin langsung, dan nak teruskan penempatan haram di Tebing Barat.
Cuma kali ni, parti dari haluan berbeza masing-masing bersatu nak jatuhkan Netanyahu, kecuali parti-parti penyokong Netanyahu mati keras (Religious Zionist, Shas, UTJ) dan Joint List (parti Arab) yang benci Netanyahu, tapi juga tak selesa dengan Bennett.