Walaupun gambar ni 'exaggerated', tapi secara tradisinya England/Britain adalah negara yang paling dibenci di Eropah, dalam atau luar padang bola.

Selain "hooliganism" fans England, ia juga disebabkan oleh reputasi England sebagai "perfidious Albion" (the treacherous England).
Dalam French dipanggil "la perfide Albion". German, "das perfide Albion". Italian, "la perfida Albione".

"Albion" adalah nama Britain dalam Greek klasik, dan selalu diguna bagi merujuk kepada England terutamanya (Britain dibahagikan kepada England, Wales & Scotland).
Kenapa "perfidious"? Sebab dalam sejarah, England/Britain dah banyak kali mengkhianati negara Eropah yang lain.
Contoh macam semasa Perang Tujuh Tahun (1756-1763), Britain pergi cucuk Prussia (Jerman hari ini) untuk sama-sama berperang dengan Perancis dan Austria. Tapi last-last Britain sendiri pergi berdamai dengan Perancis, tinggalkan Prussia bingung seorang-seorang.
Semasa permulaan WW2 (1939-1945), apabila Britain-Perancis hampir dikalahkan oleh Jerman di Dunkirk, Britain tinggalkan Perancis seorang-seorang. Perancis surrender. Britain selamat.
Itali pun pernah rasa perfidy Britain. Semasa WW1 (1914-1918), Britain berjanji kepada Itali ia akan dapat banyak tanah kalau join pakatan Britain-Perancis, nak pujuk Itali keluar pakatan Jerman-Austria. Tapi selepas perang tamat, satu habuk pun Itali tak dapat.
Dari perspektif negara Eropah, Britain adalah pengkhianat. Tapi dari perspektif Britain, diorang tak khianat, diorang hanya menjaga kepentingan negara. "We have no permanent enemies, and no permanent friends, only permanent interests" tu ayat keramat orang England/Britain.
Track record Britain yang tak pegang kepada janji dan tak setia kepada rakan ni membuat Britain tak diterima ke dalam Kesatuan Eropah (EU) pada asalnya, yang dikenali sebagai Komuniti Ekonomi Eropah (EEC).
Charles de Gaulle, presiden Perancis dari tahun 1959-1969 guna kuasa veto dia halang kemasukan Britain ke dalam EEC. Sebab dia tak percaya Britain. Selepas de Gaulle tak jadi presiden, baru Britain diterima masuk pada tahun 1973.
Last-last sangkaan de Gaulle betul. Britain jadi negara pertama yang meninggalkan EU ("Brexit"). Yang negara EU lagi bengang, Britain keluar EU tapi stay dalam UEFA. Kata tak nak mengaku Eropah. Masuk final pulak tu.
Sebab itu ketua kerajaan EU, Ursula von der Leyen (orang Jerman) dah bagitau siap-siap dia sokong Itali untuk final kali ini. Jarang EU take side dalam bola. Bukan pasal bola sangat, tapi memang sakit hati dengan Britain/England.
Manakala PM Britain, Boris Johnson harap kemenangan England akan menguatkan lagi nasionalisme Britain pasca Brexit. Cuma bagi ramai orang Scotland & Wales (yang juga sebahagian daripada Britain), kemenangan England tak ada kaitan dengan diorang, tak ada apa perlu dibanggakan.
Diorang masih anggap England sebagai "penjajah" (Britain dibentuk melalui penaklukan England ke atas Wales pada 1283 & penggabungan dengan Scotland pada 1707). Sebab tu ada gerakan kemerdekaan Scotland, Wales bagai. Diorang pun harap England dimalukan di padang sendiri.
Tapi tak kisahlah England atau Itali yang memang, yang pasti lagu BTS tetap akan dimainkan semasa final nanti.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ayman Rashdan Wong

Ayman Rashdan Wong Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AymanRashdanW

4 Jul
4 Julai disambut sebagai Hari Kemerdekaan US.

Pada 4 Julai 1776, 13 jajahan British di Amerika Utara mengemukakan Declaration of Independence, menjadi jajahan British pertama yang merdeka.

Selepas 150 tahun, jajahan ini mengatasi bekas tuannya sebagai negara paling berkuasa.
Sebelum merdeka, US merupakan 13 jajahan yang didirikan oleh British di Amerika Utara.

Penduduknya berasal dari Britain, nama-nama tempat pun dinamakan ikut kampung asal diorang (New York, New Jersey, New Hampshire semua tu merujuk kepada York, Jersey, Hampshire di Britain).
Selepas Perang Tujuh Tahun (1756-1763) dengan Perancis, kerajaan British di London memperkenalkan banyak cukai baharu di 13 jajahan bagi menampung kos perang. Itu menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk 13 jajahan.
Read 16 tweets
21 Jun
Salah satu sebab England, Scotland, Wales & Northern Ireland main bola sepak secara asing-asing ialah sejarah pembentukan negara United Kingdom itu sendiri.

Walaupun atas nama "United", tapi hakikatnya tak ada "sense of unity" di kalangan 4 entiti ini.
Asalnya di England, Scotland, Wales dan Northern Ireland ada banyak kerajaan.

Orang England berasal dari rumpun bangsa "Anglo-Saxon", manakala orang Scotland, Wales dan Ireland adalah peribumi berumpun "Celtic".
Anglo-Saxon adalah pendatang dari utara Jerman (sebab tu Bahasa Inggeris banyak sama dengan Jerman) yang terdiri daripada Angle, Saxon & Jute.

Angle mendirikan kerajaan East Anglia, Mercia, Northumbria. Saxon membina Essex, Sussex, Wessex. Jute membina Kent.
Read 17 tweets
7 Jun
Nak faham persoalan macam ni kena ada "historical thinking skills".

Orang ada skill ni kalau aku sebut tahun 1814, dia dapat bayangkan rupa dunia waktu tu.

1814, UK dah jadi industrial empire. Negara "Malaysia" tak wujud lagi.

Bukan salah Malaysia. Starting point tak sama.
Negara Barat/Eropah macam UK ni mereka memasuki fasa negara (state) lebih awal. Lepas jadi negara, mereka mula memperluaskan kuasa, menjajah negara lain untuk memperkayakan mereka sendiri.
Ini dunia tahun 1914, sebelum berlaku Perang Dunia Pertama. Nampak tak negara2 Eropah ni hampir menguasai satu dunia?

UK sendiri menguasai 1/3 dunia, bukan secara politik malah ekonomi. Sumber asli di Afrika, India, Tanah Melayu semua dijarah bagi menjana kekayaan UK.
Read 14 tweets
5 Jun
Tengok ramai orang Malaysia terkejut.

Tak perlu terkejut, Korea Utara & Palestin memang brothers sejak dulu lagi. Ni Kim Il-sung (atuk Kim Jong-un) bersama Arafat pengasas Fatah.

KorUt pun ada supply Hamas dengan senjata seperti Bulsae-2 (peluru berpandu anti kereta kebal).
Semasa Perang Dingin (1948-1991) antara US dan USSR (Rusia hari ini), konflik Israel-Palestin juga menjadi konflik proksi US-USSR.

Disebabkan US sokong Israel, maka USSR dan negara sekutunya sokong Palestin.

Dalam peta:
Merah, pink = sekutu USSR
Biru = sekutu US
Sebab tu Turki iktiraf Israel sejak 1949. Turki sekutu US, join NATO bagi lawan USSR.

Dan Turki anggap isu Palestin tu isu orang Arab. Turks tak yah ambil port.

Tak ada kaitan dengan sekularisme Ataturk, sebab di bawah Menderes yang Islamik pun hubungan Turki-Israel baik.
Read 11 tweets
4 Jun
"Sultan" secara umum bermaksud penguasa/pemerintah. Dalam Bahasa Ibrani (Yahudi) pun ada perkataan "shilton".

Itu maksud sultan dalam Qur'an & hadis.

Sultan sebagai gelaran khas mula dipakai oleh Mahmud dari Ghaznavid pada tahun 999, ketika Khilafah Abbasiyah (750-1258). Image
Struktur kerajaan Abbasiyah berbeza sikit dengan Umayah (661-750).

Umayah adalah "centralized caliphate". Khalifah sebagai pemerintah tertinggi berkuasa penuh. Khalifah melantik "amir" sebagai gabenor bagi wilayah bawah kekuasaan Umayah.
Abbasiyah pula adalah "decentralized caliphate". Kuasa khalifah terbatas kepada ibu kota (Baghdad), manakala wilayahnya dikuasai oleh penguasa yang bergelar sultan (bermula dengan Mahmud dari Ghaznavid).

Kerajaan sultan-sultan ni merdeka tapi "berbaiah" kepada khalifah.
Read 6 tweets
3 Jun
Kerajaan "perpaduan" akan dibentuk menerusi gabungan parti selain Likud, Religious Zionist, Shas, UTJ dan Joint List.

Bennett dari Yamina akan jadi PM dulu, diikuti oleh Lapid.

Walaupun Netanyahu bakal jatuh, ramai risau dengan Bennett yang lebih right-wing.
Right-wing dalam politik Israel adalah mereka yang lebih keras dalam isu Palestin.

Berbeza dengan centre-left & centrist yang sokong "two-state solution", parti-parti right-wing menentang kewujudan negara Palestin langsung, dan nak teruskan penempatan haram di Tebing Barat.
Cuma kali ni, parti dari haluan berbeza masing-masing bersatu nak jatuhkan Netanyahu, kecuali parti-parti penyokong Netanyahu mati keras (Religious Zionist, Shas, UTJ) dan Joint List (parti Arab) yang benci Netanyahu, tapi juga tak selesa dengan Bennett.
Read 6 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(