Saya terima satu panggilan dari Jabatan Kecemasan.

Seorang kanak-kanak datang disebabkan nafasnya laju beserta demam tinggi dan batuk.
Selepas diteliti, kanak-kanak ni memenuhi kriteria sebagai pesakit SARI (Severe Acute Respiratory Infection).

Nama lainnya ialah jangkitan pernafasan akut teruk.
Menurut polisi Kementerian Kesihatan Malaysia, pesakit SARI perlu dimasukkan ke wad isolasi dan disaring untuk Covid-19.

Apa-apa maklumat tambahan saya perlu dapatkan dari ibu pesakit melalui panggilan telefon.
Macam-macam soalan sudah saya tanya pada si ibu sampailah saya tanya, “Puan bekerja?”

“Saya suri rumah je.”

Saya diam.

“Puan, suri rumah tu kerja paling susah di dunia.”
Dia iyakan sambil ketawa kecil.

Dalam otak ni, suara ibu yang kata dia cuma suri rumah berputar tak berhenti.

Dari tangan suri rumahlah, lahirnya guru, pemandu, akauntan, peniaga, ustaz dan bermacam lagi.
Suami yang keluar rumah dan cemerlang di tempat kerja, percayalah ada isteri yang menguruskan hampir semua kerja di rumah.

- Mandikan anak
- Tidurkan anak
- Cuci baju
- Memasak
- Tukar pampers anak
- Lipat baju
- Jaga seluruh isi rumah

Itulah suri rumah.

Diuruskan sehabis baik supaya suami tenang ke tempat kerja.
Di hujung perbualan, saya kata puan beruntung jadi suri rumah.

Sekarang PKP semua mak ayah teringin kalau mereka boleh kerja di rumah dan uruskan anak kecil dan anak yang bersekolah secara online.

Dalam hati ni, berbanggalah dengan kerja kalian sebagai suri rumah.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Follow TikTok saya sekali ya ▶️ bit.ly/TikTokDrRedzaZ…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Redza Zainol

Redza Zainol Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DrRedzaZainol

24 Jul
😨 Pernah tengok rupa anak yang ketagih gajet?

👉 Sehari melekat pada gajet sampai 5 jam sehari.
⛔ Mata anak asyik meliar tanpa fokus.

⛔ Fikiran asyik terganggu.

⛔ Perlu terima arahan berkali-kali.
⛔ Tak dapat selesaikan tugasan yang diberi. Fokus sangat mudah terganggu.

⛔ Ambil masa terlalu lama untuk buat 1 tugasan.
Read 6 tweets
23 Jul
“Panasnya badan baby ni.”

Bayi umur sebulan ni dah 2 hari demam.

Sedikit lemah tapi masih nak menyusu.

Maknya kata dia baru tahu ada saudara mara yang datang melawat bayi ni, disahkan positif jangkitan Covid-19.
Lepas disaring rupanya bayi tu pun dah terkena jangkitan Covid.

Ada beberapa perkara ni, tak perlu buat kalau pergi melawat bayi.
✔ Kalau nampak bayi yang baru lahir, tak perlu nak main cak cak dengan bayi tu.

Dia belum pandai lagi nak main cak cak.

Mata bayi tu baru boleh tengok bayang-bayang je.
Read 11 tweets
28 Jun
Kanak-kanak lelaki usia 6-13 tahun akan mula alami perubahan ketara.

1) Timbul karakter yang lebih maskulin.

- suka main lawan-lawan
- suka buat bising
- suka bergusti
- tiru aksi superhero
2) Tertarik kepada lelaki lain yang lebih dewasa.

Boleh jadi ayah, pakcik, datuk atau saudara lelaki yang lain.

Pada usia 6-13 tahun, ayah menjadi lebih penting di mata anak lelaki.

Anak mula berminat untuk belajar bagaimana untuk menjadi seorang lelaki.
Di sinilah dia akan tercari-cari siapakah idola lelaki dewasanya.

Jika lelaki dewasa itu ialah ayahnya, dia akan mula mendekati, belajar dan meniru setiap kelakuan si ayah.

Seolah-olah dia memuat turun “software” dari ayahnya dan masuk ke dalam otak kanak-kanak lelaki tu.
Read 8 tweets
26 Jun
Mata saya terpaku pada ayah dan anak ni.

Mereka tengah menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor.

Masing-masing sedang tekun membaca buku.

Jujur cakap, jarang nak nampak seorang ayah membaca buku ketika menunggu.
Anak kecil kita ni nampak je muka macam tak tahu apa-apa.

Tapi apa yang mereka lihat walaupun cuma 1 kali, ia jauh lebih berkesan daripada mendengar nasihat yang diulang 100 kali.
Di klinik, ada mak mengadu anak makan nugget setiap hari.

Dia sendiri mengaku nugget tu tak bagus.

Tapi bila ditanya, dialah yang beli berpeket-peket dan simpan dalam peti ais.
Read 8 tweets
19 Jun
Semalam dah pukul 10 malam, masih boleh dengar budak bertiga tu bercakap sesama diorang.

Badan ni rasa nak melayang dah.

Tapi saya keluar bilik kejap, duduk depan budak-budak tu dan peluk setiap seorang.
Sebelum budak-budak tu baring, saya tanya gembira ke hari ni.

Masing-masing mata terus terbeliak cakap memang happy.

Aduh tertanya salah soalan pula.

Cepat-cepat saya selimutkan dan suruh anak-anak tutup mata tidur.
Bila masuk ke bilik saya cakap kat isteri, penatnya hari ni.

Yang seorang asyik nangis nak minta makan kek.

Yang seorang asyik naik angin takut lambat sampai ke rumah nenek untuk berbuka puasa.
Read 9 tweets
18 Jun
Buat 10 perkara ni kalau nak anak membesar dengan kesihatan emosi yang sihat.

1. Pandang mata dan letak phone ke tepi bila bercakap dengan anak.

2. Selalu peluk cium semua anak tanpa pilih kasih.
3. Gunakan nada suara yang rendah bila bercakap dengan anak.

4. Lebih banyak mendengar cerita anak daripada marah dan menengking.

Response and not react.

5. Pantau bila anak guna gajet.

Jangan percaya pada semua kandungan video yang mereka tengok.
6. Lebih banyak beri kata galakan daripada mengugut anak.

7. Jangan bagi semua yang anak kita minta.

Kita didik supaya mereka faham ada perkara mereka kena usaha untuk dapatkan.
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(