Maknya kata dia baru tahu ada saudara mara yang datang melawat bayi ni, disahkan positif jangkitan Covid-19.
Lepas disaring rupanya bayi tu pun dah terkena jangkitan Covid.
Ada beberapa perkara ni, tak perlu buat kalau pergi melawat bayi.
✔ Kalau nampak bayi yang baru lahir, tak perlu nak main cak cak dengan bayi tu.
Dia belum pandai lagi nak main cak cak.
Mata bayi tu baru boleh tengok bayang-bayang je.
✔ Jangan suka-suka pegang dan cium bayi orang tanpa izin ibu dan ayah bayi tu.
Bayi ni sistem imun dia belum matang, jadi mudah dijangkiti kuman.
Banyak kuman yang ada pada orang dewasa, gejala tak teruk tapi pada bayi sampai boleh mengancam nyawa.
✔ Jangan tegur bayi tu mata dia juling.
Kebanyakan bayi ni, kedudukan mata dia akan jadi normal semula selepas umur 4 bulan.
Kalau masih juling selepas umur 4 bulan, boleh dirujuk pada doktor mata.
✔ Perokok ada risiko bawa third hand smoke pada bayi.
Maksudnya partikel asap rokok pada badan perokok tu boleh melekat pada kain bedung dan baju bayi.
Bayi yang terdedah pada third hand smoke, berisiko untuk dapat jangkitan paru-paru, jangkitan telinga dan kematian secara tiba-tiba ketika tidur (SIDS).
Jadi, perokok sila jauhkan diri anda dari bayi.
✔ Ni paling selalu pelawat buat.
Mak tu berjam-jam susukan anak sebab nak bagi anak dia tidur.
Kita pula datang terus kejutkan bayi.
Benda macam ni boleh buat mak naik gila sampai jadi Postpartum Depression.
Bila pergi ke rumah orang, ingat tau apa yang saya kongsikan ni.
Saya tahu, kadang-kadang kita tak sengaja sebab teruja sangat nampak baby kan.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol