Buat 10 perkara ni kalau nak anak membesar dengan kesihatan emosi yang sihat.

1. Pandang mata dan letak phone ke tepi bila bercakap dengan anak.

2. Selalu peluk cium semua anak tanpa pilih kasih.
3. Gunakan nada suara yang rendah bila bercakap dengan anak.

4. Lebih banyak mendengar cerita anak daripada marah dan menengking.

Response and not react.

5. Pantau bila anak guna gajet.

Jangan percaya pada semua kandungan video yang mereka tengok.
6. Lebih banyak beri kata galakan daripada mengugut anak.

7. Jangan bagi semua yang anak kita minta.

Kita didik supaya mereka faham ada perkara mereka kena usaha untuk dapatkan.
8. Hargai setiap hasil kerja anak walaupun tak sempurna.

Mereka gunakan kita sebagai cermin untuk mengesahkan (validate) emosi sendiri.

9. Jangan berbohong pada anak walau niat untuk mendidik.

Jelaskan perkara ikut perkembangan usia mereka.
10. Tanya bagaimana hari mereka setiap hari.

Jadilah tempat utama untuk anak luahkan emosi mereka.

Barulah bonding kita dengan anak jadi lebih kuat berbanding bonding anak dengan kawannya.

Bila mereka jadi remaja, anak lebih dengar cakap kita banding dengar cakap kawannya
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Follow TikTok saya sekali ya ▶️ vt.tiktok.com/ZSWCp4WP/

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Redza Zainol

Redza Zainol Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DrRedzaZainol

19 Jun
Semalam dah pukul 10 malam, masih boleh dengar budak bertiga tu bercakap sesama diorang.

Badan ni rasa nak melayang dah.

Tapi saya keluar bilik kejap, duduk depan budak-budak tu dan peluk setiap seorang.
Sebelum budak-budak tu baring, saya tanya gembira ke hari ni.

Masing-masing mata terus terbeliak cakap memang happy.

Aduh tertanya salah soalan pula.

Cepat-cepat saya selimutkan dan suruh anak-anak tutup mata tidur.
Bila masuk ke bilik saya cakap kat isteri, penatnya hari ni.

Yang seorang asyik nangis nak minta makan kek.

Yang seorang asyik naik angin takut lambat sampai ke rumah nenek untuk berbuka puasa.
Read 9 tweets
17 Jun
“Macam mana saya nak bagi pasangan saya faham pentingnya untuk bercakap dengan anak-anak?”

Bila ada follower mengeluh pasangan dia tak minat nak tahu ilmu parenting, saya sebenarnya teringat pada diri saya sendiri.
Dulu saya fikir dah cukup sangat kalau saya pergi kerja, bayar yuran itu ini, bagi anak makan minum dan sediakan tempat tinggal yang selesa.

Bahagian bermain dan bercakap dengan anak tu bukannya tak buat langsung, tapi kuranglah.

Pada saya remeh aje nak buat semua tu.
Isteri kan ada.

Itulah kesilapan saya.

Bila mula ada kesedaran, taklah terus bertukar 180 darjah jadi ayah yang tahu serba serbi.

Saya mula belajar benda sekecil cara nak respon pada anak, cara puji anak, cara urus emosi negatif anak dan bermacam lagi.
Read 12 tweets
16 Jun
“Doktor, budak 2 tahun ni dah satu jam sawan tak berhenti-henti.”

Ibu bapanya baru berpindah rumah.

Ruang tamu mereka penuh dengan kotak dan barangan yang perlu disusun.

Sambil ibu bapanya sibuk mengemas, anak ni jumpa ubat minyak cap kapak di dalam kotak.
Tak lama lepas tu, dia mula muntah-muntah dan tak sedarkan diri.

Tak ada siapa pun nampak dia minum minyak cap kapak tu tapi bau minyak tu sangat kuat dari mulut dia.
Di wad, bermacam ubatan diberi untuk hentikan sawan.

Tapi dia berterusan sawan hingga 5 jam dan akhirnya meninggal dunia.

“Puan, kami dah cuba semua jenis rawatan. Maafkan saya, anak puan dah tak ada lagi.”
Read 14 tweets
15 Jun
Sebenarnya makin dewasa anak kita, lagi banyak perhatian yang kena diberi sebab cabaran mereka semakin besar.

Rugi sangat kalau kita anggap anak lelaki usia 9-15 tahun dah tak perlukan perhatian kita.
Padahal inilah masa yang paling penting dalam hidup mereka.

Kenapa penting?

1) Pada usia inilah mereka mencapai akil baligh.

Walaupun mereka pergi ke sekolah setiap hari, tapi ilmu tentang akil baligh ini belum cukup untuk mereka menempuhi zaman remaja.
2) Mak ayah wajib bantu anak dengan terangkan mengenai perubahan fizikal pada tubuh badan:

• Suara semakin garau

• Lagi banyak berpeluh

• Semakin tinggi

• Badan makin sasa
Read 12 tweets
14 Jun
Ni Panda Merah.

Kalau ia rasa diancam, ia akan berdiri dan mengangkat tangan dan menunjukkan kukunya agar ia kelihatan garang!

Tapi, kau orang rasa macam ni nampak garang ke?

Macam comel je! Image
Panda Merah ni, walaupun nama dia panda, ia sebenarnya mempunyai susur galur yang lebih mirip kepada rakun berbanding beruang panda. Namun, makanan lazim kedua-duanya adalah buluh.
Haiwan berwarna merah ini diberi nama panda lebih awal dari orang memberi nama panda kepada beruang yang berwarna putih dan hitam tu. Maknanya, panda yang original, adalah Panda Merah.

Panda Merah ni adalah haiwan yang boleh dianggap haiwan yang otai di dunia siber ni.
Read 6 tweets
14 Jun
Ramai ibu yang mengadu, masa anak tak bersekolah ni ramai yang naik berat badan mendadak.

Baru 3 bulan, dah naik sampai 6kg!

Kajian dari Unicef menunjukkan kanak-kanak obesiti Malaysia adalah yang kedua tertinggi di Asean. Image
Ada kanak-kanak baru usia 10 tahun, berat dah cecah 90kg.

Antara kesan buruk yang paling kita takutkan ialah anak berhenti bernafas semasa tidur atau Sleep Apnea.
Sleep apnea boleh berlaku bila laluan pernafasan jadi sempit atau tertutup terus disebabkan bahagian adenoid dalam hidung atau tonsil jadi bengkak.
Read 11 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(