Persoalan yang baik ni tuan. Baik, kami cuba menjawab sebaik mungkin persoalan tuan. Tulisan yang digunakan oleh orang Melayu dalam sejarah itu pelbagai. Orang Melayu menggunakan Pallava, tulisan post-Pallava seperti Rencong, Jawi dan akhirnya abad Latin.
Tulisan Pallava ni orang Melayu ambil daripada selatan India, lalu digunakan meluas dalam batu bersurat Tamadun Melayu ketika era Srivijaya. Misalnya dalam Batu Bersurat Kedukan Bukit, yang mencatatkan ekpedisi Maharaja pertama Srivijaya, Dapunta Hyang Sri Jayanasa.
Dalam batu bersurat ini, meski menggunakan tulisan Selatan India, menggunakan Bahasa Melayu Kuno, menunjukkan antara rekod terawal Bahasa Melayu dalam sejarah. Dan perlu tahu, bukan orang Melayu jer pakai tulisan dari India, tapi Khmer, Thai, Viet, Cham dan banyak tamadun lain.
Fasa ini dikenali sebagai Fasa Indianisasi yang di mana banyak kalangan kaum tuan yang salah faham mengenai fasa ini dengan menganggap ia dibina pribumi India, tetapi hakikatnya dibangunkan pribumi AT sendiri, tetapi menerima pengaruh besar dari India.
Kemudian, dari tulisan Pallava, penduduk Asia Tenggara termasuk orang Melayu membangunkan tulisan yang dikenali sebagai pasca-Pallava. Daripada Pallava, mereka bangunkan tulisan sendiri. Untuk orang Melayu, salah satunya ialah Rencong.
Gambar saya naikkan ini ialah Syair Perahu, sebuah puisi Sufism yang dikaitkan dengan fahaman Wahdatul Wujud yang dipercayai dihasilkan pada separuh kedua kurun-ke-17 terdahulu.
Manuskrip Melayu lain yang menggunakan tulisan Rencong ialah seperti di bawah. Perkenalkan Tembai dan teremba, sebuah tulisan yang menceritakan asal usul roh dan tempat muasal roh.
Ia boleh dibaca seperti di bawah:

"Anjut parahu dari ulu / pisang rukama kanan pari / tambai kutahu dari guru / taraba kapun barahi."

Manuskrip ini menampakkan era kemasukan Islam kerana ada unsur campuran Islam dan agama-agama di Nusantara sebelum itu.
Selain itu, Manuskrip Tanjung Tanah seperti di bawah merupakan Manuskrip tertua di dunia dalam Bahasa Melayu ialah dalam Rencong.
Manuskrip ini berusia tidak lebih daripada 1377 Masihi. Menceritakan mengenai kod undang-undang yang digerakkan oleh Raja Melayu kerajaan Dharmasraya ke atas taklukannya di Sumatera iaitu wilayah Kerinci.
Adapun selepas kedatangan Islam, orang Melayu pakat menggunakan tulisan Jawi. Tapi budaya ni tak unik pada Melayu sahaja. Bangsa Turki, bangsa Parsi turut menggunakan tulisan seiras tulisan Arab. Tapi apakah saudara mahu menafikan ketamadunan Turki yang membina Uthmaniyah?
Atau ketamadunan Parsi yang membina empayar-empayar Purba, dengan nama seperti Cyrus The Great dianggap sebagai antara raja paling bertoleransi di dunia?
Dan menggunakan tulisan asing dalam tamadun mereka bukan lambang tak bertamadun. Orang Jepun masih mengekalkan tulisan Kanji, yang dinspirasikan daripada Cina..
Tentang bagaimana boleh wujud frasa dari bahasa lain dalam Bahasa Melayu? Tenang sahabat. Sesungguhnya pinjaman-pinjaman yang wujud dalam Bahasa Melayu bukan bermaksud tamadun kami tidak tua.
Pinjaman ini menandakan bahawa Tamadun Melayu dahulu dah banyak mengalami pertembungan dengan tamadun luar atas sifat profesif dan keterbukaan mereka lantas menerbitkan pinjaman ke dalam bahasa mereka.
Hatta demikian, Bahasa Melayu masih berdiri sebagai bahasa sendiri dibawah keluarga bahasa Austronesia, dan merupakan antara bahasa dalam keluarga Austronesia yang banyak dituturkan.
Dan sifat sebegini tak terhad pada Bahasa Melayu sahaja, boleh dilihat pada bahasa seperti Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris juga juga tidak lepas dari fasa pinjaman yang saya percakapkan. Boleh lihat carta dibawah.
Bahasa Inggeris merupakan sebuah bahasa dari cabang Bahasa Germanic. Dalam Bahasa Inggeris, Bahasa dari cabang keluarga Bahasa Romance (Latin, Perancis etc) menguasai sekurang-kurangnya 56 peratus Bahasa Inggeris berdasarkan kajian daripada...
...University of New England, Australia pada tahun 2006, manakala Bahasa Germanic itu sendiri hanya merangkumi sekadar 15 % sahaja dalam Bahasa Inggeris menunjukkan bahawa betapa sikitnya kosa kata asal dari keluarga Germanic yang masih tinggal.
Dalam kajian lain yang dibuat oleh Joseph M. Williams yang merupakan professor bahasa di University Chicago menyatakan bahawa kira-kira 58 peratus dalam 10, 000 patah perkataan Bahasa Inggeris yang selalu digunakan...
... dalam kehidupan seharian kita datang dari Bahasa Romance, di mana 29 peratus daripadanya ialah Bahasa Latin, dan 29 peratus lagi datang daripada Bahasa Perancis.
Selebihnya 6 peratus pula datang dari Bahasa Greek manakala bakinya adalah dari Bahasa Germanic sendiri dan bahasa asing termasuk Bahasa Melayu. Gambaran lebih jelas diungkapkan dalam infografik di bawah.
Tapi ini tak menghalang daripada tuan berbicara dalam bahasa Inggeris? Ini tak menghalang daripada kita mengaku kehebatan pencapaian tamadun Inggeris, dengan empayar yang dikatakan matahari tidak pernah terbenam?
Fenomena yang sama dapat dilihat pada Bahasa Sepanyol. Ya, Bahasa Sepanyol merupakan sebuah Bahasa Romance seperti mana Bahasa Latin dan Perancis. Apabila Tariq bin Ziyad menakluk Sepanyol ke dalam sfera pengaruh empayar Umaiyyah, ia menandakan detiknya...
...kemasukan pengaruh kebudayaan Arab ke dalam Sepanyol bermula dari senibina sehinggalah ke bahasanya. Dikatakan bahawa pada hari ini, terdapat 4000 akar kosa kata dalam Bahasa Sepanyol dapat dijejak sejarahnya kepada perkataan Bahasa Arab.
Tamadun Sepanyol tetap sebuah tamadun yang hebat, berjaya menukarkan pribumi Amerika Selatan kepada identiti latin, empayar yang boleh tahan hebat setanding empayar Inggeris. Bahkan kerana Sepanyol, Katolik merupakan mazhab agama Kristian terbesar dunia.
Jadi, apakah jawapan kami ini cukup baik tuan?
Typo: abjad.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with The Patriots

The Patriots Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @thepatriotsasia

24 Jul
Terbaca satu Tweet yang mempertikaikan mengangkat Hang Tuah sebagai inspirasi para atlet dalam sukan olimpik ini. Katanya ini budaya feudal yang dibawa ke zaman moden, kami di The Patriots berbeza pendapat dengan Tweet tersebut. Image
Tak akanlah nak idolakan satu watak legenda dalam lipatan budaya Melayu pun dianggap sebagai feudalism? Hanya sebab ketaatan pada raja yang buatkan kita nak buang sisi baik pada figura watak legenda ini?
Kemahirannya berbahasa banyak bahasa? Bagaimana Hang Tuah menjadi seorang diplomator yang baik mewakili Melaka sampai ke Rom membeli meriam, mewakili Melaka ke India dan juga China?
Read 22 tweets
18 Jul
Tak faham kenapa banyak betul Melayu yang suka claim dari Indonesia, claim diri mereka sebagai pendatang. Sebenarnya betul ke Melayu ni asal dari Indonesia? Meh kita bedah sejarah semula.
Sebelum Malaysia dan Indonesia lahir, wilayah ini adalah merupakan sebuah wilayah yang terdapat ratusan kerajaan di mana sempadan-sempadan sentiasa berubah berdasarkan penguasaan empayar tertentu seperti Srivijaya, Majapahit, Acheh dan juga Johor-Riau.
Malaysia dan Indonesia adalah hasil pemisahan penjajah kepada adik beradik sebudaya serumpun bangsa ini pada 1824 Anglo-Dutch Treaty.
Read 7 tweets
6 Jun
Hari ini, seberapa banyak masjid dan surau-surau kita ada perpustakaan? Dulu masa Zaman Keemasan Islam, setiap masjid dan surau-surau yang dibina, mesti ada perpustakaan hebat. Bagi kami, tanda ilmu itu subur dalam jiwa kita ialah rumah-rumah ibadah kita penuh dengan buku-buku.
Yang paling besar dalam sejarah Islam ialah perpustakaan di Masjid Zaytuna di Tunisia yang dikatakan mengandungi lebih 100, 000 buah buku.
Manakala Perpustakaan Safiyya di Masjid Utama Umaiyyah di Aleppo merupakan perpustakaan masjid paling tua dalam sejarah. Sebuah masjid di Universiti Al-Azhar pada tahun 1050 Masihi dikatakan menyimpan lebih 120, 000 koleksi buku.
Read 9 tweets
27 May
Melayu ni asal daripada keluarga Austronesia, saudara mara kita bukan Yahudi tu, tapi orang Jawa, orang Cham, orang Sunda, malah jauh ke orang Maori, Samoa dan, Hawaii. Kita ialah pelaut yang dah membina tamadun maritim. Santuni mereka, kita berkongsi genetik, budaya, tamadun.
Cukuplah nak kaitkan Melayu ni lost tribe of Yahudi. Tak pernah dalam sejarah kita ialah keturunan Bani Israel, takde kaitan dengan keluarga besar bangsa Afro-Asiatic, apatah lagi dalam dahan kecilnya, keluarga Semitic yang merangkumi orang Yahudi dan Arab.
Orang Melayu pelaut, bukan bangsa nomad padang pasir di Afrika, Arabia dan Syam sana. Berbangga cukup dengan identiti tamadun pelaut kita. Apsal nak buat cerita karut the lost tribe of Bani Israel? Tak cukup identiti Melaka dan Srivijaya? Tak cukup identiti pedagang dan pelayar?
Read 4 tweets
16 May
"Perang Tandas Di India."

Rakyat India tak habis menjilat Israel. Padahal Israel tak pernah acknowledge kewujudan mereka. Padahal ada masalah besar yang mereka perlu selesaikan selain daripada menjilat Israel. Tandas. Ikuti thread ini membedah masalah tandas India.
Subuh kian menghampiri pada tarikh 27 Mei 2014. Dua orang gadis menggosok mata mereka selepas keluar daripada selimut tanpa menyedari bahawa mereka tidak akan melihat terbitan fajar. Sememangnya anak-anak gadis tidak boleh keluar pada waktu ini.
Tetapi mereka terpaksa, kerana lewat malam ialah masa yang paling sesuai. Namun nasib tidak menyebelahi dan malang tidak berbau – pada pagi tersebut, mereka ditemui mati digantung pada pokok mangga selepas dirogol bergilir-gilir.
Read 17 tweets
14 May
Kejayaan Umat Islam Menundukkan Yahudi Yang Korang Tak Tahu!

Pada bulan Ramadhan tahun 1973, tentera Islam yang terdiri dari tentera negara Mesir dan Syria melaksanakan Operasi Badar bagi mendapatkan semula tanah yang dirampas oleh Isra*el.
Pada jam 2 petang, 6 Oktober 1973, Operasi Badar dilancarkan dan dalam masa 24 jam, 850 buah kereta kebal dan ratusan ribu tentera Mesir telah berjaya menyeberangi Terusan Suez.
Mesir telah berjaya menyeberangi Terusan Suez. Pada masa yang sama, tentera Syria juga melancarkan serangan mengejut di Bukit Golan.

Isra*el panik kerana tidak menyangka Mesir dan Syria akan berpe*rang dalam bulan Ramadan serta Yom Kippur iaitu hari suci bagi orang-orang Yahudi.
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(