"Perang Tandas Di India."

Rakyat India tak habis menjilat Israel. Padahal Israel tak pernah acknowledge kewujudan mereka. Padahal ada masalah besar yang mereka perlu selesaikan selain daripada menjilat Israel. Tandas. Ikuti thread ini membedah masalah tandas India.
Subuh kian menghampiri pada tarikh 27 Mei 2014. Dua orang gadis menggosok mata mereka selepas keluar daripada selimut tanpa menyedari bahawa mereka tidak akan melihat terbitan fajar. Sememangnya anak-anak gadis tidak boleh keluar pada waktu ini.
Tetapi mereka terpaksa, kerana lewat malam ialah masa yang paling sesuai. Namun nasib tidak menyebelahi dan malang tidak berbau – pada pagi tersebut, mereka ditemui mati digantung pada pokok mangga selepas dirogol bergilir-gilir.
Tragedi ini berlaku di Katra, Uttar Pradesh. Tetapi amarah yang menyelubungi seluruh negara telah mempengaruhi politik nasional. Dan Narendra Modi mendapati bahawa kerajaan India perlu lebih tegas dalam pertimbangan.
India mempunyai populasi mencecah 1.4 bilion. Sebilangan besar daripada jumlah ini sentiasa membuang air di tempat terbuka, sekaligus mendedahkan seluruh negara kepada krisis kesihatan yang serius.
Pembuangan najis di tempat terbuka merupakan amalan warisan daripada masyarakat silam. Namun semakin lama, populasi dunia semakin bertambah. Dan apabila ribuan menjadi jutaan, krisis-krisis kesihatan mula timbul untuk menyedarkan manusia.
Tetapi India masih tetap mengamalkan cara ini sejak 1947 lagi ketika Mahatma Gandhi dipetik berkata bahawasanya sanitasi lebih penting daripada kemerdekaan. Secara kebiasaan, amalan ini dilihat sangat ketara di kawasan-kawasan yang dijangkiti wabak kebuluran dan kemiskinan.
Nak bagi rakyat diaorang bagi guna tanda, sampaikan kerajaan tempatan membuat satu inisiatif membayar rakyat ₹1 untuk menggunakan tandas awam. Untuk rekod. ₹1=RM0.059. Tapi macam biasa, rakyat India masih suka lampiaskan bahan buangan qubul dan dubur mereka di tempat awam.
Ini mendatangkan bencana kesihatan seperti cholera, cirit-birit dan demam kepialu yang hanya akan mengurangkan produktiviti negara. Dek nak kekang wabak penyakit ini sahaja, India didapati mengalami kerugian hampir RM200 bilion pada 2006 sahaja.
Maka kerajaan India membelanjakan RM160 bilion untuk pembinaan tandas dan program kebersihan dibawah Misi India Bersih 2019. Sebanyak 100 juta tandas disasarkan akan dibina pada tahun 2019. Tetapi masyarakat India melihat tandas sebagai pencabulan kesucian.
Golongan berkasta tinggi akan berasa terhina untuk berkongsi tandas dengan pengguna-pengguna kasta rendah. Disebabkan itulah tandas-tandas awam selama 30 tahun tidak digunakan langsung.
Sampaikan satu tahap, nak halang orang berak kat public, pasukan rondaan akan menggempur kawasan-kawasan tertentu. Ramai yang akan lari bertempiaran meninggalkan baldi-baldi mereka. Golongan sukarelawan turut menyertai misi ini untuk mengaibkan sesiapa yang suka berak kat public.
Lucu benar, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet berlumba di angkasa – di India, kerajaan mereka terpaksa ini pula bersaing demi memastikan rakyat tidak membuang najis sesuka hati.
Tapi protes rakyat India yang ada kesedaran wujud. Seorang gadis telah memutuskan pertunangannya bukan kerana teman lelakinya curang. Sebaliknya atas ketiadaan tandas di rumah yang dijanjikan pengantin lelaki, gadis tersebut bertindak untuk berkahwin dengan orang lain.
Dan keputusan sebegini diikuti lebih daripada 50 isteri yang pulang ke rumah ibu mereka selepas suami masing-masing gagal menyediakan tandas. Sebenarnya wajar para wanita ini melakukan protes sebab mereka yang paling terdedah pada bahaya.
Wanita lebih merasai bahang ketiadaan tandas. Hanya untuk melepaskan hajat, dua nyawa telah melayang di Katra. Anak-anak gadis ini dirogol dan dibunuh selepas mereka keluar di waktu malam untuk membuang najis.
Dan dalam berkempen supaya orang India tak buang tahi merata, dan gunakan tandas, Bollywood siap buat filem bertajul Toilet yang dilakonkan oleh Akshay Kumar berkenaan perjuangan seorang suami berjuang supaya ada tandas di rumah dan kampungnya!

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with The Patriots

The Patriots Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @thepatriotsasia

14 May
Kejayaan Umat Islam Menundukkan Yahudi Yang Korang Tak Tahu!

Pada bulan Ramadhan tahun 1973, tentera Islam yang terdiri dari tentera negara Mesir dan Syria melaksanakan Operasi Badar bagi mendapatkan semula tanah yang dirampas oleh Isra*el.
Pada jam 2 petang, 6 Oktober 1973, Operasi Badar dilancarkan dan dalam masa 24 jam, 850 buah kereta kebal dan ratusan ribu tentera Mesir telah berjaya menyeberangi Terusan Suez.
Mesir telah berjaya menyeberangi Terusan Suez. Pada masa yang sama, tentera Syria juga melancarkan serangan mengejut di Bukit Golan.

Isra*el panik kerana tidak menyangka Mesir dan Syria akan berpe*rang dalam bulan Ramadan serta Yom Kippur iaitu hari suci bagi orang-orang Yahudi.
Read 4 tweets
7 Jan
3000 kes dah ni. Jadi, nak lockdown atau nak biarkan ekonomi berterusan? Ada matematik dalam mengulas mengenai isu ini. Kalau tak nak lockdown, nak teruskan ekonomi. Matematiknya adalah berikut.

Oleh: @jambash_tp

#IniThread
Sama ada you benarkan orang semua keluar berekonomi dan you pacu ekonomi dengan polisi-polisi yang baik, kes mungkin tinggi tapi ekonomi sedap. Kalau 3000 kes tapi berita setiap bulan macam ni sedap juga.
You lockdown, orang tak dapat keluar, ekonomi terjejas, tapi kes menurun dan terkawal. Bagi semula bantuan macam PKP pada Mac 2020. Restart balik ekonomi dalam 3 ke 4 bulan selepas itu.
Read 21 tweets
21 Dec 20
"Drama Bersiri Dan Filem Tentant Tamadun Melayu."

Sebenarnya terlalu banyak event menarik dalam sejarah bangsa kita yang kita boleh filem atau sirikan. Nak tahu sejarah yang mana? Ikuti thred ini.

Oleh: @helmieffendytp
Sebenarnya orang Malaysia ni minat jer drama/filem sejarah. Buktinya filem Bahubali pernah jadi bualan kita semua. Dan tayangan semula Puteri Gunung Ledang di Netflix tempoh hari meletup habis!
Drama-drama sejarah berlatarkan Joseon, Goryeo dari Korea ditonton penuh takjub oleh kita seisi rakyat Malaysia. Bahkan kadang-kadang kerana drama ini, orang kita kenal sejarah Korea berbanding Melayu itu sendiri.
Read 28 tweets
18 Nov 20
"Ilmuwan Salaf Abbasiyah: Bumi Itu Bulat!"

Memang dalam Al Quran tidak ada dalil qat'ie tentang bentuk muka bumi. Para ulama berdalilkan secara zhon perkataan يُكَوِّرُ dalam surah Az Zumar : 5 untuk menyokong pendapat bahawa bumi ini bulat.

#IniThread
Namun sebelum kurun ke-3 Hijrah (sekitar 200 Hijrah/ 800 Masihi), Khalifah Abbasiyah iaitu Khalifah Ma'mun (wafat 218 H) pernah mengumpulkan pakar-pakar ilmu falak dan geografi di Baitul Hikmah untuk membuat peta dunia.
Ternyata para ilmuwan Abbasiyah ini telah membuat sebuah glob bagi membuktikan bumi ini bulat. Peta Alam Melayu/ Nusantara turut dilakarkan dalam glob ini.
Read 10 tweets
21 Sep 20
"Siapakah Yang Membina Piramid Giza?"

Piramid Giza ialah salah satu daripada keajaiban dunia. Namun, siapakah yang membina piramid ini? Benarkah dakwaan bahawa pembinanya ialah Nabi Idris A.S?

Oleh: Helmi Effendy
Piramid ini sebenarnya dibina oleh Firaun Khufu dipercayai memerintah Mesir Purba pada sekitar 2609 SM - 2584 SM. Ejaan nama penuhnya ialah Khunum-Khufwy yang membawa maksud "Khnum Melindungi Aku".
Khnum ini untuk pengetahuan kalian merujuk kepada salah satu dewa purba Mesir Purba yang digambarkan bertanduk seperti kambing dan berkuasa ke atas perkara seperti kesuburan, air dan juga hasil peranakan haiwan-haiwan di ladang.
Read 31 tweets
16 Sep 20
"Diplomasi VS Konfrontasi: Malaysia Dan Indonesia.

Dari gaya Malaysia dan Indonesia menghadapi konflik ini, ia ada banyak kaitan dengan sifat tamadun yang menjadi akar dan imej kepada dua negara ini.

Oleh: @AymanRashdanW
"Awatlah hampa buat aku macam ini?"

Demikian keluhan bercampur sedih Tunku Abdul Rahman selepas dipaksa memijak Pancasila (simbol Indonesia) oleh sekumpulan pemuda yang berdemonstrasi terhadap Indonesia ketika kemuncak Konfrontasi (1963-1966).
Kata-kata Tunku menunjukkan sifat orang Melayu yang lembut, budiman dan mengelak konflik, atau kita panggil sebagai sifat "diplomatik".

Berbeza sekali dengan seruan Sukarno untuk "ganyang" Malaysia:
Read 23 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(