Terbaca satu Tweet yang mempertikaikan mengangkat Hang Tuah sebagai inspirasi para atlet dalam sukan olimpik ini. Katanya ini budaya feudal yang dibawa ke zaman moden, kami di The Patriots berbeza pendapat dengan Tweet tersebut.
Tak akanlah nak idolakan satu watak legenda dalam lipatan budaya Melayu pun dianggap sebagai feudalism? Hanya sebab ketaatan pada raja yang buatkan kita nak buang sisi baik pada figura watak legenda ini?
Kemahirannya berbahasa banyak bahasa? Bagaimana Hang Tuah menjadi seorang diplomator yang baik mewakili Melaka sampai ke Rom membeli meriam, mewakili Melaka ke India dan juga China?
Tak akan lah sebab ketaatan Tuah pada raja yang boleh kita bahaskan kerana terlalu subjektif, kita tak boleh ambil sisi baik pada figura sejarah ini? Laksamana Yi tu setianya pada raja sama juga membabi buta!
Lepas berjaya menyelamatkan armada Korea dalam pelbagai pertempuran melawan Jepun sampai berjaya mendatangkan gerun kepada armada Jepun.
Tapi sebab ada bangsawan yang menjual kisah buruk mengenai Laksamana Yi, konon dia seorang pengkhianat, Laksamana Yi dijatuhkan hukuman bunuh oleh Raja Seonjo. Tetapi Yi terlepas kerana rayuan rakyat marhen.
Hanya apabila armada Korea dibawah Laksamana Won Kyun dihabiskan oleh Jepun, barulah raja dan bangsawan Korea merayu kembali kepada Laksamana Yi untuk menjadi laksamana semula, membina armada Korea yang hilang. Laksamana Yi, dengan taat, mematuhi segala perintah raja.
Ikutkan kisah ketaatan Laksamana Yi, tentu para-para pemabuk feudal ni akan marah melihatkan namanya dijulang-julang. Tapi tidak, rakyat Korea membina tugu Laksamana Yi dimerata-rata tempat.
Di depan Gwanghwamun dekat Seoul, orang Korea membina tugu Laksamana Yi tersergam indah. Masa Korea menetang menentang Jerman masa World Cup 2018 dulu...
...kita dapat melihat media-media Korea menggunakan slogan-slogan 'pilsa jeuksaeng, pilsaeng jeuksa' dalam membakar semangat pemain Korea.
Pemain Korea, Kim Youn Gwon yang menjaringkan gol pada minit ke-92, dikaitkan dengan slogan ini. Maksudnya, jika anda berjuang seperti anda akan hidup, anda akan mati; jika anda berjuang seperti anda akan mati, anda akan hidup.
Dari mana datangnya ungkapan ni? Dari motto Laksamana Yi, seorang laksamana yang hidup pada zaman feudal! Dan orang Korea tak malu pun nak angkat tokoh yang hidup pada zaman feudal Korea.
Orang Korea bangga menjulang tokoh yang taatnya juga boleh tahan membabi buta pada institusi, pada raja-raja Korea, pada kerajaannya.
Bezanya, mereka tahu nak cungkil sisi baik dan jadikan pedoman, masalah orang kita pulak, terlalu memandang dari mata lalat, sampai semua nak disampahkan!
Kalau Korea boleh bawa semangat Laksamana Yi dan mengangkat pesona perjuangannya pada perjuangan sukan moden, kenapa tak boleh pulak nak bawa semangat Hang Tuah pada Sukan Olimpik ini?
Kita ada tokoh lain macam Panglima Yue Fei. Kehebatannya dan kekentalannya dikatakan kalau orang nak gerakkan gunung sekalipun, lagi senang dari nak gerakkan tekad Panglima Yue Fei.
Taat Yue Fei pada raja ni sampaikan dia hampir menang 12 kali dalam peperangan, 12 kali tu jugaklah dia berundur sebab Maharaja Gaozong arahkan dia berundur ketika Dinasti Song sedang menghadapi pencerobohan Dinasti Jin dari Utara
Akhirnya Yue Fei mati dihukum bunuh oleh raja. Cakoi yang kita makan hari ni tu, lore dia ada kaitan dengan orang yang fitnah Yue Fei. Tapi ketaatan Yue Fei pada raja tak pulak menghalang orang China buat filem, dinamakan lagi sebagai Patriot!
Apa Korea tu tak cukup maju ke dengan ekonomi ke-10 terbesar di dunia, dengan kehebatan Halyu Wave yang membuatkan budaya Korea digilaai seluruh dunia? Apa China tu tak cukup hebat sekarang apabila berjaya menggegarkan US?
Fakta menarik, pernah ada buku dalam Bahasa Jepun mengenai biografi Laksamana Hang Tuah, bertajuk マラッカ王国の英雄 ハントゥア―琉球に残る交流の歴史 atau terjemahannya, Hang Tuah, the hero of the Kingdom of Malacca-History of exchanges that remains in Ryukyu.
Jadi, tak hairanlah kenapa figura Hang Tuah diangkat sebab orang Jepun paling kenal Hang Tuah, dalam banyak tokoh-tokoh dalam sejarah Melayu gitu.
Kepada yang tanya, tweet ini merujuk kepada tweet di bawah. Jadi, harap boleh relate hujah kami di atas dengan tweet yang dimaksudkan.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with The Patriots

The Patriots Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @thepatriotsasia

22 Jul
Persoalan yang baik ni tuan. Baik, kami cuba menjawab sebaik mungkin persoalan tuan. Tulisan yang digunakan oleh orang Melayu dalam sejarah itu pelbagai. Orang Melayu menggunakan Pallava, tulisan post-Pallava seperti Rencong, Jawi dan akhirnya abad Latin.
Tulisan Pallava ni orang Melayu ambil daripada selatan India, lalu digunakan meluas dalam batu bersurat Tamadun Melayu ketika era Srivijaya. Misalnya dalam Batu Bersurat Kedukan Bukit, yang mencatatkan ekpedisi Maharaja pertama Srivijaya, Dapunta Hyang Sri Jayanasa.
Dalam batu bersurat ini, meski menggunakan tulisan Selatan India, menggunakan Bahasa Melayu Kuno, menunjukkan antara rekod terawal Bahasa Melayu dalam sejarah. Dan perlu tahu, bukan orang Melayu jer pakai tulisan dari India, tapi Khmer, Thai, Viet, Cham dan banyak tamadun lain.
Read 28 tweets
18 Jul
Tak faham kenapa banyak betul Melayu yang suka claim dari Indonesia, claim diri mereka sebagai pendatang. Sebenarnya betul ke Melayu ni asal dari Indonesia? Meh kita bedah sejarah semula.
Sebelum Malaysia dan Indonesia lahir, wilayah ini adalah merupakan sebuah wilayah yang terdapat ratusan kerajaan di mana sempadan-sempadan sentiasa berubah berdasarkan penguasaan empayar tertentu seperti Srivijaya, Majapahit, Acheh dan juga Johor-Riau.
Malaysia dan Indonesia adalah hasil pemisahan penjajah kepada adik beradik sebudaya serumpun bangsa ini pada 1824 Anglo-Dutch Treaty.
Read 7 tweets
6 Jun
Hari ini, seberapa banyak masjid dan surau-surau kita ada perpustakaan? Dulu masa Zaman Keemasan Islam, setiap masjid dan surau-surau yang dibina, mesti ada perpustakaan hebat. Bagi kami, tanda ilmu itu subur dalam jiwa kita ialah rumah-rumah ibadah kita penuh dengan buku-buku.
Yang paling besar dalam sejarah Islam ialah perpustakaan di Masjid Zaytuna di Tunisia yang dikatakan mengandungi lebih 100, 000 buah buku.
Manakala Perpustakaan Safiyya di Masjid Utama Umaiyyah di Aleppo merupakan perpustakaan masjid paling tua dalam sejarah. Sebuah masjid di Universiti Al-Azhar pada tahun 1050 Masihi dikatakan menyimpan lebih 120, 000 koleksi buku.
Read 9 tweets
27 May
Melayu ni asal daripada keluarga Austronesia, saudara mara kita bukan Yahudi tu, tapi orang Jawa, orang Cham, orang Sunda, malah jauh ke orang Maori, Samoa dan, Hawaii. Kita ialah pelaut yang dah membina tamadun maritim. Santuni mereka, kita berkongsi genetik, budaya, tamadun.
Cukuplah nak kaitkan Melayu ni lost tribe of Yahudi. Tak pernah dalam sejarah kita ialah keturunan Bani Israel, takde kaitan dengan keluarga besar bangsa Afro-Asiatic, apatah lagi dalam dahan kecilnya, keluarga Semitic yang merangkumi orang Yahudi dan Arab.
Orang Melayu pelaut, bukan bangsa nomad padang pasir di Afrika, Arabia dan Syam sana. Berbangga cukup dengan identiti tamadun pelaut kita. Apsal nak buat cerita karut the lost tribe of Bani Israel? Tak cukup identiti Melaka dan Srivijaya? Tak cukup identiti pedagang dan pelayar?
Read 4 tweets
16 May
"Perang Tandas Di India."

Rakyat India tak habis menjilat Israel. Padahal Israel tak pernah acknowledge kewujudan mereka. Padahal ada masalah besar yang mereka perlu selesaikan selain daripada menjilat Israel. Tandas. Ikuti thread ini membedah masalah tandas India.
Subuh kian menghampiri pada tarikh 27 Mei 2014. Dua orang gadis menggosok mata mereka selepas keluar daripada selimut tanpa menyedari bahawa mereka tidak akan melihat terbitan fajar. Sememangnya anak-anak gadis tidak boleh keluar pada waktu ini.
Tetapi mereka terpaksa, kerana lewat malam ialah masa yang paling sesuai. Namun nasib tidak menyebelahi dan malang tidak berbau – pada pagi tersebut, mereka ditemui mati digantung pada pokok mangga selepas dirogol bergilir-gilir.
Read 17 tweets
14 May
Kejayaan Umat Islam Menundukkan Yahudi Yang Korang Tak Tahu!

Pada bulan Ramadhan tahun 1973, tentera Islam yang terdiri dari tentera negara Mesir dan Syria melaksanakan Operasi Badar bagi mendapatkan semula tanah yang dirampas oleh Isra*el.
Pada jam 2 petang, 6 Oktober 1973, Operasi Badar dilancarkan dan dalam masa 24 jam, 850 buah kereta kebal dan ratusan ribu tentera Mesir telah berjaya menyeberangi Terusan Suez.
Mesir telah berjaya menyeberangi Terusan Suez. Pada masa yang sama, tentera Syria juga melancarkan serangan mengejut di Bukit Golan.

Isra*el panik kerana tidak menyangka Mesir dan Syria akan berpe*rang dalam bulan Ramadan serta Yom Kippur iaitu hari suci bagi orang-orang Yahudi.
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(