Tema "The Devil Judge" adalah "tyranny of the majority".
Drama ni menyentuh tentang persoalan "adakah suara majoriti melambangkan kebenaran?" "adakah keadilan dicapai sekiranya rakyat menjadi penentu segala-segalanya?"
Dalam drama ini, sistem kehakiman dijadikan macam sebuah reality show. Rakyat akan menentukan tertuduh bersalah atau tidak, menerusi undian di App.
"Rakyat hakim negara" ni sebenarnya pernah berlaku, iaitu di Athens pada 2500 tahun yang lepas.
Athens ketika itu mengamalkan sistem demokrasi langsung (direct democracy), di mana semua warga kota (citizen) boleh mengundi dan menganggotai kerajaan. Jawatan kerajaan diisi secara rawak, semua akan dapat mengikut giliran.
Warga Athens bangga dengan sistem mereka, sehingga kejadian "trial of Socrates".
Socrates adalah warga Athens yang mengasaskan ilmu falsafah. Musuh Socrates menuduh dia sebarkan ajaran sesat, dan dia dihadapkan ke mahkamah yang dianggotai 500 juri dari kalangan warga Athens.
280 daripada 500 juri berpendapat Socrates bersalah, maka dia dihukum mati.
Kematian Socrates menyebabkan anak muridnya Plato menjadi pengkritik demokrasi yang lantang. Plato anggap demokrasi sebagai sistem yang zalim kerana keputusan dibuat oleh majoriti yang tak berilmu.
Ahli falsafah/sains politik selepas Plato pun anggap demokrasi langsung akan mengancam kebebasan individu. Mereka berpendapat tyranny bukan hanya berlaku apabila seorang pemerintah menyalahguna kuasa, malah boleh berlaku "tyranny of the many/majority" yang menindas minoriti.
Jadi mekanisme seperti "separation of powers" dan "checks and balances" diwujudkan sebagai pengimbang kepada suara majoriti. Dalam sistem demokrasi moden, rakyat juga tak buat keputusan secara langsung, tapi secara tidak langsung menerusi "wakil rakyat".
Sistem ni dipanggil "liberal democracy". Demokratik, tapi pada masa yang sama liberal (menjamin hak individu).
Sistem kehakiman dipisahkan daripada politik, supaya hakim boleh mengadili kes secara profesional.
Namun, pada tahun-tahun kebelakangan, arus "populisme" melanda Eropah dan US. Semakin ramai orang anggap sistem demokrasi liberal sebagai undemocratic, malah hanya memperkayakan "wakil rakyat". Jadi mereka mahu lebih banyak control/kuasa.
Hasilnya mereka undi ahli politik populis seperti Trump yang tunggang nama rakyat, langgar sini sana, menghakis asas demokrasi liberal.
Di Korea Selatan, masalah korupsi yang berpanjangan juga buat orang takut populisme akan bangkit dan mengancam institusi demokrasi liberal.
Jadi drama ni memberi sedikit gambaran tentang bahayanya sentimen populisme yang boleh membawa kepada tyranny of the majority.
Kang Yo-han dalam drama ni adalah seorang "populist hero" yang menjunjung kedaulatan rakyat melebihi segala-galanya.
Mula-mula, penonton rasa syok tengok dia menghukum orang kaya korup. Tapi lama-kelamaan, boleh nampak sisi buruk kaedah "public trial" ini.
Tak ada jaminan orang tak bersalah tak akan dianiayai, jika sentimen orang ramai dijadikan kayu ukur untuk menjatuhkan hukuman.
Lebih-lebih lagi orang ramai buat keputusan ikut emosi, yang dipengaruhi oleh Kang menerusi persembahan media.
Ini adalah hint kepada ahli politik populis yang suka memanipulasi pendapat umum menerusi media sosial, yang fokus kepada sentimen/persepsi, bukan fakta/bukti.
Dan walaupun kelihatan sebagai people's champion, Kang pun nampak ada agendanya sendiri. Rakyat hanyalah anak catur baginya menjatuhkah musuh.
Dari segi pemikiran, drama ni lebih deep berbanding Vincenzo, dan lebih depressing.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
China menyertai Olimpik sejak 1928, tapi tak pernah dapat apa-apa pingat. Sampai orang ejek China sebagai "Sick Man of Asia". Lembik, tak atletik.
Selepas 1949, China pecah 2. Satu Republik China di Taiwan, satu lagi Republik Rakyat China (komunis) di Tanah Besar China.
RRC boikot Olimpik dari 1956-1976 sebab ada Republik China. Selepas Republik China tukar nama jadi Chinese Taipei, baru RRC join Olimpik 1984. RRC ni lah China yang kita kenali hari ini.
Macam kat Tunisia baru-baru ni, apabila presiden memecat PM, orang tak puas hati, maka berlaku rusuhan antara pro-presiden dan pro-PM.
(to be exact, Tunisia mengamalkan sistem semi-presidential di mana presiden mempunyai kuasa eksekutif).
Masalah dengan presiden orang awam ni ialah kekurangan prestij.
Kalau sistem berparlimen penuh (macam Jerman, Israel), presiden dilantik oleh parlimen. Jadi boleh berlaku keadaan di mana PM tak akur dengan keputusan dan pandangannya. "Kau siapa nak nasihat aku".
Jurchen adalah suku dari rumpun "Tungusic" di utara China dan Korea. Berbeza dengan orang Mongol yang nomadik, mereka adalah bangsa pemburu dan penangkap ikan.
Ada banyak persamaan antara Jurchen dan Korea (pemanah, pemburu, pengamal Shaman), cuma Korea bukan Tungusic.
Orang China panggil Jurchen sebagai "Nuzhen" (女眞), bila diterjemahkan ke dalam Bahasa Korea jadi "Yeojin" (여진). Yeoja punya yeo, jinsim punya jin.
Disebabkan geografi Korea yang bergunung-ganang, orang Korea tak dapat nak cucuk tanam macam orang China yang hidup di tanah rata. Jadi orang Korea kena menguasai busur dan anak panah untuk memburu binatang.
Pengasas kerajaan Goguryeo (salah sebuah kerajaan pada zaman Samguk / Tiga Kerajaan), Jumong juga terkenal sebagai seorang pemanah yang handal.
Sebuah lagi kerajaan iaitu Silla juga mempunyai pasukan pahlawan elit bernama Hwarang yang mahir memanah sambil menunggang kuda.
Nak faham feudalisme, boleh tonton Game of Thrones. Ia basically sistem politik di mana raja tak ada direct control ke atas rakyat ("subject") dia. Nak duit, nak tentera, kena tanya bangsawan ("lords") dulu.
Perak, Selangor, Johor ni pada asalnya semuanya adalah "independent state" yang ada kedaulatan sendiri. Selepas British datang, baru digabungkan jadi "negeri-negeri bersekutu" dan kemudian "Persekutuan Tanah Melayu".
Jadi istilah "negara" dipakai untuk entiti lebih besar ini.
Macam di US, New York, Massachusetts, New Jersey ni semua pada asalnya adalah "independent state", ada perlembagaan, kerajaan sendiri selepas merdeka daripada British. 13 "state" ni bergabung jadi "United States" (Negeri-Negeri Bersekutu).