Macam kat Tunisia baru-baru ni, apabila presiden memecat PM, orang tak puas hati, maka berlaku rusuhan antara pro-presiden dan pro-PM.
(to be exact, Tunisia mengamalkan sistem semi-presidential di mana presiden mempunyai kuasa eksekutif).
Masalah dengan presiden orang awam ni ialah kekurangan prestij.
Kalau sistem berparlimen penuh (macam Jerman, Israel), presiden dilantik oleh parlimen. Jadi boleh berlaku keadaan di mana PM tak akur dengan keputusan dan pandangannya. "Kau siapa nak nasihat aku".
Kalau sistem semi-presidential, presiden dipilih oleh rakyat (secara langsung), PM pun dipilih rakyat (secara tak langsung), memang bergocoh je lah jawapannya.
Kalau sistem full presidential (tak ada PM), if kerajaan bawah presiden buat hal, siapa nak mengimbanginya?
Kat negara Amerika Latin atau Afrika yang mengamalkan sistem full presidential, apabila Kongres desak presiden turun, presiden sebagai HOS+HOG yang mengetuai tentera akan hantar tentera serbu Kongres. Maka berlakulah perang saudara.
Kat US so far semua presiden waras.
So far sejak tamatnya WW2, hanya negara monarki yang mengamalkan demokrasi berparlimen dapat mengelakkan krisis politik (kecuali Grenada dan Thailand, special cases, aku ada explain dalam Politik Untuk Pemula).
So apabila orang sokong monarki berperlembagaan, tak semestinya orang tu "feudalis" whatever. Rasional yang lebih besar ialah bukti empirikal yang menunjukkan sistem itu memberi kestabilan dan mengelakkan kekacauan politik yang biasa menghantui demokrasi muda.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Tema "The Devil Judge" adalah "tyranny of the majority".
Drama ni menyentuh tentang persoalan "adakah suara majoriti melambangkan kebenaran?" "adakah keadilan dicapai sekiranya rakyat menjadi penentu segala-segalanya?"
Dalam drama ini, sistem kehakiman dijadikan macam sebuah reality show. Rakyat akan menentukan tertuduh bersalah atau tidak, menerusi undian di App.
"Rakyat hakim negara" ni sebenarnya pernah berlaku, iaitu di Athens pada 2500 tahun yang lepas.
Athens ketika itu mengamalkan sistem demokrasi langsung (direct democracy), di mana semua warga kota (citizen) boleh mengundi dan menganggotai kerajaan. Jawatan kerajaan diisi secara rawak, semua akan dapat mengikut giliran.
Jurchen adalah suku dari rumpun "Tungusic" di utara China dan Korea. Berbeza dengan orang Mongol yang nomadik, mereka adalah bangsa pemburu dan penangkap ikan.
Ada banyak persamaan antara Jurchen dan Korea (pemanah, pemburu, pengamal Shaman), cuma Korea bukan Tungusic.
Orang China panggil Jurchen sebagai "Nuzhen" (女眞), bila diterjemahkan ke dalam Bahasa Korea jadi "Yeojin" (여진). Yeoja punya yeo, jinsim punya jin.
Disebabkan geografi Korea yang bergunung-ganang, orang Korea tak dapat nak cucuk tanam macam orang China yang hidup di tanah rata. Jadi orang Korea kena menguasai busur dan anak panah untuk memburu binatang.
Pengasas kerajaan Goguryeo (salah sebuah kerajaan pada zaman Samguk / Tiga Kerajaan), Jumong juga terkenal sebagai seorang pemanah yang handal.
Sebuah lagi kerajaan iaitu Silla juga mempunyai pasukan pahlawan elit bernama Hwarang yang mahir memanah sambil menunggang kuda.
Nak faham feudalisme, boleh tonton Game of Thrones. Ia basically sistem politik di mana raja tak ada direct control ke atas rakyat ("subject") dia. Nak duit, nak tentera, kena tanya bangsawan ("lords") dulu.
Perak, Selangor, Johor ni pada asalnya semuanya adalah "independent state" yang ada kedaulatan sendiri. Selepas British datang, baru digabungkan jadi "negeri-negeri bersekutu" dan kemudian "Persekutuan Tanah Melayu".
Jadi istilah "negara" dipakai untuk entiti lebih besar ini.
Macam di US, New York, Massachusetts, New Jersey ni semua pada asalnya adalah "independent state", ada perlembagaan, kerajaan sendiri selepas merdeka daripada British. 13 "state" ni bergabung jadi "United States" (Negeri-Negeri Bersekutu).
Olimpik Tokyo 2020 membuka tirai malam ini. Penonton tak dibenarkan hadir, menjadikan Olimpik ini Olimpik paling sendu dalam sejarah.
Semasa Tokyo diumumkan sebagai penganjur Olimpik 2020, satu Jepun excited. Hari ini, lebih 80% orang Jepun tak sokong Olimpik diteruskan.
Olimpik Tokyo 2020 asalnya dijadualkan pada 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tapi ditundakan atas sebab penularan COVID. Setahun dah berlalu, COVID masih belum reda, malah Jepun tengah mengalami gelombang ke-4.
Jangkitan juga berlaku di kalangan rombongan atlet (106 kes), dikhuatiri akan mencetuskan gelombang jangkitan baharu selepas rombongan ni pulang ke negara masing-masing (naudzubillah).