Rugi sungguh bila mak ayah tak ambil berat mengenai tidur anak.
Otak anak berkembang dengan baik bila tidur mereka cukup dan berkualiti.
Di Klinik Perkembangan Kanak Kanak (Children Developmental Clinic), ramai mak ayah mengeluh dan mengadu pada saya yang mereka menyesal tak jaga masa dan kualiti tidur anak sejak kecil.
Ni saya kongsikan tempoh masa tidur anak seperti yang disaran oleh United Kingdom National Health Service (NHS).
📌 Umur seminggu
Siang : 8 jam
Malam : 8 jam 30 minit
📌 Umur sebulan
Siang : 6-7 jam
Malam : 8-9 jam
📌 Umur 3 bulan
Siang : 4-5 jam
Malam : 10-11 jam
📌 Umur 6 bulan
Siang : 3 jam
Malam : 11 jam
📌 Umur 12 bulan
Siang : 2 jam 30 minit
Malam : 11 jam
Tips supaya anak mudah tidur
✅ Suramkan atau tutup lampu dalam bilik tidur anak. Ia akan bantu bina hormon tidur iaitu melatonin.
✅ Bila anak mula naik atas katil, boleh bacakan buku untuk anak atau anak baca buku sendiri dalam keadaan senyap.
✅ Mandi dengan air suam boleh bantu anak lebih tenang dan bersedia untuk tidur.
✅ Elakkan simpan tablet/laptop/TV dalam bilik tidur anak.
✅ Cas semua bateri gajet di bilik lain (bukan bilik tidur anak).
✅ Galakkan anak untuk berhenti guna gajet sejam sebelum waktu tidur.
✅ Pengaliran udara dalam bilik anak mestilah dalam keadaan baik dan suhu bilik tak terlalu panas.
Ada kajian dibuat, anak yang tak cukup tidur bukan saja bermasalah dari segi nak beri tumpuan semasa belajar, tapi mereka juga berisiko tinggi untuk dapat penyakit darah tinggi, obesiti dan kemurungan.
Nak jaga masa tidur anak ni percuma saja.
Tak perlu keluar duit banyak-banyak untuk beli produk itu dan ini.
Bantu saya #sebarkan, supaya lagi ramai mak ayah yang tahu.
Saya juga banyak berkongsi ilmu keibubapaan dan ilmu kesihatan kanak-kanak di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
5 perkara yang anak lelaki belajar dari ayahnya sebelum usia remaja.
#1 Anak lelaki belajar tentang kasih sayang dalam keluarga dari ayahnya.
Mereka lihat dan meniru cara ayah menyayangi ibu dan adik beradik yang lain. Mereka suka bila melihat ayah memuji, menyentuh lembut dan memberi bahagia pada si ibu.
#2 Anak lelaki suka buat aktiviti fizikal bersama ayahnya. Memeluk dan bergusti dengan ayah lebih bernilai berbanding duduk mengadap gajet seharian.
16,840 kes hari ini. Kes akan terus meningkat dalam masa terdekat disebabkan makin ramai yang melaporkan diri mereka positif dari self-test saliva rapid antigen kit.
Saya kongsikan cara untuk melaporkan keputusan ujian kit kendiri di MySejahtera.
Nak anak jadi rapat dengan ayah tak perlu tunggu anak tu dah jadi besar.
Rupa-rupanya, ayah boleh jadi rapat dengan anak sendiri dalam masa 3 hari selepas bayi dilahirkan.
Satu kajian di National Taipei University pada tahun 2016, ayah yang menyentuh dan memeluk bayi pada 3 hari pertama selepas lahir, bayi ni jadi lebih selesa dan selamat dengan ayah.
Bila ayah menyentuh, membelai dan memeluk bayi, hormon oxytocin akan meningkat dalam badan ayah dan bayi.
Hormon oxytocin yang tinggi akan perlahankan pengeluaran hormon stress (catecholamine) dalam badan ayah dan bayi.